Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaanlelaki yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan antara sekolah lelaki premier yang tertua di Malaysia khususnya dan tertua di Perak amnya.
Sejarah
SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal daripada sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897, muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" yang juga dikenali sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah pendaftaran sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar daripada keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.
Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru iaitu "Sekolah Clifford" sempena nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.
Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an, menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.
Pada ketika usia meningkat 100 tahun, Sekolah Clifford dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis Sekolah Bestari.
Pada 31 Mac2014, SMK Clifford Kuala Kangsar telah melaksanakan persekolahan dua sesi; iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami kerosakan tidak serius, pihak pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A untuk diduduki oleh para pelajar SMK Clifford.
Pn. Hjh. Norliah binti Haji Mohd Lazim, AMN (Pengetua Cemerlang) (Dalam sejarah, pengetua perempuan pertama di sekolah ini) (2009-2013)
Tn. Hj. Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK (2013-2014)
Tn. Hj. Salim bin Suhaimi, AMP (2014-2016)
Tn. Hj. Kamaruzaman bin Abdul Murad (2016-2018)
Tn. Hj. Roslan bin Mohamad (2018-2021)
En. Ahmad Sabri bin Abdul Ghani (Jan - Mac 2021)
Tn. Hj. Lutfi bin Mohd Noor (2021-2024)
En Roslee Bin Abdul Wahab (2024)
Cogankata
"The Ship Is More Than The Crew" ialah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.
"The Ship" ialah perkataan simbolik yang bermakna sekolah dan "The Crew" membawa makna pelajar.
Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah "The Ship Is More Than The Crew" ialah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Logo
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar
Perisai - Sebagai pelindung pelajar daripada unsur yang mengangu pelajaran
Keris - Melambangkan masyarakat Melayu yang majoriti semuanya beragama Islam
Buku - Melambangkan ilmu yang diperolehi
Warna Hitam - Tanah Air iaitu Malaysia
Warna Kuning - Agama Islam sebagai agama rasmi
K.K. - Terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak
Lagu sekolah
Clifford sekolahku tercinta,
Berusaha berbakti cogan kita
Pupuk semangat waja
Berjuang demi ibu kandung
Majukan diri
Bina negara
Bersatu, Berpadu,
CLIFFORD
Pencipta: En. Tan Chin Nam, JSM Lirik: Tn. Hj. Azidin bin Mahmud, PPT (Pengetua SMK Clifford KK ke-19)
Unit pentadbiran
Kemudahan
Dewan Tun Hamdan
Dewan Tun Suffian
Bilik Inovasi
Bilik Kreativiti
Pusat Sumber Karam Singh
Bilik Media Clifford
Kantin Clifford
Dewan Makan Asrama
Koperasi Clifford
Dewan Peperiksaan Blok D
Surau Al-Islah
Dataran OCA
Dataran Hamdan
Dataran Surau
Makmal Sains Rendah
Makmal Sains Atas
Bengkel Kemahiran Hidup
Blok Kelas Rancangan Khas (KRK)
Blok Pentadbiran
Bilik F1
Padang Clifford
Bilik Sukan
Unit akademik
Tingkatan
Tingkatan Satu
Tingkatan Dua
Tingkatan Tiga
Tingkatan Empat
Tingkatan Lima
Tingkatan Enam Rendah
Tingkatan Enam Atas
Badan kepimpinan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Pengawas Briged Bestari
Pengawas Asrama
Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA)
Majlis Ketua-Ketua Tingkatan (MKT)
Mata pelajaran
Subjek yang ditawarkan oleh Pihak Sekolah kepada para pelajar antaranya ialah:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Pendidikan Islam
Bahasa Jepun
Kemahiran Hidup
Tasawwur Islam
Pendidikan Seni Visual
Kesusasteraan Melayu
Reka Cipta
Ekonomi Asas
Perdagangan
Matematik Tambahan
Biologi
Fizik
Kimia
Lukisan Kejuruteraan
Geografi
Sains Sukan
Prinsip Perakaunan
Seni Visual Tingkatan 6
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6
Bahasa Melayu Tingkatan 6
Pengajian Am Tingkatan 6
Malaysia University English Test (MUET) Form Sixth
Biologi Tingkatan 6
Kimia Tingkatan 6
Fizik Tingkatan 6
Matematik M Tingkatan 6
Matematik S Tingkatan 6
Matematik T Tingkatan 6
Sejarah Tingkatan 6
Ekonomi Tingkatan 6
Unit kokurikulum
Senarai kelab dan persatuan
Persatuan Bahasa Tamil
Persatua Bahasa Inggeris
Persatuan Pelajar Islam
Persatuan Bahasa Jepun
Persatuan Sejarah
Persatuan Geografi
Persatuan Sains
Persatuan Matematik
Persatuan Seni
Persatuan Kemahiran Hidup (Tingkatan 1-3)
Kelab 1Malaysia
Kelab Koperasi dan Pengguna
Kelab SPBT
Kelab Rukun Negara
Kelab Peace
Kelab Kembara & Rekreasi
Kelab Siber
Kelab CASA
Kelab Fotografi
Kelab CYA Robotik
Kelab Prostar
Kelab Reka Cipta dan F1
Persatuan Badan Bahasa, Sastera dan Budaya (Tingkatan 6)