Shukri Ghanem
Dr. Syukri Ghanam (Arab: شكري محمد إمحمد غانم 9 Oktober 1942 – 29 April 2012) merupakan seorang ahli politik Libya dan mantan Perdana Menteri Libya dari tahun 2003 sehingga 2006. Beliau menjabat jawatan ini di era pemerintahan Muammar al-Gaddafi. Akibat perselisihan faham, beliau diturunkan pangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006, dan kekal sebagai Menteri Minyak Libya sehingga tahun 2011. Jawatan Perdana Menteri, disandang oleh timbalannya, Baghdadi Mahmudi. Pada 29 April 2012, jenazahnya di temui terapung di sebatang sungai di New Danube, Vienna selepas tercetusnya perang saudara.[1][2] Kehidupan awalGhanem dilahirkan di Tripoli, ketika itu dibawah pentadbiran kerajaan Itali-Libya, pada 9 Oktober 1942.[3] Beliau menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di Universiti Garyounis di Benghazi dan tamat pengajian pada tahun 1963. Memperoleh ijazah kedoktoran falsafah (PhD) dalam bidang yang sama di Fakulti Fletcher Perundangan dan Diplomasi, Univeraiti Tufts dan Universiti Harvard pada tahun 1975. Hasil perkahwinannya, beliau mempunyai tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[4] KematianBeliau ditemui mati terapung di sebatang sungai di New Danube, Vienna.[5] Jenazahnya yang berusia 69 tahun ketika itu, di temui dan masih lengkap berpakaian. Beliau, isterinya dan anak perempuannya tinggal di sebuah apartmen di Vienna, Austria.[6] Kematiannya berkait rapat dengan kesan tunjuk perasaan, Revolusi Arab 2011 sebelum tercetusnya perang saudara Libya.[3] Rujukan
Pautan luar
|