Sunnah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Nabi Muhammad SAW untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Kedudukan Sunah
Dengan itu, Sunah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan dianggap sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut mazhabal-Quran Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis sebagai sumber untuk Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong gerakan-gerakan liberal dalam Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus dipatuhi dalam upacara amal dan penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang Islam.
Sunah dan Hadis
Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.
Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matan) dan rentetan penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.
Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah (Ilm ar-Rijal) Nabi Muhammad SAW serta juga tentang bagaimana mengesahkan hadis — isnad atau "bahan sokongannya".