Haram


Haram (Arab: حَرَام, rumi: ḥarām terbitan kata kerja حَرَمَḥarama "menghalang"[1]) adalah salah satu daripada hukum Islam. Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan. Perbuatan haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.

Makanan Haram mengikut Al Quran

Nama Surah Dalil
Surah al-Baqarah, ayat 173 Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai/binatang mati sendiri (ALMAITATA), darah (DAM), daging babi (LAHNAL KHINZIR), dan APA yang di dedikasi (di persembahkan) (WA MA UHILLU) dengannya (BIHI) kepada selain Allah (LIGHAIRILLAH). Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Ma'idah, ayat 3 Diharamkan bagimu (memakan) bangkai/binatang mati sendiri (ALMAITATU), darah (DAMU), daging babi (LAHMUL KHINZIR), dan APA yang di dedikasi / di buat persembahan (WA MA UHILLA) dengannya (BIHI) kepada selain Allah (LIGHAIRILLAH), binatang yang mati tercekik (MUNKHONIQAH - strangled to death), yang mati terpukul (MAUQUZAH - hit fatally), yang mati jatuh (MUTARODDIYAH), yang ditanduk (NATIHAH), dan APA (WAMA) yang dimakan binatang buas (AKALA SABU'U), kecuali (ILLA) apa (MA) yang kamu MEMBERSIHKANNYA (ZAKKAITUM), dan (diharamkan bagimu) APA (WAMA) yang di korbankan (ZUBIHA) untuk berhala (NUSUBI). ...........Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Ma'idah, ayat 4 Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh BINATANG BURUAN / ANJING (MUKALLIBIN) yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan SEBUTLAH NAMA ALLAH KE ATASNYA (WAZKURUSMALLAHI 'ALAIHI). Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya


  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 97. ISBN 967-65-7321-3.