Haiwan ini dikenali kerana bentuknya yang berotot besar menonjol melangkaui badan asal. Ia juga merupakan haiwan jenis kepah penggali terbesar[3] malah antara yang paling lama hidup dengan jangka hayat 140 tahun; yang tertua telah dicatatkan pada usia 168 tahun.[4]
Penamaan
Nama haiwan ini setara dengan istilah bahasa Cinanya象拔蚌code: zh is deprecated (pinyin: xiàngbábàng, Jyutping: zoeng6 bat6 pong), yang secara harfiahnya bermaksud "kepah hidung gajah", merujuk kepada penampilan badan kepah tersebut yang menyerupai belalai seekor gajah.[5]
Masyarakat peribumi Niskwali yang duduk di negeri Washington termasuk kawasan habitat asalnya pula memberikan nama gʷídəq[6][7] (sebutan terdekat [gui.dĕk]) dalam bahasa Lesyusid yang dituturkan oleh mereka: əq bermaksud "pelir"[8] atau "menggali dalam"[9] atau mungkin kedua-duanya; ia diserapkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai geoduck[6][7] iaitu nama lain yang sering digunakan dalam pasaran umum.
Ciri fizikal
Ia kerangan penggali terbesar di dunia dengan berat matang rata-rata 0.7 kilogram; terdapat spesimen yang diperolehi dengan berat lebih daripada 7 kg sepanjang sebanyak 2 meter. Kepah ini menggunakan suatu "belalai" (sifon) untuk menyedut air laut sekitarnya, mengutip plankton yang dituras dan dimakan sambil air tapisan ditinja melalui lubang berasingan.
Kepah yang ditangkap dan diangkut perlu dipelihara dalam persekitaran air masin bersuhu 10 darjah Celsius.[10]
Sebagai sumber makanan
Sifon yang besar dan gemuk sangat dikehendaki kerana gurih dan tekstur renyah. Rasa isi siput ini adakala dibandingkan juga dengan rasa tiram.[10] Ia juga adakala dilihat mempunyai sifat yang dipercayai menaikkan berahi si pemakan.[3]
Ia sangat popular di China di mana ia dianggap sebagai bahan hidangan istimewa stimbot untuk tujuan keraian.[3] Ia juga sering digemari dimakan secara mentah[10] terutamanya dalam kalangan orang Jepun dan Korea bercicah masing-masing dengan wasabi dan kicap.
^Orensanz, J. M. L.; Hand, C. M.; Parma, A. M.; Valero, J.; Hilborn, R. (2004). "Precaution in the harvest of Methuselahs clams-the difficulty of getting timely feedback from slow-paced dynamics". Can. J. Fish. Aquat. Sci. 61: 1355–1372. doi:10.1139/f04-136.
^A. Campbell, R. M. Harbo, and C. M. Hand, "Harvesting and distribution of Pacific Geoduck Clams", Proceedings of the North Pacific Symposium on Invertebrate Stock Assessment and Management (1998), p. 350