Soa payung (nama saintifik: Chlamydosaurus kingii)[3] ialah spesies cicak tunggal dalam genus Chlamydosaurus keluarga Agamidae.[4][5] Ia ditemukan di kawasan-kawasan padang rumput kering utara Australia dan selatan New Guinea.[6][7] Lehernya mempunyai ropol yang dikembangkan seperti payung untuk menakutkan musuh.[8]
Spesies ini meluangkan banyak masanya hinggap di pokok,[9] ia hanya turun dari pokok untuk mencari makan dan mempertahankan wilayahnya.[10]
Ia spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia.[3]
Taksonomi
Nama genus Chlamydosaurus dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purbaχλαμύςcode: el is deprecated chlamydo "berselubung" dan σαῦροςcode: el is deprecated sauros "cicak".[11] Nama tersebut diberikan ahli zoologi British John Edward Gray pada tahun 1825 dalam sebuah ekspedisi diketuai Kapten Phillip Parker King dari kapal HMS Mermaid.[12]:197[13][11]
Ciri-ciri
Badannya membesar sehingga 85 sentimeter panjang.[9] Kaki-kaki dan lehernya panjang, kepalanya lebar.[7] Seluruh badannya berwarna perang atau kelabu dengan tompok-tompok gelap menyerupai permukaan kulit kayu pokok.[14]
Lehernya mempunyai ropol besar yang berlipat-lipat dan melekat belakang tengkuk dan kepalanya. Ropol yang dibuka ini berlapik warna merah jambu atau kuning cerah.[15] Cicak beropol kuning ditemukan di Queensland, cicak beropol jingga ditemukan di Wilayah Utara, manakala cicak yang beropol kemerahan ditemukan di kawasan Kimberley, utara Australia Barat.[16]
Ia mengawan pada awal musim hujan dari bulan September hingga Oktober.[20]
Cicak betina bertelur pada awal atau pertengahan musim hujan dari bulan November hingga Februari.[20] Ia bertelur sebanyak 6 hingga 25 biji dalam satu atau dua sangkak di sarangnya yang terletak 5–20 sm bawah tanah. Telur-telur ini dieramkan selama dua hingga tiga bulan.[10]
^Grzimek, Bernhard; Olendorf, Donna (2003). Grzimek's Animal Life Encyclopedia: Reptiles. Gale. m/s. 216. ISBN978-0-7876-5783-3.
^ abCogger, Harold G. (2014). Reptiles & Amphibians of Australia (ed. 7). CSIRO publishing. m/s. 700–701. ISBN978-0-643-10035-0.
^Shine, Richard (Mei 1990). "Function and evolution of the frill of the frillneck lizard, Chlamydosaurus kingii (Sauria: Agamidae)". Biological Journal of the Linnean Society. 40 (1): 11–20. doi:10.1111/j.1095-8312.1990.tb00531.x.
^ abGreer, Allen E. (1989). The biology and evolution of Australian lizards. Surrey Beatty. m/s. 24. ISBN978-0-949324-21-4.
^ abBeolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 141. ISBN978-1-4214-0135-5.
^"Species Chlamydosaurus kingii J.E. Gray, 1825". Australian Faunal Directory. Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia: Jabatan Alam Sekitar, Air, Warisan dan Seni, Kerajaan Australia. 28 Mei 2014 [12 Februari 2010]. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015.
^"Frilled-Neck Lizard". Taman Reptilia Australia. 24 September 2020. Dicapai pada 10 Disember 2022.
^"Frilled Lizard". A-Z Animals. Elite Cafemedia. 2008. Dicapai pada 10 Disember 2022.
^ abShine, Richard (1 Mei 1990). "Function and evolution of the frill of the frillneck lizard, Chlamydosaurus kingii (Sauria: Agamidae)". Biological Journal of the Linnean Society (dalam bahasa Inggeris). 40 (1): 11–20. doi:10.1111/j.1095-8312.1990.tb00531.x.