Sisi A dan sisi B

Sisi A
Sisi B
Victor 17929A dan 17929B.

Sisi A dan sisi B[1] (atau sebelah A dan sebelah B) merujuk kepada kedua-dua sisi bagi rakaman peti nyanyi 78, 45 dan 33⅓ rpm, sama ada ia adalah single, album mini atau rekod besar (rekod LP). Sisi A biasanya menampilkan rakaman bagi seseorang seniman, penerbit atau syarikat rakaman itu akan menerima usaha promosi awal dan kemudiannya diharapkan untuk mendapat siaran radio dan menjadi sebuah "hit". Sisi B ialah rakaman sekunder yang biasanya tidak ditampilkan di dalam LP seseorang seniman. Sesetengah artis melancarkan sisi B yang dianggap sama 'kuat' dengan sisi A dan ia menjadi "hit" dengan sendirinya.

Rakaman muzik telah beralih daripada rakaman kepada format-format lain seperti cakera padat (CD) dan muat turun digital, yang tidak mempunyai 'sisi', tetapi istilah tersebut masih digunakan untuk menerangkan jenis kandungan, di mana sisi B kadangkala dirujuk sebagai runut "bonus".[2]

Rujukan

  1. ^ "A side "komunikasi massa"". prpm.dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  2. ^ Plasketes, Professor George (28 Januari 2013). B-Sides, Undercurrents and Overtones: Peripheries to Popular in Music, 1960 to the Present (dalam bahasa Inggeris). Ashgate Publishing.

Bacaan lanjut