Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dikendalikan oleh penyampai Nana Mahazan dan Aznil Nawawi[1]. Ia mula bersiaran setiap Ahad, jam 10 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [2].
Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.
Penarafan Radio
Sejak tahun 2000, Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio paling tinggi pendengar di Malaysia. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [3]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .
Turutan Juara Carta Era
Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2007.
Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2007.
Sekali lagi berulang kontroversi apabila beberapa artis terkenal Malaysia lebih senang menggunakan khidmat komposer negara jiran serumpun sekaligus menimbulkan polemik jatidiri dan sokongan kepada pengkarya tempatan.[75][76] Berikut adalah senarai Top 10 seperti yang disiarkan pada 31 Disember 2007 bagi senarai lagu-lagu paling popular untuk tahun 2007.[77]