Sukan Belia Asia atau Sukan Remaja Asia (bahasa Inggeris: Asian Youth Gamescode: en is deprecated ), juga dikenali sebagai AYG, merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan setiap empat tahun di kalangan atlet dari seluruh Asia. Ia dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA). Temasya sukan tersebut disifatkan sebagai acara beraneka sukan kedua terbesar selepas Sukan Asia.
Penciptaan AYG adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010. Ia bertujuan untuk menunjukkan keupayaan dan infrastruktur organisasi Singapura.[1]
Dalam sejarahnya, dua negara pernah menganjurkan Sukan Belia Asia. Empat puluh lima negara pernah menyertai temasya Sukan tersebut.