Tanah Perkuburan Perang Cheras (bahasa Inggeris: Cheras War Cemeterycode: en is deprecated ) ialah sebuah tanah perkuburan terletak berdekatan Tanah Perkuburan Kristian Cheras sepanjang Laluan Persekutuan Malaysia 1. Ia merupakan tempat persemadian askar-askar pihak Berikat yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua terutamanya semasa Kempen Malaya dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu; pegawai-pegawai khas yang meninggal sebelum Darurat Tanah Melayu turut dikuburkan di sini.