SimCity 4

SimCity 4
Kotak permainan di Amerika Utara, versi PC
PembangunMaxis
PenerbitElectronic Arts (Windows)
Aspyr Media (Mac)
PerekaJoseph Knight
Michael McCormick
KomposerJerry Martin Sunting ini di Wikidata
SiriSimCity
EnjinKelaziman
PlatformWindows
Mac OS X
Pelepasan[1]
[2]
GenrePenyelakuan pembinaan dan pengurusan, pembinaan bandar
ModSeorang pemain

SimCity 4 (SC4) ialah sebuah permainan penyelakuan pembinaan bandar untuk komputer yang dibangunkan oleh Maxis, sebuah subsidiari Electronic Arts. Ia diterbitkan pada 14 Januari, 2003. Ia merupakan pemasangan keempat dalam siri SimCity. SimCity 4 mempunyai sebuah pek kembangan yang dikenali sebagai Rush Hour yang menambah beberapa ciri dalam permainan ini. SimCity 4: Edisi Mewah mengandungi permainan asal dan Rush Hour yang digabungkan sebagai sebuah produk.

Sebuah bandar penyelakuan yang berjaya dalam SimCity.

Permainan ini membolehkan pemain mencipta kawasan tanah melalui kaedah terraform, dan kemudian mereka dan membina sebuah petempatan yang kemudiannya boleh berkembang menjadi bandar. Pemain boleh menetapkan zon tanah berlainan seperti pembangunan komersial, industri, atau perumahan. Pemain juga dapat membina dan menyelenggara perkhidmatan awam, pengangkutan dan utiliti. Untuk kejayaan sesebuah bandar, pemain perlu menguruskan kewangan, alam sekitar, dan kualiti hidup penduduk bandar tersebut. SimCity 4 memperkenalkan kitaran siang malam dan beberapa kesan khas lain buat pertama kalinya dalam siri SimCity. Alatan seperti Building Architect Tool (Alat Arkitek Binaan)(BAT) membolehkan bangunan dan kandungan tersendiri daripada pihak ketiga ditambah dalam permainan.

SimCity 4 dipuji kerana menjadi permainan pertama dalam siri SimCity untuk menggunakan enjin 3D secara umum untuk proses pelepaan grafik. Permainan ini telah menerima pelbagai sanjungan, beberapa anugerah, dan merupakan salah satu daripada 10 permainan video teratas paling laris dijual pada tahun 2003.[3] Walau bagaimanapun, ia telah dikritik akibat kesusahan permainan dan tuntutannya terhadap prestasi komputer.

Dalam permainan

Permainan serantau

SimCity 4 menjadikan pemain sebagai datuk bandar, ditugaskan untuk membangunkan bidangan tanah kepada bandar. Sementara itu, pemain perlu memenuhi keperluan para Sims yang menduduki bandar tersebut. Bandar-bandar terletak dalam daerah atau kawasan yang dibahagikan dengan beberapa segmen yang mana setiap satunya boleh dibangunkan. Pemain diberi pilihan 3 saiz segmen untuk dibangunkan sebagai bandar (Besar, sederhana, atau kecil).[4]

Beberapa bandar yang dilihat melalui pandangan serantau permainan.
Tampilan skrin sebuah bandar yang maju, terkandung pengubahsuaian pihak ketiga dan 'plugin'.

Mod permainan

Permainan ini dibahagikan kepada 3 mod.

Mod pertama ialah God Mode (Mod Tuhan) yang membolehkan pemain mereka atau terraform lanskap tanah yang hendak dibinakan sebuah bandar. God Mode juga membolehkan pemain mencetuskan pelbagai bencana seperti taufan dan gempa bumi. Pemain boleh memilih kawasan yang hendak dicetuskan bencana tertentu. Kebanyakan alatan terraform tidak lagi boleh digunakan setelah bandar itu dinamakan dan dimula. Bagaimanapun, pemain masih boleh menggunakan beberapa alatan terraform (walaupun terbatas dan mahal) dan masih boleh mencetuskan bencana dengan rela.

Mod kedua ialah Mayor Mode (Mode Datuk Bandar), pokok kepada mod-mod dalam permainan ini di mana bandar sebenar dibina. Kawasan-kawasan tanah boleh ditetapkan zonnya sebagai kawasan perumahan, komersial, atau industri di mana bandar tersebut akan mula membangun. Pemain boleh membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya, lorong, lebuh raya, transit, dan stesen bas. Perkara lain yang boleh dilakukan dalam Mayor Mode ialah membina bangunan sivik seperti sekolah, hospital, taman, balai polis, balai bomba, dan utiliti.

Sebuah letupan gunung berapi memusnahkan sebahagian kawasan bandar.

Mod terakhir ialah mode My Sim (Sim Saya) yang membolehkan pemain mencipta Sims pilihan yang akan menetap dan bekerja dalam bandar yang dibangunkan. Mod ini boleh digunakan untuk menilaikan dengan lebih terperinci mengenai penduduk melalui maklum balas yang diberi oleh sims. Pemain boleh memilih watak yang tersenarai atau boleh mengimport mereka daripada The Sims. Sims boleh terbunuh dalam bencana tertentu.

Struktur sivik dan utiliti

Fungsi bangunan sivik telah dibaik pulih dalam SimCity 4. Kemudahan yang dahulunya untuk liputan seluruh bandar seperti kemudahan pendidikan dan perubatan, kini telah diubahsuai kepada liputan yang lebih terbatas seperti balai polis dan bomba dalam SimCity terdahulu. Pemain dapat merancang lokasi-lokasi terbaik untuk membekalkan perkhidmatan sivik paling berkesan yang secukupnya kepada Sims. Sebagai contoh, membina sekolah di dalam atau sekitar kawasan perumahan. Kini, kewangan dapat disuaikan mengikut bangunan individu lantas membolehkan pemain menentukan sebanyak mana harus dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan selaras dengan populasi tempatan. Terdapat dua saiz untuk balai polis, balai bomba, dan hospital.

Perbelanjaan untuk penyelenggaraan kemudahan utiliti (penjana kuasa, loji air, dan perkhidmatan pelupusan sampah) semakin lama akan menaik. Hasil keluaran maksimum sesebuah kemudahan pula semakin lama akan menurun, bergantung kepada peratusan kapasiti yang digunakan dan aras kewangan yang diberi.

Pengezonan dan penghunian bangunan

Pengezonan dan saiz bangunan telah diperbaiki untuk SimCity 4. Zon pertanian kini diasingkan daripada zon perindustrian, membolehkan ladang dibangunkan tanpa mengira ketinggian harga tanah. Zon-zon kini dihadapkan ke arah jalan secara automatik dan lorong dibina secara automatik apabila mengezon di tanah yang luas. Bangunan kini diklasifikasikan kepada beberapa taraf pendapatan, jenis zon, dan peringkat saiz bangunan. Semua ini dipengaruhi oleh populasi di rantau itu dan keadaan bandar. Permainan ini menyelaku kemerosatan bandar dengan bangunan yang memburuk. Bangunan-bangunan yang pada asalnya dibina bagi tujuan penghunian warga berpendapatan tinggi kini boleh menampung warga berpendapatan lebih rendah. Keadaan ini membolehkan sesetengah bangunan kekal digunakan sambil kehilangan penghuni yang sepatutnya. Bangunan dan lot kini boleh dibina di lereng-lereng dan cerun.

Reka bentuk bangunan

Bangunan dalam SimCity 4 disesuai daripada seni bina awal abad ke-20, terutamanya Art Deco dan Romanesque Revival, sementara rumah boleh muncul sebagai seni bina tradisional American Craftsman. Bagaimanapun, terdapat seni bina tambahan yang lebih moden serta menyerupai seni bina Houston. Terdapat banyak bangunan yang berdasarkan bangunan-bangunan yang terdapat di San Francisco, termasuk Bangunan Shell (muncul sebagai "Bangunan Insurans Wren"),[5] 450 Sutter (muncul sebagai "Bangunan Kewangan Vu"),[6] dan Bangunan Telefon & Telegraf Pacific (sebagai "The Galvin Corp").[7] Tiga daripada jambatan dalam permainan ini juga berdasarkan Jambatan Golden Gate, Jambatan Sydney Harbour, dan Jambatan Brooklyn.

Pembangunan

SimCity 4 memperkenalkan kitaran siang dan malam juga kesan khas lain buat pertama kalinya dalam siri ini.

Grafik

Tidak seperti dahulunya yang menggunakan enjin 2D dan sprite, SimCity 4 menggunakan enjin 3D untuk pelepaan grafik. Lanskap dan objek bergerak seperti kenderaan telah dimodelkan sepenuhnya sebagai objek 3D berpoligon penuh. Bangunan-bangunan kecil dilukis sebagai imej rata. Bangunan-bangunan yang lebih besar dimodelkan menggunakan pendekatan hibrid.

Walaupun enjin 3D digunakan, kamera dalam SimCity 4 terbatas kepada unjuran ortografik trimetrik bagi tujuan persembahan yang baik.[8] Tambahan lagi, sebuah bandar penyelakuan kini boleh dilihat pada waktu malam dan siang. Waktu tidak mempengaruhi permainan selain daripada trafik dalam bandar tersebut.

Audio

Permainan ini merangkumi muzik latar berdurasi 1 jam dalam format MP3, yang terdiri daripada runut-runut yang berdurasi dari empat hingga tujuh minit. Muziknya dibahagikan antara yang digunakan dalam Region Mode dan God Mode dengan yang digunakan dalam pandangan bandar dalam Mayor Mode dan My Sim Mode. Sebagai tambahan, permainan ini mempunyai kemudahan bagi pemain menggunakan muzik mereka sendiri dalam permainan yang juga dibahagikan antara dua pandangan tersebut. Muzik dalam permainan ini digubah oleh Jerry Martin dan boleh diperolehi sebagai "runut bunyi" dalam iTunes. Juga, terdapat banyak runut muzik dalam permainan ini digunakan dalam filem Python 2.

Penambahan dan pengubahsuaian

Sejak penerbitan SimCity 4, beberapa penambahan dan kit pembangunan telah dibuat dan boleh didapati daripada laman sesawang rasminya.

Mercu tanda baru, termasuk, Rockefeller Center, Brandenburg Gate, dan Stonehenge telah dibuat dan boleh didapati dalam talian.[9] Kemudiannya, mercu tanda umumnya digunakan untuk menunjukkan kebolehan Gmax dan Alat Arkitek Binaan (BAT) di sekitar penerbitan BAT.[10]

Sebuah alat yang dipanggil Terrain Generator membolehkan pengguna mencipta peta berdasarkan mana-mana 48 negeri-negeri di Amerika Syarikat. Peta-peta itu berdasarkan data yang diperolehi oleh Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.[11]

Alat Arkitek Binaan (BAT) ialah himpunan alatan yang dibangunkan untuk membina bangunan lazim. Set itu merangkumi 3 aplikasi: Pek permainan Arkitek Binaan untuk Gmax, yang membolehkan pengguna melepa model Gmax kepada sprite SimCity 4 atau alatan untuk diimport ke dalam LE; LE yang telah dikemaskini; dan Pengurus Plug-in tunggal, yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai sifat penyelakuan untuk lot-lot baru. Beberapa versi ubah suaian telah dikeluarkan yang sepatutnya membetulkan pepijat untuk pelbagai masalah yang tidak dikenal pasti sebelum keluaran pertama. Pertama kali dikeluarkan pada bulan Februari 2004, ia membolehkan komuniti orang tengah dalam pengeluaran, mengeluarkan bangunan dan alatan untuk SC4. Alat Arkitek Binaan SimCity 4 mempunyai kegunaan yang sama dengan Alat Arkitek Binaan SimCity 3000 dan Alat Pembaharuan Bandar SimCity 2000. Bagaimanapun, atur cara sebelum ini direka sepenuhnya oleh Maxis dan menggunakan antara muka yang berbeza keseluruhannya. BAT SC4 memerlukan aplikasi pihak ketiga (Gmax) untuk berfungsi, dan tidak pernah diikat bersama SC4 atau pek kembangan Rush Hour seperti yang berlaku pada Simcity 3000 Unlimited yang mempunyai BAT tersendiri.

Lot Editor (LE) ialah satu alat yang membenarkan pengguna menyunting atau mereka lot-lot untuk SimCity 4 menggunakan alatan yang boleh didapati. Kerana ia telah dikeluarkan beberapa bulan sebelum BAT sebagai satu versi tunggal, pengguna-pengguna pada masa itu hanya berkebolehan menghasilkan lot-lot yang mengandungi alatan terbina dalam daripada SC4. BAT menyediakan pengguna-pengguna dengan versi LE yang dikemas kini yang menyebabkan utiliti LE asal usang. Bagaimanapun, versi lama masih boleh didapati di laman rasmi.[12]

Tambahan kepada alatan yang rasmi, program-program pihak ketiga dikeluarkan untuk kebolehcapaian lanjutan penyuntingan kandungan-kandungan SimCity 4, dengan keupayaan membenarkan pengguna-pengguna untuk mengubah sifat permainan itu sendiri. Sejak pengeluaran Lot Editor dan BAT, sebahagian besar tambahan dalam edaran mengandungi kandungan ciptaan pengguna; kebanyakannya ialah bangunan-bangunan dan lot-lot, manakala yang lain termasuk penukaran kosmetik untuk tanah-tanah, kenderaan tersendiri dan pengubahsuaian tindak-tanduk permainan itu. Kedua-dua kemahiran bagi pembangunan lot dan pengubahsuaian ada kalanya bersepadu lantas mengeluarkan lot-lot yang mampu mempengaruhi sebuah bandar dalam pelbagai cara.[perlu rujukan]

Pepijat

Maxis dan Electronic Arts telah mengeluarkan sejumlah tiga tampalan yang meningkatkan atau membetulkan masalah yang ditemui dalam versi asal SC4 dan Rush Hour (dua untuk SC4 asal dan satu untuk Rush Hour). Antara lain, tampalan itu mengandungi perbaikan-perbaikan prestasi untuk bandar-bandar lebih besar dan pelbagai pembetulan bagi pepijat kecil. Dua tampalan pra-Rush Hour tersebut masing-masing memperbaiki ralat dalam kod permainan yang sebelumnya menghalang sepertiga bangunan rekaan Maxis muncul langsung dalam permainan. Tampalan pertama membaiki "Pepijat Set Jubin Houston" yang meninggalkan satu daripada tiga set jubin permainan iaitu sekumpulan bangunan yang diilhamkan oleh bangunan-bangunan Houston semasa, terus dari kitarannya lantas bangunan-bangunan yang langsung akan muncul daripada jubin set itu hanyalah kelainan kecil yang dikongsikan oleh tiga jubin set asal permainan. Dengan pengeluaran tampalan tersebut, tampak dengan jelaslah adanya pepijat dasar lain yang menghalang kemunculan kira-kira 24 bangunan terbesar dalam permainan itu. Permasalahan ini dibaiki oleh tampalan kedua tersebut.[13]

Walaupun tidak semestinya suatu 'pepijat', beberapa pemain mengadu mengenai mekanisme pencarian laluan yang tidak realistik. Mekanisme ini kerap mencari laluan terpendek dan bukannya tercepat[14] yang selalu membuatkan singgahan awam dan lebuh raya terbiar. Sekumpulan pembangun penambahan pihak ketiga telah membuat ubah suaian yang telah mengubah mekanisme lalu lintas ini.

Rujukan

  1. ^ "SimCity 4". Amazon.com. Dicapai pada 2008-06-18.
  2. ^ "SimCity 4 (Mac)". Amazon.com. Dicapai pada 2008-06-18.
  3. ^ "The NPD group reports annual 2003 U.S. video game industry driven by console software sales". NPD Group. Dicapai pada 2008-06-18.
  4. ^ Quigley, Ocean (2003-06-17). "Creating regions in SimCity 4". Knowledge Base. SC4EVER.COM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29. Dicapai pada 2008-06-18. A small city is a kilometer on a side Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ "Shell Building". Emporis. Dicapai pada 2008-06-18.
  6. ^ "450 Sutter". Emporis. Dicapai pada 2008-06-18.
  7. ^ "140 New Montgomery". Emporis. Dicapai pada 2008-06-18.
  8. ^ "SimCity Retrospective Pt III -SimCity 4, Rush Hour, and the Web". Maxis, Electronic Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-05-28. Dicapai pada 2008-06-18.
  9. ^ "Building & Prop Downloads". Maxis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-02-01. Dicapai pada 2008-06-21.
  10. ^ "Will Wright Chat Transcript". Maxis. 2004-02-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-16. Dicapai pada 2008-06-21.
  11. ^ "Cool Stuff: Terrain Generator". Maxis, Electronic Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-08-11. Dicapai pada 2008-06-18.
  12. ^ "Lot Editor FAQ". Maxis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-13. Dicapai pada 2008-06-21.
  13. ^ "SimCity 4 Original Update". Maxis, Electronic Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-29. Dicapai pada 2008-06-18.
  14. ^ ""Commute time and pathfinding report"". Simtropolis. Dicapai pada 2008-07-28.

Read other articles:

Artikel ini perlu diwikifikasi agar memenuhi standar kualitas Wikipedia. Anda dapat memberikan bantuan berupa penambahan pranala dalam, atau dengan merapikan tata letak dari artikel ini. Untuk keterangan lebih lanjut, klik [tampil] di bagian kanan. Mengganti markah HTML dengan markah wiki bila dimungkinkan. Tambahkan pranala wiki. Bila dirasa perlu, buatlah pautan ke artikel wiki lainnya dengan cara menambahkan [[ dan ]] pada kata yang bersangkutan (lihat WP:LINK untuk keterangan lebih lanjut...

 

Lambang kotamadya Peta lokasi Klæbu ialah sebuah kotamadya di provinsi Sør-Trøndelag, Norwegia. Klæbu ialah sebuah kotamadya di pedalaman yang terletak 20 kilometer selatan kota Trondheim. Sementara secara tradisional pertanian menjadi barang dagang umum, Klæbu kini lebih banyak berfungsi sebagai pinggiran kota Trondheim, di mana banyak penduduk Klæbu bekerja atau masuk sekolah. Danau Selbusjøen dan pegunungan Vassfjellet. Geografi Sungai Nidelva, yang mengalir melalui Klæbu, adalah s...

 

Definisi IUPAC Misel: Partikel dengan dimensi koloid yang terdapat dalam kesetimbangan denganmolekul atau ion dalam larutan di mana ia terbentuk.[1][2] Misel (polimer): Swarakit teratur yang terbentuk dalam suatu cairan danterdiri dari makromolekul amfifilik, secara umum di-atau tri-blok kopolimer amfifilik yang dibuat dari blok solvofilik dan solvofobik. Catatan 1: Suatu perilaku amfifilik dapat diamati pada air dan suatu pelarutorganik atau antara dua pelarut organik. Catat...

Komunitas orang Bawean di Singapura pada tahun 1910. Suku Bawean adalah salah satu suku bangsa yang ada di Malaysia. Di Malaysia dan Singapura orang Bawean lebih dikenal dengan sebutan orang Boyan atau orang Phabean.[1] Kata Boyan sebenarnya bermakna sopir atau tukang kebun, karena pada saat awal migrasi orang Bawean di Malaysia dan Singapura banyak yang bekerja sebagai sopir atau tukang kebun. Suku Bawean adalah suku bangsa yang berasal dari Pulau Bawean di Jawa Timur, Indonesia. Min...

 

Radio station in Biddeford, MaineWCYYBiddeford, MaineBroadcast areaPortland metropolitan areaFrequency94.3 MHzBrandingWCYYProgrammingFormatActive rock; alternative rockOwnershipOwnerTownsquare Media(Townsquare License, LLC)Sister stationsWBLM, WHOM, WJBQ, WPKQHistoryFirst air dateAugust 1972; 51 years ago (1972-08)Former call signsWIDE-FM (1972-1981)WBYC (1981-1985)WYJY (1985-1991)WSTG (1991-1994)Technical information[1]Licensing authorityFCCFacility ID22880Cla...

 

A chili dog with fries This is a list of notable sausage dishes, in which sausage is used as a primary ingredient or as a significant component of a dish. Sausage dishes This is a dynamic list and may never be able to satisfy particular standards for completeness. You can help by adding missing items with reliable sources. Battered sausage An Italian sausage sandwich Papet Vaudois Salchipapas is a fast food dish commonly consumed as street food throughout Latin America. Sausage gravy served ...

British Anglican bishop The Right ReverendNicholas ReadeBishop Emeritus of Blackburn, Hon. Assistant Bishop in the Diocese of Chichester and also in the Diocese in EuropeBishop Reade in 2014ChurchChurch of EnglandProvinceProvince of YorkDioceseDiocese of BlackburnInstalled27 March 2004Term ended31 October 2012PredecessorAlan ChestersSuccessorJulian HendersonOther post(s)Archdeacon of Lewes & Hastings (1997–2004)OrdersOrdination1973 (deacon)1974 (priest)Consecration2 March 2004by Da...

 

58th lieutenant governor of Kentucky Jacqueline ColemanColeman in 202258th Lieutenant Governor of KentuckyIncumbentAssumed office December 10, 2019GovernorAndy BeshearPreceded byJenean HamptonSecretary of the Kentucky Education and Workforce Development CabinetIn officeDecember 10, 2019 – October 21, 2021GovernorAndy BeshearPreceded byDerrick RamseySucceeded byCabinet abolished[a] Personal detailsBornJacqueline Layne Coleman (1982-06-09) June 9, 1982 (age 41)Danvil...

 

DC Comics character This article's lead section may be too short to adequately summarize the key points. Please consider expanding the lead to provide an accessible overview of all important aspects of the article. (April 2022) Comics character HermesHermes as depicted in Wonder Woman vol. 2 #37 (December 1989). Art by Chris Marrinan.Publication informationPublisherDC ComicsFirst appearanceWonder Woman #1 (June 1942)Created byWilliam Moulton MarstonH. G. PeterIn-story informationPlace of orig...

这是马来族人名,“莫哈末·雅辛”是父名,不是姓氏,提及此人时应以其自身的名“慕尤丁”为主。 尊敬的丹斯里拿督哈芝慕尤丁·莫哈末雅辛馬來語:Muhyiddin Mohd YassinMahiaddin bin Md Yasin(注册名)国会议员PSM; SPMJ; SHMS; SPSA; SPMP; SUNS; SPDK; DP; PNBS; SMJ; BSI (I); PIS (I)2021年的慕尤丁 第8任马来西亚首相任期2020年3月1日—2021年8月20日君主國家元首蘇丹阿都拉副职依斯迈沙比里前任马...

 

Annapurna Pictures, LLCJenisSwastaIndustriFilmDidirikan1 April 2011; 13 tahun lalu (2011-04-01)PendiriMegan EllisonKantorpusatLos Angeles, California, Amerika SerikatTokohkunciLarry Ellison (Ketua dan Pemilik)Jasa Pembuatan film distribusi film produksi televisi pengembang permainan video PemilikLarry Ellison[1]Anakusaha Annapurna International Annapurna Television Annapurna Interactive Mirror (usaha patungan dengan Metro-Goldwyn-Mayer) Situs webwww.annapurna.pictures Annapurna Pictures adal...

 

此條目可参照英語維基百科相應條目来扩充。 (2021年5月6日)若您熟悉来源语言和主题,请协助参考外语维基百科扩充条目。请勿直接提交机械翻译,也不要翻译不可靠、低品质内容。依版权协议,译文需在编辑摘要注明来源,或于讨论页顶部标记{{Translated page}}标签。 约翰斯顿环礁Kalama Atoll 美國本土外小島嶼 Johnston Atoll 旗幟颂歌:《星條旗》The Star-Spangled Banner約翰斯頓環礁�...

كأس تونس للكرة الطائرة للرجال الموسم 1973-1974 البلد تونس  المنظم الجامعة التونسية للكرة الطائرة  النسخة 18 الفائز النادي الأولمبي القليبي كأس تونس للكرة الطائرة للرجال 1972-1973 كأس تونس للكرة الطائرة للرجال 1974-1975 تعديل مصدري - تعديل   كأس تونس للكرة الطائرة للرجال 1973-1974 هو...

 

For other uses, see Morioka (disambiguation). You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Japanese. (September 2018) Click [show] for important translation instructions. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machine-translated text into the English Wikipedia. Co...

 

American basketball player Reggie HearnHearn in 2018Personal informationBorn (1991-08-14) August 14, 1991 (age 32)Fort Wayne, Indiana, U.S.Listed height6 ft 5 in (1.96 m)Listed weight210 lb (95 kg)Career informationHigh schoolSnider (Fort Wayne, Indiana)CollegeNorthwestern (2009–2013)NBA draft2013: undraftedPlaying career2013–2022PositionShooting guardNumber38Career history2013–2014Idaho Stampede2014–2018Reno Bighorns2018Detroit Pistons2018→Grand Rapids...

梅拉蒂·达伊瓦·奥克塔维亚尼Melati Daeva Oktavianti基本資料代表國家/地區 印度尼西亞出生 (1994-10-28) 1994年10月28日(29歲)[1] 印度尼西亞万丹省西冷[1]身高1.68米(5英尺6英寸)[1]握拍右手[1]主項:女子雙打、混合雙打職業戰績48勝–27負(女雙)109勝–56負(混雙)最高世界排名第4位(混雙-普拉文·喬丹)(2020年3月17日[2])現時世界排名第...

 

乔冠华 中华人民共和国外交部部长 中国人民对外友好协会顾问 任期1974年11月—1976年12月总理周恩来 → 华国锋前任姬鹏飞继任黄华 个人资料性别男出生(1913-03-28)1913年3月28日 中華民國江蘇省盐城县逝世1983年9月22日(1983歲—09—22)(70歲) 中华人民共和国北京市籍贯江蘇鹽城国籍 中华人民共和国政党 中国共产党配偶明仁(1940年病逝) 龚澎(1970年病逝) 章含�...

 

European political party This article is about the europarty established in 1992. For the Socialists & Democrats Group in the European Parliament, see Progressive Alliance of Socialists and Democrats. Party of European Socialists AbbreviationPESPresidentStefan Löfven (SE)Secretary-GeneralAchim Post (DE)Founded9 November 1992; 31 years ago (1992-11-09)Preceded byConfederation of the Socialist Parties of the European Community (1973)HeadquartersRue Guimard 10,1040 Br...

Litium aluminium hidrida Model gambar rangka litium aluminium hidrida Model bola-dan-pasak satuan sel litium aluminium hidrida Nama Nama IUPAC (preferensi) Litium tetrahidridoaluminat(III) Nama IUPAC (sistematis) Lithium alumanuida Nama lain Litium aluminium hidrida Lithal Litium alanat Litium aluminohidrida Litium tetrahidridoaluminat Litium tetrahidridoaluminat(III) Penanda Nomor CAS 16853-85-3 Y14128-54-2 (2H4) Y Model 3D (JSmol) Gambar interaktif 3DMet {{{3DMet}}} Singkata...

 

مخطط يوضح طرق الأتصال بالانترنت وكيفية تبادل الأعمال عبر الانترنت الأعمال التجارية الإلكترونية (بالإنجليزية: Electronic Business)‏- التي يشار إليها غالبا بـ (e-Business) إِ - بيزنس - يقصد بها كافة الأنشطة التجارية التي تستخدم تكنولوجيا المعلومات والاتصالات مثل الإنترنت والاتصالات وغير�...