Yi Huiman (Pengerusi dan Pengarah Eksekutif) Luo Xi (Naib Presiden)
Keluaran
Kewangan dan insurans Perbankan pengguna Perbankan komersial Perbankan pelaburan Pengurusan pelaburan Pengurusan kekayaan global Ekuiti swasta Pajak gadai Kad kredit
Nama Bahasa CinaTulisan Cina Ringkas中国工商银行股份有限公司code: zh is deprecated Tulisan Cina Tradisional中國工商銀行股份有限公司code: zh is deprecated Maksud harfiahChina Industrial and Commercial Bank, Company Limited by Shares
Industrial and Commercial Bank of China Limited (ICBC) ialah syarikat perbankan multinasional Cina. Ia adalah bank terbesar di China, dan bank terbesar di dunia dengan jumlah aset, deposit, pinjaman, bilangan pelanggan dan bilangan pekerja.[2] Ia merupakan salah satu bank "Empat Besar" milik negeri China (tiga lagi termasuk Bank of China, Agricultural Bank of China, dan China Construction Bank). Ia ditubuhkan sebagai syarikat berhad pada 1 Januari 1984. Sehingga Disember 2017, ia mempunyai aset bernilai US$4.009 trilion.[3] Umumnya diaggap sebagai institusi kewangan dan syarikat awam terbesar di dunia mengikut aset;[4][5][6] ia merupakan syarikat China pertama untuk menerima pencapaian sedemikian.[7][8][9] Ia menerima ranking no. 1 dalam ranking 1000 Teratas Bank Dunia The Banker dan yang petama dalam senarai Forbes Global 2000 bagi syarikat awam terbesar.[10]