Toyota Vios adalah kereta sedan kecil yang dibuat oleh Toyota Motor Thailand untuk pasaran Asia Tenggara. Vios juga dibuat dan dijual di China.
Vios menggunakan platform P yang sama dengan Vitz / Yaris, dan Echo / Platz. Seperti kereta kecil Toyota lain yang menggunakan platform sama, Vios juga mempunyai papan pemuka dengan panel instrumen di tengah.
Diperkenalkan pada tahun 2003, Toyota Vios berfungsi sebagai pengganti daripada Toyota Tercel (juga dikenali sebagai Toyota Soluna di Thailand dan Indonesia)
Generasi Pertama (2002-2007)
Generasi pertama
Maklumat
Juga dikenali
Toyota Soluna Vios (Thailand, 2002)
Toyota Vios Orga (Malaysia)
Vios di Asia Tenggara dilengkapi enjin 1500 cc 1NZ-FE. Di Filipina ada yang menggunakan enjin 1300 cc 2NZ-FE. Vios di China dilengkapi enjin 1300 cc 8A-FE, atau 1500 cc 5A-FE.
Trim level untuk Asia Tenggara adalah J (standard), E (kelas menengah), S (sporty dengan body kit), dan G (mewah dengan instrumen digital). Vios dilengkapi enjin turbo 1500 cc (trim level S) dengan body kit hanya dipasarkan di Thailand. Di Indonesia, model yang beredar adalah trim level E (hanya transmisi manual) dan G (tersedia manual dan automatik). Model asas untuk taxi disebut Limo merupakan jenis J di negara lain.
Dilancarkan pada awal tahun 2007, Vios terbaru sama dengan Toyota Belta di Jepun, atau Toyota Yaris Sedan di Amerika dan Australia.
Vios baru tetap mempunyai papan pemuka dengan panel instrumen di tengah menghadap ke belakang dan boleh dilihat oleh penumpang, berbeza dengan sebelum ini yang lebih condong menghadap ke arah pemandu. Sound system dengan head unit bersepadu dengan panel dasboard tengah. Untuk model G juga dilengkapi dengan pengatur volume suara pada stir. Start / Stop button hanya ada di model G dengan transmisi automatik. Secara keseluruhan, Vios baru mempunyai ciri-ciri dalaman yang jauh lebih banyak dari pada model sebelumnya.
Untuk pasaran Indonesia, Vios tampil dengan ornamen gril berbentuk huruf "V", sedangkan Vios di negara lain di Asia Tenggara jeriji-nya sama dengan Yaris Sedan.
Toyota Vios generasi ketiga telah dilancarkan pada Mac 2013 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok di Thailand. Vios generasi ketiga telah dipasarkan di Indonesia pada 7 Mei 2013 dan boleh didapati dalam dua jenis: E dan G dalam transmisi manual dan automatik. Pada Disember 2013, Vios generasi ketiga mula dipasang di kilang kedua Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) di Karawang, Jawa Barat. Vios jenis TRD Sportivo generasi ketiga telah dilancarkan pada September 2014 di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2014. Vios generasi ketiga telah dikemas kini pada 1 November 2016 menggunakan enjin 1,500cc 2NR-FE dengan Dual VVT-i yang juga digunakan oleh Toyota Sienta generasi kedua.
Versi facelift Vios generasi ketiga untuk pasaran Indonesia berasaskan sedan Yaris ATIV telah dilancarkan pada 3 April 2018. Dalam versi facelift ini, jenis TRD Sportivo dihentikan. Seperti di Indonesia, Vios untuk pasaran Singapura juga hanya terdapat dalam jenis E dan G. Di Malaysia, Vios terbaru dipasarkan dalam tahap trim J, E, G, dan GR-S (Gazoo Racing Sport). Vios GR-S dilengkapi dengan kit badan penuh, suspensi sukan, roda aloi 17 inci, dan dalaman hitam sporty dengan logo GR pada sandaran kepala hadapan.
Toyota Vios generasi keempat diluncurkan pada bulan 9 Ogos 2022 di Thailand. Toyota Vios generasi keempat, yang ditawarkan di Thailand sebagai Yaris Ativ, hadir dalam empat varian: Sport entry-level, Smart kelas menengah, Premium kelas atas, dan Premium Mewah Unggulan. Kereta ini akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, pada bila-bila masa antara Q4 2022 dan Q2 2023.