Stefanie Sun Yanzi (Cina: 孙燕姿 pinyin: sun yanzi; lahir 23 Julai 1978) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura. Beliau kebanyakan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, meskipun dia juga telah mengeluarkan sebuah album bahasa Inggeris.[1]
Kehidupan dan kerjaya
Yanzi dilahirkan di Singapura pada 23 Julai 1978. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah St Margaret dan Sekolah Perempuan Raffles sebelum melanjutkan pendidikan di Universiti Teknologi Nanyang. Ayahnya adalah seorang profesor di universiti tersebut, dan ibunya adalah seorang guru. Debutnya dimulai pada Julai 2000 dengan diterbitkannya album pertamanya berjudul 孫燕姿 (Sun Yanzi). Saat ini dia biasa dibilang merupakan penyanyi terpopular di Singapura, sebagai satu daripada sedikit penyanyi Singapura yang telah memenangi penghargaan besar dalam dunia muzik Mandarin.
Sepanjang kerjaya muziknya, dia telah menerima lebih daripada 33 anugerah. Selain itu, Yanzi juga telah dua kali terpilih menyanyikan lagu tema untuk perayaan Hari Kebangsaan Singapura, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003.