"Semua hak cipta terpelihara" atau "Hak cipta terpelihara" (bahasa Inggeris: all rights reservedcode: en is deprecated , Sepanyol: Todos los derechos reservadoscode: es is deprecated , Portugis: Todos os direitos reservadoscode: pt is deprecated ) ialah kenyataan keformalan hak cipta yang menandakan bahawa pemegang hak cipta memegang kepemilikan suatu karya cipta dan undang-undang hak cipta melindunginya. Wujud dari Konvensyem Buenos Aires 1910, sama sekali tidak jelas adakah frasa tersebut memiliki pengaruh undang-undang di kebanyakan bidang kuasa.[1] Namun, masih banyak pemegang hak cipta yang masih terbiasa menggunkan frasa ini.
Asal-usul
Frasa ini berasal dari Konvensyen Buenos Aires 1910. Perkaar 3 Konvensyem memberikan hak cipta ke atas sesebuah karya yang dicipta di semua negara penandatangan Konvensyen asalkan "kenyataan pelindungan hak cipta" ada pada karya tersebut.[2] Frasa all rights reserved tidak disebutkan secara langsung dalam teks itu namun telah memenuhi syarat tersebut.
Kewajipan memberikan frasa "semua hak cipta terpelihara" dianggap usang setakat 23 Ogos 2000 semasa Nicaragua menjadi peserta terakhir Konvensyen Buenos Aires menjadi penandatangan Konvensyen Berne.[7] Sehingga tarikh itu itu, setiap negara yang dahulu merupakan anggota Konvensyen Buenos Aires (yang merupakan satu-satunya traktat yang mewajibkan frasa tersebut) juga automatis anggota Konvensyen Berne, yang dapat memberikan pelindungan tanpa perlu adanya keformalan.[8]
Meskipun demikian, sejumlah karya—terutama karya tulis, rakaman, dan program komputer—yang dibuat oleh seniman, penulis, atau pencipta kandungan masih menggunakan frasa ini untuk mencegah kekaburan dan memberikan kenyataan yang jelas bahawa kandungan yang diciptanya tidak dapat bebas disalin.[8]