Serangan bom di Pune 2010 berlaku di sebuah kedai roti milik German Bakery di Pune, negeri Maharashtra, India pada 13 Februari 2010. 179 orang mati dan 57 cedera. Kedai itu popular di kalangan pelancong Barat dan warga tempatan. Rakyat Itali dan Iran antara warga asing yang terbunuh.
Cebisan mayat turut ditemui di North Main Road berhampiran O Hotel, beberapa meter dari bakeri tersebut. Mangsa dihantar ke Hospital Sassoon untuk bedah siasat.
Menteri Dalam Negeri India, Palaniappan Chidambaram menyatakan kedai roti Jerman itu terletak berhampiran pusat Yahudi (Chabad House) dan agama (Osho ashram) yang sering dilawati pelancong.
Sasaran
Pakar mendapati, sasaran adalah pelancong luar dan warga India. Serangan sebelum ini berlaku terhadap Chabad House di Mumbai pada 26 November 2008.[5] Polis menutup semua jalan ke Koregaon Park.
Suspek
David Headley, seorang ahli perniagaan Pakistan-Amerika yang berpusat di Chicago telah dikaitkan dengan organisasi pengganas Lashkar-e-Taiba. Headley pernah melawat Pune pada Julai 2008 dan Mac 2009 dan menginap di Surya Villa hotel di Koregaon, berhampiran lokasi letupan. Kumpulan militan Islam ini aktif di Selatan Asia.
Suspek serangan Batla House iaitu Shahzad Ahmad turut akan disiasat semula.[6]
CNN mengesyaki serangan dilakukan oleh Mujahidin India. Nasionalis Hindu menyifatkan serangan ini sebagai angkara musuh tradisi India, Pakistan. Perdana Menteri Pakistan, Yousaf Raza Gilani mengecap letupan ini dan berikrar akan meneruskan perjanjian keamanan bersama.
Serangan ini dilakukan hanya beberapa hari selepas sebuah perjanjian dan dialog antara India-Pakistan dilakukan. Pertemuan peringkat menteri akan diadakan di New Delhi pada 25 Februari 2010.
Lihat juga
Rujukan