Kejadian ini secara khususnya berlaku pada akhir bulan Ogos 1896 di mana sekumpulan ahli rahsia Katipunan diketuai oleh Andrés Bonifacio berhimpun di suatu daerah bernama Caloocan[1] (merangkumi kawasan-kawasan Kota Caloocan dan Kota Quezon kini[2]) mengoyak-ngoyak sijil pengenalan (cédulas personales) yang menandakan kesetiaan mereka ke atas pihak Sepanyol serta meneriak mengisytiharkan perang.[3]
Peristiwa ini diabadikan serta diperingati sebagai suatu cuti umum di Filipina bernama Hari Pahlawan Kebangsaan (National Heroes' Day).
Catatan para saksi
Maklumat yang diberikan para saksi revolusioner ada sedikit perbezaan di antara mereka meskipun kesemuanya bertujuan sama:
^Guerrero, Milagros; Encarnacion, Emmanuel; Villegas, Ramon (1996), "Balintawak: the Cry for a Nationwide Revolution", Sulyap Kultura, National Commission for Culture and the Arts, 1 (2): 13–22.