TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., juga dikenali sebagai TNB Remaco merupakan anak syarikat penyelenggaraan milik penuh Tenaga Nasional Berhad, yang terutamanya terlibat dalam industri tenaga. Ia menawarkan perkhidmatan dalam pembaikan dan penyelenggaraan (R&M) untuk peralatan loji kuasa. Syarikat itu juga giat membekalkan alat ganti dan operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan untuk pelbagai loji janakuasa.[1] TNB Remaco juga mempunyai operasinya di luar negara termasuk Pakistan, Arab Saudi dan Kuwait serta menjalankan kerja-kerja di Myanmar, Indonesia, Brunei, Yemen dan Singapura.[2]
TNB Remaco ditubuhkan sebagai sebuah unit di bawah Lembaga Letrik Negara (LLN; kini Tenaga Nasional) pada 1979 sebagai Kumpulan Penyelenggaraan Berpusat yang menjalankan kerja-kerja baik pulih dan perkhidmatan turbin. Sejajar dengan penswastaan LLN pada 1990, unit tersebut berkembang dan menjadi satu daripada syarikat swasta yang dikenali sebagai TNB Remaco pada 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh TNB. Pada tahun 2016, TNB Remaco menerima bagi kategori Kecemerlangan Industri dalam Kejuruteraan di Anugerah Perniagaan Utusan 2015.[3]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Pendahulu | | |
---|
Anak syarikat | |
---|
Institusi pendidikan | |
---|
Kelab sukan | |
---|
Pengerusi | |
---|
Lain-lain | |
---|
|