Aurat


Aurat (Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. [1]

Dalil Al Quran

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[4]

Dalil Hadis

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

[5]

Definisi

Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-

Lelaki

Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah bahagian antara pusat hingga lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.[6] [7]

Wanita

Aurat wanita sedikit rumit dan berubah mengikut situasi:

  • Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",[8]
  • Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.[9]
  • Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.[10]
  • Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat. Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.[11] Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.[12].[13][14]
  • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Meskipun ini pandangan yang dominan, tetapi ada pandangan yang berbeza pasal aurat perempuan ini, ada yang mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita adalah aurat kecuali di hadapan suaminya, ada pula yang mengatakan bahawa kewajipan menutup seluruh anggota badan selain muka dan telapak tangan bagi wanita hanya dalam keadaan solat atau ihram.[15]

Suara

Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat. Dan yang jelas lagi tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat.[16] Mazhab hanafi menjadikan larangan ini sebagai dalil berdasarkan hadis yang melarang wanita menghentak kaki bagi membunyikan gelang kaki. Dengan itu Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri. Mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa suara perempuan bukan aurat, sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim. Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

Rujukan

  1. ^ http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic8_2006.htm Diarkibkan 2008-12-07 di Wayback Machine | Mufti Brunei
  2. ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=7&nAya=26&t=mal | Kementerian Arab Saudi
  3. ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=24&nAya=31&t=mal | Kementerian Arab Saudi
  4. ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=33&nAya=59&t=mal | Kementerian Arab Saudi
  5. ^ (1535)Chapter: What A Woman May Show Of Her Beauty - 34 Clothing (Kitab Al-Libas)
  6. ^ {{Mohammad Salih Al Munajjid (March 7, 2008). "Men's 'awrah". Islam Q&A. Dicapai pada 2008-06-02.
  7. ^ "Fiqhus Sunnah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-21. Dicapai pada 2021-08-15.
  8. ^ name=Al Mara Muslima Fatawa>Al Mara Muslimah Fatawa (2001).
  9. ^ {{Salim (October 24, 2008). "Women's 'Awrah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-10. Dicapai pada 2008-06-02.
  10. ^ {{BBC (October 29, 2008). "Awrah". Dicapai pada 2008-06-02.
  11. ^ {{Mohammad Salih Al-Munajjid (March 7, 2008). "Correct view on the ruling on covering the face". Islam Q&A. Dicapai pada 2008-06-02.
  12. ^ {{Mohammad Nasir (March 23, 2007). "In Defense of The Obligation of Niqab". Seeking Ilm. Dicapai pada 2008-06-02.
  13. ^ {{Al-Mutaqqun (March 7, 2008). "Revelation of Al-Hijab". Mutaqqun. Dicapai pada 2008-06-02.
  14. ^ "Fiqhus Sunnah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-21. Dicapai pada 2021-08-15.
  15. ^ {{"Aurat 'aridhiyah".
  16. ^ Suara wanita bukan aurat. Oleh: MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, © Utusan Melayu (M) Bhd

Pautan Luar

Read other articles:

Italian footballer (born 1989) Antonio Mazzotta Personal informationFull name Antonio Mazzotta[1]Date of birth (1989-08-02) 2 August 1989 (age 34)Place of birth Palermo, ItalyHeight 1.83 m (6 ft 0 in)[2]Position(s) Left backTeam informationCurrent team CataniaNumber 11Youth career0000–2005 Fortitudo Golden Boys2005–2006 Kamarat2006–2009 PalermoSenior career*Years Team Apps (Gls)2009–2011 Lecce 20 (0)2010–2011 → Pescara (loan) 12 (0)2011–2014 C...

 

1863 novel by Elizabeth Gaskell A Dark Night's Work Title page of the first book edition, 1863AuthorElizabeth GaskellPublished1863 (All the Year Round) (serial) 1863 (Smith, Elder & Co.) (book) A Dark Night's Work is an 1863 novel by Elizabeth Gaskell. It was first published serially in Charles Dickens's magazine All the Year Round. The word dark was added to the original title by Dickens against Gaskell's wishes. Dickens felt that the altered title would be more striking.[1] Syno...

 

American actor and comic (1938–1982) This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Victor Buono – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2009) (Learn how and when to remove this message) Victor BuonoBuono in 1972BornVictor Charles Buono(1938-02-03)February 3, 1938San Diego, California, U.S.Died...

Not to be confused with Pauwels Sauzen–Bingoal. Belgian cycling team Bingoal WBTeam vehicles at the 2019 Volta Limburg ClassicTeam informationUCI codeBWBRegisteredBelgiumFounded2011 (2011)Discipline(s)RoadStatusUCI Continental (2011–2016) UCI Professional Continental/ProTeam (2017–present)BicyclesDe RosaTeam name history2011–20122013–20152016201720182019202020212021–20222023–Wallonie Bruxelles–Crédit AgricoleWallonie–BruxellesWallonie Bruxelles–Group ProtectWB Veranc...

 

1996 studio album by Nusrat Fateh Ali Khan and Michael BrookNight SongStudio album by Nusrat Fateh Ali Khan and Michael BrookReleased20 February 1996Recorded1995StudioReal World Studios, WiltshireGenre Qawwali ambient world fusion Length48:01LabelReal World RecordsProducerMichael BrookNusrat Fateh Ali Khan and Michael Brook chronology The Last Prophet(1994) Night Song(1996) Intoxicated Spirit(1996) Night Song is a collaborative studio album by Pakistani qawwali singer Nusrat Fateh Ali...

 

Gymnasticsat the Games of the XXV OlympiadVenuePalau Sant Jordi (artistic)Palau dels Esports de Barcelona (rhythmic)Dates26 July – 8 August 1992← 19881996 → Gymnastics at the1992 Summer OlympicsList of gymnastsArtisticTeam all-aroundmenwomenIndividual all-aroundmenwomenVaultmenwomenFloormenwomenPommel horsemenRingsmenParallel barsmenHorizontal barmenUneven barswomenBalance beamwomenRhythmicIndividual all-aroundwomenvte At the 1992 Summer Olympics, two different gymnast...

Postseason college football game This article is about the FCS (Division I-AA) championship game. For the FBS (Division I-A) championship game, see 2013 BCS National Championship Game. College football game2013 NCAA Division I Football ChampionshipFCS National Championship Game North Dakota State Bison Sam Houston State Bearkats (13–1) (11–3) MVFC Southland 39 13 Head coach: Craig Bohl Head coach: Willie Fritz TSNSeed 11 TSNSeed 5— 1234 Total North Dakota State 37151...

 

Yiddish childrens magazine KindlineEditor-in-chiefMendel PanethStaff writersFishel ShachterJoseph KwadratDovid WeberStaff IllustratorsBatsheva HavlinAvram ZmoraFrequencyWeeklyFounderMendel PanethFounded2014First issueDecember 16, 2014CompanyKindline Enterprises, Inc.CountryUSBased inBrooklyn NYLanguageYiddish Kindline (Yiddish: קינדליין, /kɪndlaɪŋ/ ⓘ is a New York City-based Yiddish-language weekly magazine founded in late 2014 by then editor-in-chief Mendel Paneth, with the ...

 

Neighbourhood in Tamil Nadu, IndiaTiruchirappalli CantonmentNeighbourhoodTiruchirappalli CantonmentCoordinates: 10°48′0″N 78°40′59″E / 10.80000°N 78.68306°E / 10.80000; 78.68306Country IndiaStateTamil NaduTime zoneUTC+5.30 (IST) The Tiruchirappalli Cantonment (originally Trichinopoly Cantonment) is a residential neighbourhood in the city of Tiruchirappalli. It originated as a cantonment of the Madras Regiment in the 18th century. Most of the hotels an...

US television series For the current season, see The Bachelorette (American TV series) season 21. The BacheloretteGenreDating game showPresented by Chris Harrison Tayshia Adams Kaitlyn Bristowe Jesse Palmer Country of originUnited StatesOriginal languageEnglishNo. of seasons21No. of episodes226 (list of episodes)ProductionExecutive producerElan GaleRunning time40–125 minutesProduction companies AND Syndicated Productions(2003–09)(seasons 1–5) NZK Productions(2010–present)(season 6-pre...

 

科隆納宮概要類型美術館、不动产、historic house museum[*]、考古博物館[*]建築風格巴洛克式建築所屬國家/地區意大利行政区罗马地址Piazza dei Santi Apostoli, 66, 00187 Roma、​Piazza Santi Apostoli, 66 - Roma、​Piazza dei Santi Apostoli 66, 00187 Roma坐标41°53′51″N 12°29′03″E / 41.897636°N 12.484214°E / 41.897636; 12.484214邮政编码00187起造14世紀托建方科隆納家族所有者科隆納家族建筑�...

 

2009 filmEnemies of the PeopleTheatrical release posterDirected byThet SambathRob LemkinWritten byThet SambathRob LemkinProduced byThet SambathRob LemkinNarrated byThet SambathCinematographyThet SambathRob LemkinEdited byStefan RonowiczMusic byDaniel PembertonProductioncompanyOld Street FilmsDistributed byInternational Film CircuitRelease date 24 November 2009 (2009-11-24) (IDFA) Running time94 minutesCountriesCambodiaUnited KingdomLanguagesEnglishKhmer Enemies of the Peop...

Danemark aux Jeux olympiques d'hiver de 1994 Code CIO DEN Comité Comité national olympique danois Lieu Lillehammer Participation 8e aux Jeux d'hiver Athlètes 4 dans 3 sports Porte-drapeau Michael Tyllesen MédaillesRang : Or0 Arg.0 Bron.0 Total0 Danemark aux Jeux olympiques d'hiver Danemark aux Jeux olympiques d'hiver de 1992 Danemark aux Jeux olympiques d'hiver de 1998 modifier  Le Danemark participe aux Jeux olympiques d'hiver de 1994 à Lillehammer en Norvège. Le Danemark é...

 

New York City Subway station in Brooklyn For the former station on the BMT Fulton Street Line, see Saratoga Avenue (BMT Fulton Street Line). New York City Subway station in Brooklyn, New York Saratoga Avenue  New York City Subway station (rapid transit)Station from streetStation statisticsAddressSaratoga Avenue & Livonia AvenueBrooklyn, New YorkBoroughBrooklynLocaleBrownsvilleCoordinates40°39′42″N 73°54′56″W / 40.661531°N 73.915586°W / 40.6615...

 

Japanese manga series Tonbo!First tankōbon volume coverオーイ! とんぼ(Ōi! Tonbo)GenreSports MangaWritten byKen KawasakiIllustrated byYū Furusawa [ja]Published byGolf DigestMagazineWeekly Golf Digest [ja]Original runAugust 4, 2014 – presentVolumes52 Anime television seriesDirected byJin-Koo OhWritten byMitsutaka HirotaMusic byNobuko Toda [ja]StudioOLM Team Hikita[a]SMDE (CG)Licensed byRemowOriginal net...

  هذه المقالة عن محافظة الرس. لمدينة الرس، طالع الرس. محافظة الرس الرس محافظة علم محافظة الرسعلمOfficial seal of محافظة الرسشعار الاسم الرسمي محافظة الرس  صورة لخريطة محافظة الرس نسبةً لمنطقة القصيمموقع محافظة الرس نسبةً لمنطقة القصيم صورة لخريطة محافظة الرس والمحافظات ا...

 

American–Canadian environmentalist Dorothy Stowe, second from right, with her family in 2006 Dorothy Anne Stowe (née Rabinowitz; December 22, 1920 – July 23, 2010[1]) was an American-born Canadian social activist and environmentalist, best known for co-founding Greenpeace. Life and environmentalism Stowe was born in Providence, Rhode Island to a Jewish family.[2] While a college student, she organized and served as the first president of a social workers local of the ...

 

この記事には複数の問題があります。改善やノートページでの議論にご協力ください。 出典が不足しています。存命人物の記事は特に、検証可能性を満たしている必要があります。(2018年3月) 独自研究が含まれているおそれがあります。(2018年3月)出典検索?: 大久保博元 – ニュース · 書籍 · スカラー · CiNii · J-STAGE · NDL · dlib.jp&#...

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: 1945 in literature – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2013) (Learn how and when to remove this message) Overview of the events of 1945 in literature List of years in literature (table) … 1935 1936 1937 1938 1939 1940 1941 1942 1943 1944 1945 ...

 

Dakotan language spoken in North America AssiniboineAssiniboin, Hohe, Nakota, Nakoda, Nakon, Nakona, or StoneyNakʰódaNative toCanada, United StatesRegionSaskatchewan, Canada Montana, United StatesEthnicity3,500 Assiniboine (2007)[1]Native speakers150, 4.3% of ethnic population (2007)[1]Language familySiouan Western Siouan (Core)Mississippi Valley SiouanDakotanAssiniboineLanguage codesISO 639-3asbGlottologassi1247ELPAssiniboineAssiniboine is classified as Critically...