"Take Me Home, Country Roads" (bahasa Melayu: Hantarkan Saya Pulang, Jalanan di Perkampungan), secara ringkas dikenali dengan tajuk "Country Roads", ialah sebuah karya lagu yang ditulis Bill Danoff dan Taffy Nivert serta dinyanyikan John Denver. Lagu ini pertama kali dikeluarkan untuk pentas muzik solo Denver pada tarikh 12 April, 1971, pada awal penerbitannya lagu ini pernah memejalkan peringkat ke-2 pada carta Billboard Hot 100. Country Roads berjaya mendapat lesen muzik Emas dari RIAA pada 18 Ogos, 1971, dan Platinum pada 10 April, 2017.[3] Lagu ini ialah karya John Denver yang paling mahsyur dengan lebih daripada 500 juta jumlah penonton video rasmi miliknya di akaun YouTube.[4]
Take Me Home, Country Roads telah diakui sebagai salah satu daripada bahagian kebudayaan West Virginia. Pada bulan Mac 2014, pentadbir West Virginia mengazamkan ia sebagai salah satu dari empat lagu anthem rasmi wilayahnya.[5] Pada tahun 2023, Perpustakaan Kongres AS menyenaraikan lagu ini sebagai rujukan bagi muzik rakyat dan wilayah.[6]