Bank of China (Cina ringkas: 中国银行code: zh is deprecated ; pinyin: Zhōngguó Yínháng; kerap dieja sebagai 中行 atau BOC) ialah salah satu daripada empat bank perdagangan milik negara terbesar di China. Bank China berasingan dari anak syarikatnya Bank of China (Hong Kong), walaupun mereka mengekalkan hubungan rapat dalam pengurusan dan pentadbiran dan bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk menjual semula insurans dan perkhidmatan sekuriti BOC.
Ia ditubuhkan pada tahun 1912 oleh kerajaan Republikan untuk menggantikan DaqingBank. Ia merupakan bank tertua di tanah besar China yang masih wujud. Dari penubuhannya sehingga tahun 1942, ia mengeluarkan wang kertas bagi pihak Kerajaan bersama dengan bank "Empat Besar" pada masa itu: Bank Petani China, Bank Komunikasi dan Bank Pusat Republik China. Ibu pejabatnya berada di Daerah Xicheng, Beijing.[3]
Setakat 31 Disember 2009, ia merupakan pemberi pinjaman kedua terbesar di China secara keseluruhan, dan 5 bank terbesar di dunia dengan nilai permodalan pasaran.[4]