Surah Al-Jin

Surah Al-Jinn (Arab: سورة الجن) ialah surah ke-72 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.

Isi kandungan

  • Pengetahuan tentang jin diperoleh Nabi Muhammad dengan jalan wahyu
  • Pernyataan iman segolongan jin kepada Allah
  • Jin ada yang beriman namun ada pula yang kafir
  • Janji Allah kepada jin dan manusia untuk melimpahkan rezeki-Nya kalau mereka mengikuti jalan yang lurus
  • Janji perlindungan Allah terhadap Nabi Muhammad dan wahyu yang dibawanya.

Tafsir Ayat

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
  2. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
  3. Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
  4. Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
  5. Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
  6. Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
  7. Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
  8. Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
  9. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
  10. Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
  11. Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
  12. Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
  13. Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
  14. Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
  15. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '
  16. (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
  17. "(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
  18. "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
  19. "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
  20. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
  21. Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
  22. Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
  23. "(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
  24. (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
  25. (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
  26. "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
  27. "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
  28. (Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Pautan Luar

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Nuh
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Muzammil
Surah 72

Read other articles:

Andronikos II PalaiologosKaisar Andronikos II, lukisan fresko pada dinding biara di SerresKaisar dari Kekaisaran BizantiumBerkuasa1261 – 11 Desember 1282Penobatan1272PendahuluMikhael VIII Palaiologos (memerintah sendirian)PenerusDirinya sendiriBertahta bersamaMikhael VIII PalaiologosKaisar dari Kekaisaran BizantiumBerkuasa11 Desember 1282 – 1294PendahuluDirinya sendiri(bersama Mikhael VIII Palaiologos)PenerusDirinya sendiri(bersama Mikhael IX Palaiologos)Kaisar dari Kekaisaran BizantiumBe...

 

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Oktober 2022. Bipedalisme fakultatif adalah adalah hewan yang berlari / berjalan menggunakan dua kaki (bipedal), sebagai reaksi atas fakultatif, sementara normalnya memakai empat anggota badan atau lebih saat berlari atau berjalan.[1] Sedangkan bipedalisme a...

 

John Roos Duta Besar Amerika Serikat untuk JepangMasa jabatan20 Agustus 2009 – 12 Agustus 2013PresidenBarack Obama PendahuluTom SchiefferPenggantiCaroline Kennedy Informasi pribadiLahirJohn Victor Roos14 Februari 1955 (umur 69)San Francisco, California, Amerika SerikatPartai politikPartai DemokratAlma materUniversitas Stanford (BA, JD)Sunting kotak info • L • B John Victor Roos (lahir 14 Februari 1955) adalah seorang pengusaha, jaksa dan diplomat Amerika Serikat ...

مكتبة قطر الوطنية إحداثيات 25°16′57″N 51°32′25″E / 25.282542°N 51.540271°E / 25.282542; 51.540271  معلومات عامة الموقع بلدية الريان  الدولة قطر  سنة التأسيس 19 نوفمبر 2012  النوع مكتبة وطنية  التصميم والإنشاء المهندس المعماري ريم كولهاس  معلومات أخرى الموقع الإلكتروني ال...

 

1956 film by Michael Anderson Around the World in 80 DaysTheatrical release posterDirected byMichael AndersonScreenplay by James Poe John Farrow S. J. Perelman Based onAround the World in Eighty Days1873 novelby Jules VerneProduced byMichael ToddStarring Cantinflas David Niven Robert Newton Shirley MacLaine CinematographyLionel LindonEdited byGene RuggieroHoward EpsteinMusic byVictor YoungProductioncompanyMichael Todd CompanyDistributed byUnited ArtistsRelease dates October 17, 1956...

 

سي 130 هيركوليزC-130 Herculesسي 130 هيركوليزمعلومات عامةالنوع طائرة نقلبلد الأصل  الولايات المتحدةالتسمية العسكرية C-130 — C-130 — CC-130[1] — Tp 84 المهام جسر جوي سعر الوحدة $66.5 مليون (C-130 J)التطوير والتصنيعالصانع لوكهيد مارتنالكمية المصنوعة 2,262 (2006)سيرة الطائرةدخول الخدمة 1959أول طيرا�...

Academic building at Columbia University This article is about Hamilton Hall at Columbia University. For other uses, see Hamilton Hall. 40°48′24.66″N 73°57′42.14″W / 40.8068500°N 73.9617056°W / 40.8068500; -73.9617056 The facade of Hamilton Hall at the entrance, with the statue of Hamilton prominent in front of the building. Hamilton Hall is an academic building on the Morningside Heights campus of Columbia University on College Walk (116th Street) at 1130 ...

 

2022 series of congressional hearings Public hearings of the United States House Select Committee on the January 6 AttackEventHouse hearings derived from the January 6 United States Capitol attackTimeJune–December 2022PlaceWashington, D.C.Congressman Bennie ThompsonResultRecommendation of criminal charges against former President Donald Trump January 6 United States Capitol attack Timeline • Planning Background 2020 presidential election and other causes 2020–21 presidential election pr...

 

  هذه المقالة عن منتخب الجزائر لكرة القدم للمحليين. لمعانٍ أخرى، طالع الإتحادية الجزائرية لكرة القدم. منتخب الجزائر لكرة القدم للمحليين معلومات عامة بلد الرياضة  الجزائر الفئة كرة القدم للرجال  رمز الفيفا ALG  الاتحاد الإتحادية الجزائرية لكرة القدم (الفاف) كونف...

Place in Borsod-Abaúj-Zemplén, HungaryPusztafaluChurch, Pusztafalu FlagSealPusztafaluLocation of PusztafaluCoordinates: 48°32′42″N 21°29′09″E / 48.54504°N 21.48591°E / 48.54504; 21.48591Country HungaryCountyBorsod-Abaúj-ZemplénArea • Total7 km2 (3 sq mi)Population (2004) • Total257 • Density36.71/km2 (95.1/sq mi)Time zoneUTC+1 (CET) • Summer (DST)UTC+2 (CEST)Postal code3995Are...

 

Синелобый амазон Научная классификация Домен:ЭукариотыЦарство:ЖивотныеПодцарство:ЭуметазоиБез ранга:Двусторонне-симметричныеБез ранга:ВторичноротыеТип:ХордовыеПодтип:ПозвоночныеИнфратип:ЧелюстноротыеНадкласс:ЧетвероногиеКлада:АмниотыКлада:ЗавропсидыКласс:Пт�...

 

Kon-Katedral VallettaGereja Kon-Katedral Santo Yohanes di VallettaKon-Katidral ta' San Ġwann35°53′52″N 14°30′46″E / 35.89778°N 14.51278°E / 35.89778; 14.51278Koordinat: 35°53′52″N 14°30′46″E / 35.89778°N 14.51278°E / 35.89778; 14.51278LokasiVallettaNegara MaltaDenominasiGereja Katolik RomaSitus webwww.stjohnscocathedral.comSejarahNama sebelumnyaGereja Konventual Santo Yohanes[1]PendiriJean de la CassièreDed...

Humanoid robot It has been suggested that this article be merged into HUBO. (Discuss) Proposed since January 2024. Albert HUBO can make expressive gestures with its 5 separate fingers. Albert HUBO (Korean: 알버트 휴보) is a humanoid robot, based on the HUBO, but with an animatronic head in the likeness of Albert Einstein. Introduced in 2005, Albert HUBO is the world's first walking humanoid robot with an android head.[1][2] It was developed by Joon-Ho Oh of KAIST in conju...

 

American entertainment company (1967–69) Warner Bros.-Seven Arts, Inc.IndustryFilmTelevisionMusicGenreEntertainmentPredecessorWarner Bros. Pictures, Inc. (1923-1967)Seven Arts Productions (1957-1967)FoundedJuly 15, 1967; 56 years ago (1967-07-15)[1]DefunctDecember 16, 1969; 54 years ago (1969-12-16)[2]FateAcquired by Kinney National Company and rebranded as Warner Bros. Inc.SuccessorWarner Bros. Inc. (1969-present)Headquarters4000 Warner B...

 

この記事は検証可能な参考文献や出典が全く示されていないか、不十分です。出典を追加して記事の信頼性向上にご協力ください。(このテンプレートの使い方)出典検索?: コルク – ニュース · 書籍 · スカラー · CiNii · J-STAGE · NDL · dlib.jp · ジャパンサーチ · TWL(2017年4月) コルクを打ち抜いて作った瓶の栓 コルク(木栓、�...

District in Kampong Speu, CambodiaThpong ស្រុកថ្ពងDistrict (srok)ThpongLocation in CambodiaCoordinates: 11°44′N 104°26′E / 11.733°N 104.433°E / 11.733; 104.433Country CambodiaProvinceKampong SpeuCommunes7Villages72Population (1998)[1] • Total43,516Time zone+7Geocode0508 This article contains Khmer text. Without proper rendering support, you may see question marks, boxes, or other symbols instead of Khmer scrip...

 

Stormy DanielsDaniels bulan Januari 2015LahirStephanie A. Gregory Clifford[1]17 Maret 1979 (umur 45)[2]Baton Rouge, Louisiana, A.S.Nama lainStormy, Stormy Waters, Stephanie CliffordDikenal atasSkandal Stormy Daniels–Donald TrumpPartai politikRepublik[3][4]Demokrat (sebelum 2010)Suami/istriPat Myne ​ ​(m. 2003; cer 2005)​ Mike Moz ​ ​(m. 2007; c. 2009)​ B...

 

Coat of arms of the London Borough of CamdenArmigerLondon Borough of CamdenAdopted1965CrestOn a Wreath of the Colours issuant from a Mural Crown Argent a demi Elephant Sable armed Or about the neck a Wreath of Holly fructed proper.ShieldArgent on a Cross Gules a Mitre Or a Chief Sable thereon three Escallops Argent.SupportersOn the dexter side a Lion and on the sinister side a Eagle Or each gorged with a Collar the dexter Argent charged with three Mullets Sable the sinister Gules charged with...

كريستي ياماغوتشي   معلومات شخصية اسم الولادة (بالإنجليزية: Kristine Tsuya Yamaguchi)‏  الميلاد 12 يوليو 1971 (53 سنة)[1]  هايوارد  مواطنة الولايات المتحدة  الحياة العملية المدرسة الأم جامعة ألبرتا  المهنة كاتِبة،  ومتزلجة فنية،  وكاتبة للأطفال،  وممثلة تلفزيوني�...

 

American varsity football team Fresno State Bulldogs football2024 Fresno State Bulldogs football team First season1921; 103 years agoAthletic directorTerry TumeyHead coachJeff Tedford 5th season, 45–22 (.672)StadiumValley Children's Stadium(capacity: 40,727)FieldJim Sweeney FieldYear built1980Field surfaceTurfLocationFresno, CaliforniaConferenceMountain WestDivisionWest (2013–2019 and 2021–2022)Past conferencesCalifornia Coast Conference (1922–1924)Far Western Conference (1925–...