Konvensyen Buenos Aires ialah perjanjian hak cipta yang ditetapkan di Buenos Aires, Argentina, pada 11 Ogos 1910, yang memberikan perakuan hak cipta yang memerlukan pemberitahuan kenyataan pelindungan hak cipta terhadap suatu karya (Perkara 3). Konvensyen ini menekankan kenyataan "Semua hak cipta terpelihara" (Sepanyol: Todos los derechos reservadoscode: es is deprecated , Portugis: Todos os direitos reservadoscode: pt is deprecated ) pada peringatan hak cipta. Penerapannya berpelbagai kerana undang-undang Amerika Syarikat hanya mewajibkan penulis dan tahun penerbitan. Perlindungan hak cipta berdasarkan Konvensyen diberikan pada jangka pendek syarat negara yang melindungi dan negara asal karya ("aturan jangka pendek", Perkara. 6, 7). Kenyataan pelindungan yang masih kabur menimbulkan kata-kata yang lebih panjang dan lebih sah, yang tetap bertahan meskipun undang-undang hak cipta antarabangsa berkembang.
Secara khusus konvensyen ini dipertahankan oleh Konvensyen Hak Cipta Sejagat pada 6 September 1952 (Perkara 18 Konvensyen Geneva), dengan rumusan terbaru diketengahkan apabila berlakunya persengketaan. Peringatan Konvensyen Buenos Aires tidak diubah, keberadaan kenyataan hak cipta sederhana diperlukan untuk memberi kepastian perakuan hak cipta antara negara yang menyertai Konvensyen Hak Cipta Sejagat (yang mana Honduras belum turut serta). Setakat 23 Ogos 2000, semua negara anggota Konvensyen Buenos Aires juga turut serta dalam Konvensyen Berne, yang mengatur perakuan bersama hak cipta tanpa sebarang keformalan (Perkara 5 perenggan 2 Konvensyen Berne).
Konvensyen Buenos Aires menjadi "persetujuan khas" dalam ketentuan Perkara 20 Konvensyen Berne. Ini tetap berlaku, terutama untuk menentukan negara asal karya dan kemudian tempoh berlaku perlindungan hak cipta di negara yang memberlakukan "aturan jangka terpendek":[1] apabila karya diterbitkan baik di negara anggota Konvensyen dan bukan anggota Konvensyem, maka negara anggota Konvensyen dianggap sebagai negara asal, terlepas dari ketentuan peerindungan pada negara bukan anggota konvensyen.
↑ The United States has never applied the rule of the shorter term: all copyright works are protected for the normal U.S. term of copyright.
↑ The United States deposited its Instruments of Ratification with the Government of Argentina on 1911-05-01, and hence the treaty came into force with respect to the other parties three months after that date (Art. 16). The treaty was not proclaimed in the United States until 1914-07-13.
↑Parties to the Geneva Act of the Universal Copyright Convention as of 2000-01-01: the dates given in the document are dates of ratification, not dates of coming into force. The Geneva Act came into force on 1955-09-16 for the first twelve to have ratified (which included four non-members of the Berne Union as required by Art. 9.1), or three months after ratification for other countries.