Gereja St. Peter ini dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakan gereja Roman Katolik tertua yang masih digunakan di Malaysia[1] dan dibina di atas tanah yang di sumbangkan oleh seorang rakyat Belanda, Maryber Franz Amboer.[2]
Dinding depan dan perhiasannya adalah kombinasi seni rekabentuk timur dan barat. Locengnya di bawa khas dari Goa pada tahun 1608.[2] Gereja ini terletak di Jalan Bendahara.