Bantaeng ialah sebuah kabupaten di provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia, yang bersempadanan dengan Jeneponto, Bulukumba, Takalar dan Laut Makassar. Daerah ini merupakan tempat bagi etnik Makassar tertua di Sulawesi Selatan. Bantaeng telah dikenali sejak zaman kerajaan Majapahit sebagai salah satu wilayah Majapahit. Bantaeng mempunyai sebutan sebagai "tanatoa".