Toyota Camry adalah kereta sedan kelas menengah atas yang pasaran utamanya adalah benua-benua Amerika dan Australia. Camry meraih Kereta Terlaris di AS dari tahun 1997 hingga 2000, dan 2002 hingga sekarang. Camry juga dijual di Jepun, serta pelbagai negara Asia, Timur Tengah, dan Amerika Latin. Di Eropah, Camry tidak begitu laku, dan sekarang tidak dipasarkan lagi.
Pada mulanya Camry berawal dari Celica Camry yang merupakan versi mahal dari Toyota Carina. Kereta ini hanya dijual di Jepun dari tahun 1980 hingga 1982.
Sejak tahun 2000 Camry mula memasuki pasaran Indonesia untuk menggantikan kedudukan Toyota Corona Absolute yang sudah tidak dikeluarkan lagi.
Pertama kali diperkenalkan tahun 1982 dan diletakkan kedudukannya di atas Toyota Corona.Camry dibuat dalam bentuk Sedan 4 pintu, dan Liftback 5 pintu. Mesin Camry adalah 1.8L dan 2.0L (68 kW (91 hp)) petrol, serta 2.0L (55 kW (74 hp)) diesel. Di Amerika, Camry ditawarkan dalam trim level Standard dan LE.
Liftback dihentikan pengeluarannya, dan digantikan oleh Station Wagon. Model Sedan mempunyai tingkap opera window di tiang-C. Camry dilengkapi enjin 4 silinder 3S-FE 2000 cc. Camry dilengkapi enjin 2500 cc V6 baru untuk model tahun 1988. Variant-nya adalah Standard, DX, dan LE. Camry All-trac berpenggerak 4WD dengan trim level DX dan LE terjual dalam jumlah yang sedikit.
Camry baru keluar di Jepun pada tahun 1990, sedangkan Camry untuk pasaran antarabangsa yang lebih luas untuk model tahun 1992. Camry Jepun dilengkapi enjin 1800 cc 4S, 2000 cc 3S, atau 2500 cc V6.
Sedangkan Camry international dilengkapi enjin 2200 cc 5S-FE, atau 3000 cc V6 1VZ-FE yang kemudian digantikan oleh 1MZ-FE. Untuk pasaran Amerika, Camry hadir dalam variant DX, LE, LE V6, SE V6, XLE, dan XLE V6. Model yang paling laku adalah LE. Model SE yang sporty dilengkapi spoiler belakang, kerusi depan bucket, dan roda aloi yang berbeza dengan model XLE penduduknya tidak banyak. Model SE yang menggunakan transmisi manual hanya dibuat pada tahun 1992-1993 lebih jarang lagi.
Camry facelift untuk model tahun 1995 mempunyai bumper depan, grille, dan lampu belakang yang berbeza, serta garnish belakang sewarna body.
Di Jepun, Camry berbody lebar disebut Scepter. Pada tahun 1994 dilancarkan Camry Coupe 2 pintu, model ini diexport ke Jepun sebagai Scepter Coupe.
Toyota Camry berbentuk kotak dengan platform V40 ini hanya dijual di pasaran domestik Jepun, kerana untuk pasaran international, Toyota menjual Camry generasi ketiga yang berbody lebar yang sangat laris di Amerika Syarikat dan Australia.
Ini adalah generasi terakhir Camry berbody sempit yang sama dengan Vista. Selanjutnya Vista adalah model khusus untuk pasaran Jepun yang berbody lebih sempit tetapi lebih tinggi.
Generasi Keempat Antarabangsa (1997-2002)
Mulai sekarang Camry Jepun sama dengan Camry antarabangsa yang berbody lebar. Di Jepun disebut Camry Gracia dengan enjin 2200 cc 4 silinder dan 2500 cc V6. Model 4WD dilengkapi enjin 2200 cc diberi kod SXV25.
Di Indonesia Camry generasi ini merupakan pengganti Toyota Corona Absolute pada segmen sedan kelas menengah atas. Tersedia dalam versi 2.2 GLX transmisi manual dan 3.0 V6 Grande transmisi automatik.
Di Thailand Camry generasi ini merupakan pengganti Toyota Corona Exsior.
Untuk pasaran international, Camry dilengkapi enjin 5S-FE 2200 cc 4 silinder dan 1MZ-FE 3000 cc V6. Di Amerika, Camry tersedia dalam versi CE, LE, dan XLE. Berasaskan LE, Camry Collector Edition dipasarkan untuk model tahun 2001.
Camry di Australia dipasarkan dalam banyak type mulai dari CSi yang murah, CSX kelas menengah, Touring yang sporty, sampai Vienta yang mewah. Vienta kemudian digantikan oleh Azura. Model Station Wagon juga dijual.
Generasi Kelima (2002-2006)
Camry ini lebih besar daripada model sebelumnya. Enjin 4 silinder baru 2400 cc 2AZ-FE dengan VVT-i, sedangkan enjin V6 tetap yang lama. Di Amerika, Camry kembali dengan model CE, LE, and XLE, ditambah sporty SE kembali dihasilkan. Di Australia, Camry dipasarkan dalam model Altise, Ateva, Azura, dan model sporty Sportivo. Camry di Indonesia, Taiwan, dan beberapa negara Asia lain mempunyai lampu depan dan grille yang lebih besar dari model di Amerika, Jepun, Australia, dan Eropah. Ini adalah Camry terakhir di Eropah.
Generasi Keenam (2006-2011)
Camry semakin besar dan mewah. Enjin 2400cc tetap tersedia, ditambah dengan mesin baru 2GR-FE 3500 cc V6 Dual VVT-i, serta enjin 2400 cc dengan Hybrid. Di Australia Camry hanya dijual dengan enjin 2400 cc, kerana untuk segment mesin besar, 3500 cc, Toyota mula memasarkan model dengan nama baru iaitu Toyota Aurion, walaupun pada dasarnya adalah Camry dengan panel body depan dan belakang yang berbeza.
Di beberapa negara Asia seperti China, Malaysia, dan Indonesia, Aurion dipasarkan dengan nama Camry. Untuk Indonesia, Camry tersedia dalam trim level 2.4 G, 2.4 V, dan 3.5 Q. Camry 3.5 Q merupakan model yang mewah dan hampir sama dengan aurion 3.5 Presara.
Amerika Syarikat tetap merupakan pasaran terbesar untuk Camry, dimana terdapat Camry CE, LE, SE, XLE, dan Hybrid. Camry Amerika dan juga yang dijual di Jepun mempunyai lampu depan dan grille yang lebih nipis serta lampu belakang yang berbeza dari Camry Asia atau Aurion.
Camry versi Amerika & Australia digunakan sebagai armada teksi premium di Indonesia
Untuk model tahun 2010 Camry mendapat facelift dengan bumper, grill, dan lampu depan baru. Enjin 2400 cc digantikan oleh mesin baru 2500 cc.
Generasi Ketujuh (2012-kini)
Camry terbaru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 2011 untuk model tahun 2012. Di Indonesia, Camry ini mula dijual tahun 2012 dengan pilihan 2.5 G, 2.5 V, dan 2.5 Hybrid.