Stesen Beijing Daxue Dongmen dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]
Lokasi
Stesen Beijing Daxue Dongmen terletak di bawah tanah Jalan Zhongguancun Utara (Cina ringkas: 中关村北大街code: zh is deprecated ; pinyin: Zhōngguāncūn Běi Dàjiē), dekat simpang tiga Jalan Chengfu (Cina ringkas: 成府路code: zh is deprecated ; pinyin: Chéngfǔ Lù).[3]
Ciri-ciri stesen
Pelan stesen
Aras Jalan
Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
Aras Bawah Aras Legar
Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis
Aras legar stesen utara, Stesen Beijing Daxue Dongmen.
Aras legar stesen selatan, Stesen Beijing Daxue Dongmen.
Panorama aras platform stesen, Stesen Beijing Daxue Dongmen.
Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di utara dan selatan stesen. Aras legar utara menyediakan pintu keluar A dan B manakala aras legar selatan menyediakan pintu kelaur C dan D. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A. Namun, kedua-dua aras legar tidak dihubungkan dengan laluan pejalan kaki tidak berbayar. Stesen Beijing Daxue Dongmen dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, PSBC, dan CCB.[3] Stesen Beijing Daxue Dongmen mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[3]
Pintu masuk dan keluar
Pintu masuk dan keluar stesen
Pintu A menuju ke Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街)
Pintu B menuju ke Jalan Chengfu (成府路)
Pintu C menuju ke Jalan Chengfu (成府路)
Pintu D menuju ke Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街)
Empat pintu stesen yang dibina di stesen Beijing Daxue Dongmen, pintu A, B, C dan D. Pintu D mempunyai landasan landai untuk orang kurang upaya (OKU).[3]
Pintu
Lokasi
Destinasi
Kemudahan
A
Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街)
Pintu masuk timur Universiti Peking, Boya Pagoda, Perpustakaan Universiti Peking, Hospital Universiti Peking
—
B
Jalan Chengfu (成府路)
Sekolah Rendah Universiti Peking, Tadika Yandong Universiti Peking, Sekolah Fizik Universiti Peking
—
C
Jalan Chengfu (成府路)
Sekolah Kimia Universiti Peking, Academic Hall of Chinese Academy of Sciences, Pejabat Pos China Post
—
D
Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街)
Pintu masuk tenggara Universiti Peking, Wusi Sports Activity Center, Gimanasium Khoo Teck Puat