Kabupaten Takalar ialah sebuah kabupaten yang terletak di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia. Ibu kotanya terletak di Bandar Takalar yang terdiri dari lapan kecamatan iaitu Pattallassang, Polombangkeng Selatan, Polombangkeng Utara, Galesong, Galesong Selatan, Galesong Utara, Mappakasunggu, Manggarabombang. Kabupaten ini memiliki keluasan wilayah 566.51 km² dan berpenduduk sebanyak lebih kurang 250,000 jiwa.