Rencana ini menerangkan perkembangan fonologi bahasa Inggeris dari semasa ke semasa, bermula dari akarnya dalam bahasa Jermanik Purba sehingga bercambahnya perbezaan dalam pelbagai dialek bahasa Inggeris moden yang berbeza.
Singkatan
Singkatan-singkatan huraian berikut akan digunakan merentasi seluruh rencana ini:
Perubahan mengikut tempoh masa dari bahasa Jermanik Purba Akhir ke bahasa Inggeris Kuno
Bahagian ini meringkaskan perubahan yang berlaku dalam tempoh masa yang jelas berbeza, meliputi masa lebih kurang 2,000 tahun terdekat. Dalam setiap sub bahagian, perubahan disusun mengikut anggaran urutan kronologi.
Sesetengah peringkat awal perubahan fonologi bahasa Inggeris mempunyai tempoh masa yang agak singkat kerana pergerakan penduduk secara besar-besaran berlaku semasa Zaman Perpindahan Eropah (awal kurun Masihi), yang mengakibatkan penyerpihan dialek berlaku secara pantas.
Zaman Bahasa Jermanik Purba Akhir
Zaman ini termasuk perubahan pada bahasa Jermanik Purba Akhir, sehingga kira-kira abad pertama Masihi. Senarai berikut hanya memaparkan gambaran umum tentang perubahan yang ketara kepentingannya; untuk senarai penuh perubahan fonologi, sila lihat rencana bahasa Jermanik Purba.
Pelenyapan fonem akhir kata /n/ pada suku kata yang tiada penekanan melalui penyengauan bunyi vokal sebelumnya. Oleh itu Pre-PGmc * dʰogʰom > PGmc Awal dagamcode: gem is deprecated > PGmc akhir dagącode: gem is deprecated > OEdæġcode: ang is deprecated "hari (bentuk mufrad akusatif)". Penyengauan itu dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga ke zaman awal Bahasa Inggeris Kuno.
Pelenyapan fonem akhir kata /t/ pada suku kata yang tiada penekanan. Hal ini seakan kehilangan /n/ pada akhir kata, cumanya /n/ pada kedudukan sebelum /t/ yang dilenyapkan itu dikekalkan: PrePGmc * bʰr̥n̥t > PGmc Awal buruntcode: gem is deprecated > PGmc akhir buruncode: gem is deprecated "mereka membawa (pada masa lalu)".
Vokal asal kekal apabila diikuti oleh /r/, dan kemudiannya direndahkan kepada /ɑ/ .
Mutasi-i awal : /e/ ditinggikan kepada /i/ apabila bersebelahan dengan /i/ atau /j/ pada suku kata seterusnya.
Perkara ini berlaku sebelum pemadaman /i/ pada akhir kata; maka PIE * upéri > PGmc Awal ubericode: gem is deprecated > PGmc akhir ubiricode: gem is deprecated > Jerman übercode: de is deprecated "merentasi". Bandingkan PIE * upér > PGmc Awal ubercode: gem is deprecated > PGmc akhir ubarcode: gem is deprecated > obercode: de is deprecated Jerman "merentasi".
Tetapi ia berlaku selepas peninggian /e/ tanpa tekanan kepada /i/ : PIE *bʰérete > PGmc beridcode: gem is deprecated > biridcode: gem is deprecated "anda membawa (mufrad)".
Hal ini turut memberikan kesan terhadap diftong /eu/, yang seterusnya menjadi /iu/ .
Akibat daripada perubahan ini, /ei/ > /iː/. Aksara Futark Kuno dari bahasa Norse Purba masih mengandungi simbol yang berbeza untuk kedua-dua bunyi itu.
Umlaut-z: Fonem vokal /e/ sebelum fonem konsonan /z/ ditinggikan kepada /i/.
PGmc Awal mezcode: gem is deprecated "saya (datif)" > PGmc akhir mizcode: gem is deprecated > Bahasa Jerman Hulu Kunomir, Bahasa Saxon Kunomi, Bahasa Norse Kunomér (dengan perendahan dan pemanjangan bunyi i sebelum r secara umum).
Perubahan ini paling tidak hanya berlaku sekali sekala kerana hampir tidak ada perkataan yang boleh berlaku sama sekali, kerana /e/ hanya kekal dalam suku kata yang ditekankan. Namun, kesan pengumlautan /z/ kekal, dan dalam Bahasa Norse Barat Kuno ia dilanjutkan kepada vokal lain juga. Oleh itu OEN glaʀ, hrauʀ, manakala OWN gler, hreyrr.
Peninggian pra-nasal : /e/ > /i/ sebelum konsonan positif sengau. Pre-PGmc *bʰendʰonom > PGmc bendanącode: gem is deprecated > bindanącode: gem is deprecated > OE bindan > ModE bind (Latinof-fendōcode: la is deprecated ).
Ini kemudiannya dilanjutkan pada zaman pra-Inggeris Kuno kepada semua bunyi vokal sebelum konsonan sengauan; maka bahasa Inggeris Kuno niman "mengambil" tetapi bahasa Jerman Hulu Kuno neman.
Penyengauan akhirnya hilang, tetapi kekal pada zaman Ingvaeonik
Oleh itu Pre-PGmc *tongjonom > PGmc þankijanącode: gem is deprecated > OE þencan > ModE think, tetapi PrePG *tonktos > PGmc þanhtazcode: gem is deprecated > þą̄htazcode: gem is deprecated > OE þōhtcode: ang is deprecated > ModE thought.
Perubahan ini mengikuti peninggian /e/ sebelum penyengauan: PGmc þenhanącode: gem is deprecated > þinhanącode: gem is deprecated > þį̄hanącode: gem is deprecated > Gothic þeihancode: got is deprecated .
Bunyi-bunyi vokal pendek pada suku kata akhir pernah secara lazimnya dihapuskan dalam perkataan dengan tiga atau lebih suku kata. PGmc biridicode: gem is deprecated > Goth baíriþcode: got is deprecated /beriθ/ "(dia) membawa" (rujuk di atas), dan juga PGmc -mazcode: gem is deprecated , -mizcode: gem is deprecated > -mzcode: gem is deprecated (akhiran jamak datif dan instrumental bagi kata nama, akhiran jamak kata ganti nama diri pertama bagi kata kerja, seperti pada Batu runik Sentoften).
Zaman Bahasa-bahasa Jermanik Barat Laut
Ini adalah zaman yang wujud selepas pemisahan bahasa-bahasa Jermanik Timur. Perubahan pada masa ini telah berkongsi dengan dialek-dialek Jermanik Utara, iaitu Bahasa Norse Purba. Banyak daripada perubahan yang berlaku adalah bersifat setempat, dan mengambil masa untuk disebarkan ke seluruh kontinum dialek yang sudah penuh dengan kepelbagaian bahasa. Oleh itu, susunan perubahan kadangkala samar-samar, dan mungkin berbeza antara dialek.
Mutasi-i alofonik/umlaut Jermanik : Bunyi vokal belakang pendek didepankan apabila diikuti dalam suku kata seterusnya oleh /i/ atau /j/, melalui mutasi-i: /ɑ/ > [æ], /o/ > [ø], /u/ > [y]
Pada peringkat awal ini, vokal yang termutasi masih bersyarat alofon, dan belum lagi berbeza dalam bentuk fonem. Hanya kemudian, apabila /i/ dan /j/ diubah suai atau hilang, bunyi baharu itu difonemikkan.
mutasi-i mempengaruhi semua bahasa-bahasa Jermanik kecuali bahasa Goth, walaupun dengan banyak kelainan bunyi lain. Perubahan terlihat seperti berlaku terawal dan paling ketara di kawasan Schleswig-Holstein (tempat asal orang Inggeris-Saxon), dan dari sana perubahan ini merebak ke utara dan selatan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa perubahan ini telah berlaku pada teras bahasa Jermanik Purba yang hanya kekal sebagai alofonik untuk sekian lama masanya. Jika keadaan itulah yang berlaku, maka ia merupakan tahap perkembangan bahasa yang dicerminkan dalam bahasa Goth kerana tiada bukti ortografik tentang mutasi-i sama sekali.
Bunyi vokal panjang dan diftong hanya terjejas pada masa terkemudian, mungkin secara analog, dan tidak berlaku di seluruh kawasan. Mutasi yang ini pula terutamanya tidak berlaku pada kebanyakan dialek-dialek Belanda (barat), sedangkan mutasi-i berlaku pada vokal pendek.
Mutasi-a : /u/ direndahkan kepada /o/ apabila vokal bukan tinggi mengikuti suku kata seterusnya.
Perubahan ini terhenti apabila /u/ diikuti oleh bunyi sengauan yang diikuti oleh konsonan, atau oleh gugusan konsonan yang mengandungi /j/. Oleh itu PG gulþącode: gem is deprecated > OE/ModE gold, tetapi PG guldijanącode: gem is deprecated > OE gildan > ModE gild .
Proses ini menghasilkan fonem baru /o/, yang disebabkan oleh penggunaan yang tidak konsisten dan kemudian kehilangan bunyi-bunyi vokal pada akhir kata.
Bunyi-bunyi vokal panjang pada suku kata akhir dipendekkan.
Bunyi /ɔː/ di akhir kata menjadi /o/, kemudian ditinggikan kepada /u/. PG sagōcode: gem is deprecated ("gergaji (alat)") > OE sagu, ON sǫg .
Bunyi /ɛː/ di akhir kata menjadi /e/ dalam ON (kemudian ditinggikan menjadi /i/), serta /ɛː/ menjadi /ɑ/ dalam bahasa Jerman Barat. PG hailidēcode: gem is deprecated ("dia/ia sembuh") > ON heilði, tetapi OE hǣlde, OHG heilta.
Bunyi diftong panjang /ɔːi/ di akhir kata menjadi hilang bunyi terakhirnya dan selepas itu biasanya berkembang sama seperti /ɔː/. PG gebōicode: gem is deprecated ("hadiah", bentuk mufrad datif) > NWG gebōcode: gem is deprecated > ON gjǫf, OHG gebu, OE giefe (perkembangan yang jelas tidak teratur).
Bunyi-bunyi vokal yang "terlalu panjang" dipendekkan kepada bunyi-bunyi vokal panjang biasa.
PG /ɛː/ (mungkin sudah menjadi /æː/ pada PG akhir) menjadi /ɑː/. Perubahan ini mendahului pemendekan bunyi akhir kata dalam bahasa Jermanik Barat, tetapi berlaku pada waktu terkemudian dalam bahasa Jermanik Utara.
Bunyi diftong yang tanpa penekanan telah dimonoftong. /ɑi/ > /eː/, /ɑu/ > /oː/. Bunyi /oː/ ini bergabung dengan ō yang berasal dari ô yang dipendekkan. PG sunauzcode: gem is deprecated ("anak", bentuk mufrad genitif) > NWG sunōzcode: gem is deprecated > ON sonar, OE suna, OHG suno; PG nemaicode: gem is deprecated ("dia/ia mengambil", subjungtif) > NWG nemēcode: gem is deprecated > ON nemi, OE nime, OHG neme; PG stainaicode: gem is deprecated ("batu", tunggal datif) > NWG stainēcode: gem is deprecated > ON steini, OE stānecode: ang is deprecated , OHG steine.
Zaman Bahasa-bahasa Jermanik Barat
Zaman ini berlaku sekitar abad ke-2 hingga ke-4. Tidak jelas sama ada terdapat "bahasa Jermanik Barat Purba" yang ketara, kerana kebanyakan perubahan dalam tempoh ini adalah bersetempat, dan berkemungkinan merebak ke seluruh kontinum dialek yang sudah pun lanjut dipelbagaikan. Oleh itu, "zaman" ini mungkin bukan jangka masa sebenar, tetapi mungkin hanya meliputi perubahan pada beberapa kawasan tertentu yang tidak sampai ke bahasa-bahasa Jermanik Utara. Zaman ini berakhir dengan kepelbagaian lanjutan bahasa-bahasa Jermanik Barat kepada beberapa kumpulan sebelum dan semasa Zaman Perpindahan Eropah: kumpulan Ingvaeonik, kumpulan Istvaeonik (bahasa Frank Kuno) dan kumpulan Irminonik (bahasa-bahasa Jerman Hulu).
Kehilangan /z/ akhir kata.
Perubahan ini berlaku sebelum perotikan, kerana /r/ akhir kata yang asal tidak hilang.
/z/ tidak hilang dalam perkataan suku kata tunggal di kawasan selatan dan tengah Jerman. Bandingkan PG mizcode: gem is deprecated </link> > OS mi, OE me lwn OHG mir .
Kata jamak nominatif OE -ascode: ang is deprecated (ME -scode: enm is deprecated ), kata jamak nominatif OS -ōscode: osx is deprecated mungkin daripada kata jamak akusatif asal -anscode: gem is deprecated , disebabkan hukum Sengau-Spiran Ingvaeonik, berbanding jamak nominatif asal -ōzcode: gem is deprecated , yang dijangka menjadi *-a (OHG -a, bandingkan dengan ON -arcode: non is deprecated ).
Perubahan ini juga memberikan kesan terhadap bahasa Norse Purba, tetapi hanya pada waktu terkemudian. /z/ dan /r/ masih berbeza dalam dialek-dialek Denmark dan Sweden untuk bahasa Norse Kuno, seperti yang ditentusahkan oleh bukti-bukti ketara pada beberapa batu runik. (/z/ lazimnya diandaikan sebagai geseran rotik dalam bahasa ini, tetapi tiada bukti sebenar mengenainya.)
Geminasi bahasa-bahasa Jermanik Barat: konsonan tunggal diikuti oleh /j/ kecuali /r/ menjadi panjang bunyinya. Fenomena ini hanya mempengaruhi konsonan yang didahului oleh bunyi vokal pendek, kerana yang didahului oleh bunyi vokal panjang atau oleh bunyi konsonan lain tidak pernah diikuti oleh /j/ disebabkan hukum Sievers.
Zaman Bahasa-bahasa Ingvaeonik dan Bahasa-bahasa Inggeris-Frisia
Tempoh ini dianggarkan hanya bertahan selama lebih kurang satu abad bermula abad ke-4 sehingga abad ke-5; apabila orang Frank mula tersebar ke selatan ke Gaul (Perancis) dan pelbagai orang persisiran mula menjajah Britain. Perubahan dalam tempoh ini mempengaruhi perubahan fonologi bahasa-bahasa Ingvaeonik, tetapi bukannya bahasa-bahasa Jermanik yang terletak di tengah dan yang lebih selatan. Kumpulan Ingvaeonik mungkin tidak pernah berhomogen, tetapi dibahagikan lagi kepada bahasa Saxon Kuno dan bahasa-bahasa Inggeris-Frisia. bahasa Frank Kuno (dan kemudian bahasa Belanda Kuno) tidak berada dalam kumpulan teras, tetapi dipengaruhi oleh penyebaran beberapa perubahan setempat dari kawasan Ingvaeonik.
Bahasa-bahasa Anglo-Frisia berkongsi beberapa perubahan bunyi yang unik yang tidak dijumpai pada mana-mana bahasa-bahasa Jermanik Barat lain. Perpindahan ke Britain menyebabkan bahasa tersebut terbelah kepada bahasa Inggeris Kuno Awal dan bahasa Frisia Kuno Awal.
Hukum sengau-spiran Ingvaeonik : Hilangnya bunyi-bunyi sengauan yang terletak sebelum bunyi-bunyi geseran, dengan penyengauan dan pemanjangan pampasan bunyi-bunyi vokal sebelumnya. Maka PG munþazcode: gem is deprecated menjadi ModG Mund tetapi dalam dialek-dialek Ingvaeonik mula-mula menjadi mų̄þacode: gem is deprecated . Bunyi-bunyi vokal pada bahasa Inggeris Kuno kemudiannya dinyahsengaukan, mewujudkan OE mūþcode: ang is deprecated > ModE "mulut".
Mengikuti prinsip ini /ɑ̃ː/ > /õː/. PrePG *donts > PG tanþscode: gem is deprecated > tą̄þcode: gem is deprecated > tǭþcode: gem is deprecated > OE tōþcode: ang is deprecated > ModE tooth. (ModG Zahn < OHG zant). Hal ini juga tergunapakai untuk /ɑ̃ː/ yang timbul lebih awal dalam bahasa Jermanik Purba: PG þanhtǭcode: gem is deprecated > PG akhir þą̄htǭcode: gem is deprecated > OE þōhtecode: ang is deprecated > ModE thought "(Saya pernah) berfikir".
Pendepanan /ɑ/ ke /æ/ (kecuali diikuti oleh pemanjangan konsonan, dengan vokal belakang dalam suku kata seterusnya,[1] atau dalam beberapa keadaan tertentu yang lain). Oleh itu OE dæġ/dæj/ (ModE day), bentuk jamak dagas/dɑɣɑs/ (ModE days; bunyi ModE berdialek "dawes"; bandingkan dengan ModE dawn < OE dagung/dɑɣuŋɡ/).
Hal ini tidak menjejaskan bunyi sengau /ɑ̃/ . Dan disebabkan bunyi ini adalah bunyi vokal belakang, /ɑ/ dalam suku kata sebelumnya terhalang daripada didepankan juga. Hal ini menyebabkan keselangselian antara kata infinitif dalam *-aną dan kata partisip lampau yang kuat pada *-ana (< PG *anaz), apabila bunyi terdahulu tersebut menjadi - an dalam OE tetapi bunyi yang terkemudian menjadi *- ænæ > -en.
Pendepanan /ɑː/ ke /æː/ (secara umum, kecuali fonem seterusnya ialah /w/).[1]
/æ/, /ɑ/ dan /ɑ̃/ pada suku kata akhir hilang.
Tiada sebarang bahasa-bahasa Jermanik Barat yang ditentusahkan kewujudan sebarang cerminan perubahan bunyi-bunyi vokal ini. Walau bagaimanapun, cara ia mempengaruhi pendepanan /ɑ/ seperti yang diterangkan di atas menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya /ɑ̃/ telah dikekalkan dalam sejarah bahasa Inggeris-Frisia yang berasingan.
Zaman Bahasa Inggeris Kuno
Tempoh ini dianggarkan pada tahun 475–900 M. Hal ini termasuk semua perubahan bunyi selepas perpecahan antara bahasa Inggeris Kuno dan bahasa Frisia Kuno (pada tahun 475 M) sehingga ke kewujudan bahasa Saxon Barat Awal pada tahun 900 M:
Secara umum, kebanyakannya berlaku sebelum konsonan /x, w/, dan konsonan positif /r, l/ (dengan andaian pemvelaran[rˠ, lˠ] berlaku dalam keadaan tersebut), tetapi punca-punca bersyarat yang lebih tepat berbeza dari satu bunyi vokal ke satu lagi bunyi vokal yang lain.
Hasil awal adalah diftong yang berakhir dengan /u/, tetapi hal ini diikuti dengan keselarasan ketinggian diftong yang menghasilkan bunyi diftong pendek /æ̆ɑ̆/, /ĕŏ/ dan /ĭŭ/ dari bunyi vokal pendek /æ/, /e/ and /i/. Bunyi diftong panjang /æɑ/, /eo/ dan /iu/ datang dari bunyi vokal panjang /æː/, /eː/ dan /iː/.
Gaya penulisan bunyi tersebut ialaj ea, eo, io, apabila panjang bunyi cokal itu tidak dibezakan secara grafik.
Hal ini menghasilkan keadaan pada beberapa dialek seperti dialek Inggeris Anglia, yakni pembelakangan bunyi vokal berbanding penghasilan bunyi diftong. bahasa Saxon Baratceald; tetapi dialek Anglia cald > ModE cold.
Melalui perubahan tersebut /ɑi/ > /ɑː/,[3] berkemungkinan melalui fasa pertengahan /ɑæ/. PG stainazcode: gem is deprecated > OE stāncode: ang is deprecated > ModE stone.
/ɑu/ yang paling awal didepankan menjadi /æu/ dan kemudian diselaraskan kepada /æɑ/. PG draumazcode: gem is deprecated > OE drēam "ria" (berbanding dengan ModE dream, ModG Traum). PG dauþuzcode: gem is deprecated > OE dēaþcode: ang is deprecated > ModE death (Goth dáuþuscode: got is deprecated , ModG Tod). PG augōcode: gem is deprecated > OE ēage > ModE eye (Goth áugocode: got is deprecated , ModG Auge).
Hal ini menghasilkan perselingan seperti OE dæġ (ModE day), bentuk jamak dagas (bandingkan dengan bentuk dialek dawes, berpadanan dengan ModE days).
Pempalatalankonsonan-konsonan velar: /k, ɡ, ɣ, sk/ dipalatalkan kepada /tʃ, dʒ, ʝ, ʃ/ pada beberapa keadaan yang rumit. Pempalatalan yang seakan ini juga berlaku pada bahasa Frisia, tetapi sampai ke tahap ini bahasa-bahasa tersebut telah pun berpisah; pempalatalan bahasa Inggeris Kuno mesti disusun selepas perubahan-perubahan yang khusus terhadap bahasa Inggeris Kuno seperti pengembalian-a.
Secara umumnya, bunyi-bunyi hentian velar /k, ɡ/ dipalatalkan apabila berkedudukan sebelum /i(ː)/ atau /j/; selepas /i(ː)/ apabila tiada bunyi vokal mengikutinya; serta /k/ juga dipalatalkan pada permulaan sesuatu kata sebelum bunyi-bunyi vokal depan. (Pada tahap ini, sudah tiada /ɡ/ awal kata).
/ɣ/ dipalatalkan dalam keadaan yang lebih longgar: apabila diikuti dengan mana-mana bunyi vokal depan, serta selepas mana-mana bunyi vokal depan tetapi sesuatu bunyi vokal tersebut tidak terus diikuti dengan /ɣ/.
/ʝ/ kemudian menjadi /j/, tetapi tidak berlaku selagi bunyi /j/ yang sudah wujud terdahulu belum terhapus.
/sk/ dipalatalkan dalam hampir semua keadaan. PG skipazcode: gem is deprecated > ModE ship (berbanding dengan skipper < schipper (bahasa Belanda), apabila tiada perubahan sedemikian berlaku), tetapi bahasa Frisia Barat kekal skip. PG skurtijazcode: gem is deprecated > OE scyrte > ModE shirt, but > ON skyrt > ModE skirt.[5] Satu contoh pengekalan /sk/ adalah PG aiskōnącode: gem is deprecated > OE ascian > ModE ask; terdapat bukti bahawa OE ascian kadangkala berada dalam bentuk yang dimetatesis kepada acsian, yakni asal usul andaian ModE ask.
Pendiftongan palatal: Bunyi-bunyi palatal awal kata /j/, /tʃ/, /ʃ/ mencetus perubahan ejaan dari a > ea, e > ie.[6] Hal ini dipertikaikan adakah ia melambang perubahan bunyi yang sebenar[1][7] atau sekadar konvensyen ejaan[8] yang menanda sifat palatal semula jadi konsonan di kedudukan terdahulu tersebut (g, c, sc yang ditulis adalah agak bersifat samar-samar dalam OE berbanding bunyi palatal /j/, /tʃ/, /ʃ/ dan bunyi velar /ɡ/ atau /ɣ/, /k/, /sk/).
Perubahan seakan pada o > eo, u > eo adalah dikenalpasti secara umumnya sebagai konvensyen ejaan semata-mata. Sebab itu WG /juŋɡ/ > OE geong/juŋɡ/ > ModE young; kalau geong menandakan bunyi diftong /ɛ̆ɔ̆/ secara harfiah, maka bunyi moden sepatutnya menjadi *yeng.
Terdapat pertikaian sama ada terdapat bukti bahasa Inggeris Pertengahan berkenaan realiti perubahan bunyi tersebut dalam bahasa Inggeris Kuno.
Mutasi-i: Perubahan yang paling penting pada zaman bahasa Inggeris Kuno. Semua bunyi-bunyi vokal belakang didepankan sebelum /i, j/ dalam suku kata seterusnya, dan bunyi-bunyi vokal ditinggikan.
/ɑ(ː)/ > /æ(ː)/ (tetapi /ɑ/ > /e/ sebelum /m/ atau /n/);
/o(ː)/ > /ø(ː)/ > /e(ː)/;
/u(ː)/ > /y(ː)/;
/æa/, /eo/ > /iy/ > /yː/; hal ini juga digunapakai pada padanan bunyi-bunyi diftong pendek.
/e/ pendek > /i/ oleh satu perubahan pan-Jermanik sebelum ini di bawah keadaan yang sama; biasanya bergabung dengan perubahan ini.
Hal ini memberikan kesan dramatik terhadap morfologi fleksi dan terbitan, cthnya. dalam paradigma kata nama (fōt "foot", bentuk jamak fēt "feet"); paradigma kata kerja (bacan "to bake", bæcþ "he bakes"); terbitan nominal dari kata adjektif (strang "strong", strengþ(u) "strength"), dari kata kerja (cuman "to come", cyme "coming"), dan dari kata nama lain (fox "fox", fyxenn "vixen"); terbitan lisan (fōda "food", fēdan "to feed"); kata adjektif bandingan (eald "old", ieldra "older, elder"). Banyak gemaan mutasi-i masih boleh dijumpai dalam bahasa Inggeris Moden.
Kehilangan bunyi vokal tinggi: Kehilangan /i/ dan /u/ pada akhir kata (juga dari /oː/ terdahulu) kecuali apabila mengikuti suku kata pendek (yakni suku kata dengan satu bunyi vokal pendek yang diikuti dengan bunyi konsonan tunggal). Contohnya, PIE *sunus > PG sunuzcode: gem is deprecated > OE sunu "ModE: son (bentuk mufrad nominal)", PIE *peḱu > PG fehucode: gem is deprecated > OE feohu "ModE: cattle (bentuk mufrad nominal)", PIE *wenis > PG winizcode: gem is deprecated > OE ƿine "ModE: friend (bentuk mufrad nominal)", tetapi PrePG *pōdes > PG fōtizcode: gem is deprecated > WG fø̄ticode: gem is deprecated > OE fētcode: ang is deprecated "ModE: foot (bentuk jamak nominal)".
Perubahan seakan berlaku pada bahasa-bahasa Jermanik Barat lain, walaupun selepas rekod-rekod terawal bahasa-bahasa tersebut.
Hal ini tidak mengganggu pembentukan /j/ baharu (< /ʝ/) yang terbentuk dari pempalatalan PG */ɣ/, menandakan ia masih merupakan konsonan geseran palatal pada waktu perubahan tersebut. Contohnya, PG wrōgijanancode: gem is deprecated > OE Awal *wrøːʝijan > OE ƿrēġan (/wreːjan/).
Selepas berlakunya hal ini, PG */j/ hanya wujud pada awal kata dan selepas /r/ (satu-satunya konsonan yang tidak dipanjangkan oleh /j/ maka kekal sebagai suku kata pendek).
Kehilangan-H: /x/ pada bahasa Jermanik Purba menjadi tiada apabila di antara bunyi-bunyi vokal, dan antara /l, r/ dengan satu bunyi vokal.[1] Bunyi vokal yang sebelum /x/ yang terhapus ini dipanjangkan bunyinya.[9]
Hal ini menyebabkan pengubahsuaian seperti eoh (ModE horse), bentuk jamak ēos, dan ƿealh "warga asing", bentuk jamak ƿēalas.
Beberapa contoh datang dari kehilangan-h. Beberapa contoh lain pula datang dari kehilangan /j/ atau /w/ yang di antara vokal, cth. PG frijōndz > OE frīond > frēond (ModE friend); PG saiwimiz (makna pada ModE sea; bentuk jamak datif) > *sǣƿum > OE sǣm.
Mutasi vokal belakang: e, i dan (dalam dialek Mercia sahaja) a yang pendek kadangkala terpecah kepada eo, io dan ea pendek apabila bunyi vokal belakang mengikutinya pada suku kata seterusnya.[11]
Umlaut palatal: e, eo, io pendek menjadi i (kadang kala ie) sebelum hs, ht.
Maka riht (ModE: right) (banding dengan bahasa Jermanrecht), siex (ModE: six; banding dengan bahasa Jerman sechs).
Pelemahan bunyi vokal dalam suku kata yang tidak ditekankan:
/oː/ menjadi /ɑ/ in di suku kata akhir, tetapi selalunya wujud dalam bentuk o di suku kata tengah (walaupun kedua-dua a dan u wujud).
/æ/ dan /i/ (jika tidak terhapus oleh proses penghapusan bunyi vokal tinggi) menjadi /e/ di akhir suku kata.
/u/ biasanya menjadi /o/ di suku kata akhir kecuali apabila berada tepat-tepat di akhir kata.[12]
Dalam suku kata tengah, /æ, a, e/ pendek dihapuskan;[13]/i, u/ pendek dihapuskan apabila mengikuti suku kata panjang tetapi biasnaya kekal apabila mengikuti suku kata pendek (kecuali pada beberapa bentuk kata kerja berkala kini), bergabung ke /e/ sewaktu penghapusan; dan bunyi-bunyi vokal panjang dipendekkan.
/ø, øː/ dinyahbundarkan menjadi /e, eː/. Hal ini berlaku sewaktu zaman kesusasteraan.
Namun terdapat beberapa dialek Inggeris Kuno mengekalkan bunyi-bunyi vokal bundar tersebut.
Pemendekan pra-gugusan awal: Bunyi-bunyi vokal dipendekkan apabila bertemu dengan gugusan tiga konsonan atau gabungan dua konsonan dan dua suku kata tambahan dalam satu kata.
Makanya, OE gāst > ModE ghost, tetapi OE găstliċ > ModE ghastly (ā > ă) dan OE crīst > ModE Christ, tetapi OE crĭstesmæsse > ModE Christmas (ī > ĭ).
Mungkin berlaku sewaktu abad ketujuh berdasarkan bukti terjemahan mubaligh Inggeris-Saxon ke bahasa Jerman Hilir Kuno pada abad kelapan, "Gospel" ditulis sebagai Gotspel, makna harfiah "khabar Tuhan" tidak dijangkakan *Guotspel, "khabar baik" kerana gōdspell > gŏdspell.
/ĭŭ/ dan /iu/ direndahkan kepada /ĕŏ/ dan /eo/ antara tahun 800 dan 900 M.
/ɣ/ awal menjadi /ɡ/ pada zaman bahasa Inggeris Kuno Akhir. Hal ini berlaku sewaktu zaman kesusasteraan, terbukti pada perubahan corak sajak aliteratif.
Perubahan dari zaman bahasa Inggeris Pertengahan ke pemisahan bahasa-bahasa Inggeris Amerika-British
Zaman Bahasa Inggeris Pertengahan
Zaman ini dianggarkan antara 900–1400 M.
Pemanjangan homoorganik: Bunyi-bunyi vokal sebelum /ld/, /mb/, /nd/, /rd/, mungkin juga /ŋɡ/, /rl/, /rn/ dipanjangkan, apabila tidak diikuti dengan konsonan ketiga atau gabungan dua bunyi konsonan dengan dua suku kata turutan.
Mungkin berlaku sekitar tahun 1000 M.
Kemudian, banyak bunyi-bunyi vokal tersebut dipendekkan lagi; namun bukti dari Ormulum menunjukkan pemanjangan ini mungkin agak biasa berlaku.
Saki baki yang masih wujud pada sebutan bahasa Inggeris Moden terhadap beberapa perkataan seperti child (tetapi bukan children, kerana ada konsonan ketiga diikuti), field (contoh lain seperti yield, wield, shield), old (tetapi bukannya alderman kerana ia diikuti dengan sekurang-kurangnya dua suku kata), climb, find (contoh lain seperti mind, kind, bind, dan lain-lain), long dan strong (tetapi bukan seperti length dan strength), fiend, found (contoh lain seperti hound, bound, dan lain-lain).
Pemendekan pra-gugusan: Bunyi-bunyi vokal dipendekkan apabila diikuti dengan dua atau lebih konsonan, kecuali apabila ia dipanjangkan seperti contoh seperti yang baru sebutkan.
Hal ini berlaku dalam dua fasa, fasa pertama berlaku sewaktu zaman bahasa Inggeris Kuno Akhir dan hanya mempengaruhi bunyi-bunyi vokal yang diikuti dengan tiga atau lebih konsonan, atau dua atau lebih bunyi-bunyi konsonan sewaktu dua suku kata diikuti (bentuk awal pelonggaran trisukukata).
Pelicinan diftong: Bunyi-bunyi diftong terselaras ketinggian yang diwariskan dimonoftongkan oleh kehilangan komponen bunyi vokal kedua, dengan panjang bunyi vokal pertama kekal sama.
/æ̆ɑ̆/ dan /æɑ/ pada permulaannya menjadi /æ/ dan /æː/.
/ĕŏ/ dan /eo/ pada permulaannya menjadi /ø/ dan /øː/.
/æː/ (dari bahasa Inggeris Kuno /æː, æɑ/) dan /ɑː/ masing-masing menjadi /ɛː/ dan /ɔː/.
/æ/ (dari bahasa Inggeris Kuno /æ, æ̆ɑ̆/) dan /ɑ/ bergabung menjadi /a/.
Bunyi-bunyi vokal depan bundar baharu /ø/ dan /øː/ (dari bahasa Inggeris Kuno /ĕŏ, eo/) dinyahbundarkan menjadi /e/ dan /eː/.
/y/ dan /yː/ dinyahbundarkan menjadi /i/ dan /iː/.
-dər > -ðər. Hal ini turut berlaku selepas pelemahan suku kata akhir.
/ɣ/ menjadi /w/ atau /j/, bergantung pada bunyi-bunyi vokal sekeliling.
Bunyi-bunyi diftong baharu terbentuk dari bunyi-bunyi vokal yang diikuti dengan /w/ atau /j/ (termasuk dari /ɣ/ sebelum ini).
Pembezaan panjang bunyi vokal telah terhapus dalam bunyi-bunyi diftong berikut, menghasilkan bunyi-bunyi diftong /ai, ɛi, ei, au, ɛu, eu, iu, ɔu, ou/ dengan tambahan /ɔi, ui/ yang dipinjam dari bahasa Perancis.
Pemecahan bunyi pada bahasa Inggeris Pertengahan: Bunyi-bunyi diftong juga terbentuk melalui kemasukan bunyi geluncuran /w/ atau /j/ (selepas padanan bunyi-bunyi vokal belakang dan depan) sebelum /x/.
Peleburan bunyi-bunyi diftong baharu:
Awalnya, bunyi-bunyi diftong tinggi-sederhana ditinggikan: /ei/ bergabung dengan /iː/ (maka eye < OE ēġe berima dengan rye < *riġe < OE ryġe), /ou/ bergabung dengan /uː/ dan /eu/ bergabung dengan /iu/ (maka rue < OE hrēoƿan berima dengan hue < OE hīƿ dan new < OE nīƿe).
Tetapi berbeza dengan bahasa Perancis, /t͡ʃ/ dan /d͡ʒ/ masih kekal sepenuhnya.
Pada zaman bahasa Inggeris Pertengahan Akhir, gugus konsonan awal kata yang sangat jarang wujud iaitu fn- menjadi sn- (EME fnesen > LME snezen > ModE sneeze).
Terdapat cadangan bahawa perubahan itu mungkin disebabkan oleh salah tafsir jujukan konsonan awal kata yang tidak biasa dijumpai iaitu fn- kepada ſn- (sn- ditulis dengan s panjang).[14]
/al/ dan /ɔl/ apabila tidak diikuti oleh vokal mengalami mutasi:
Sebelum /k/, konsonan koronal atau konsonan akhir sesuatu kata, akan didiftong menjadi /aul/ dan /ɔul/. (Pada perubahan kemudian, mereka menjadi /ɔːl/ dan /oul/, seperti pada ModE salt, tall, bolt, roll). Selepas ini, gabungan /aulk/ dan /ɔulk/ terhilang /l/ nya dalam kebanyakan loghat, mempengaruhi perkataan seperti talk, caulk dan folk. Perkataan yang diperoleh selepas perubahan ini (seperti talc) tidak terjejas.
/l/ sebelum /f, v/ menjadi senyap, sehingga half dan calf disebut dengan bunyi /af/, dan salve dan halve disebut dengan bunyi /av/. /ɔlv/ dikecualikan, supaya solve mengekalkan /l/. /ɔlf/ tidak dikecualikan sepenuhnya, kerana sebutan tradisional golf ialah [ɡɔf].
/al, ɔl/ sebelum /m/ menjadi /ɑː, oː/, seperti pada perkataan alms, balm, calm, palm; Holmes.
Sesetengah perkataan mempunyai sebutan yang tidak teratur, contohnya daripada dialek bukan standard (salmon) atau sebutan ejaan (falcon dalam bahasa Inggeris Amerika).
/i, u/ pendek berubah menjadi bunyi longgar /ɪ, ʊ/
/iː, uː/ menjadi /əi, əu/ atau /ei, ou/, kemudian /ai/ dan /au/.
/ɔː/ baharu terbentuk daripada /au/ lama (sila lihat berikut).
Oleh itu, /ɔː, oː, uː, au/ lengkap satu putaran pergeserannya.
Kemudian, /ɛː, eː/ baharu sekali lagi dialihkan kepada /eː, iː/ seperti pada Bahasa Inggeris Moden Awal, menyebabkan peleburan bunyi /eː/ dengan /iː/; tetapi kedua-duanya masih dibezakan dalam ejaan sebagai ea dan ee,[15] sebelum peleburan meet-meat.
/ɪu/ ini akan menjadi /juː/ dalam kelainan standard bahasa Inggeris, dan kemudian masih berbunyi /uː/ dalam beberapa kes melalui "pengguguran-y" .
/iu/ kekal dalam bahasa Inggeris Wales dan beberapa kelainan bukan standard yang lain.
/ɔi/ dan /ui/ bergabung ke /o/ (hari ini /ɔɪ/), satu-satunya diftong bahasa Inggeris Pertengahan yang kekal dalam kelainan bahasa Inggeris standard moden.
Sehingga pemisahan bahasa-bahasa Inggeris Amerika-British
Tempoh ini dianggarkan antara tahun 1600–1725 M.
Selepas beberapa masa terdahulu selepas Bahasa Inggeris Kuno, semua [r] menjadi [ɹ] .
Bukti daripada bahasa Inggeris Kuno menunjukkan bahawa, pada ketika itu, sebutan [ɹ] berlaku hanya apabila "r" itu sebelum konsonan.
/ɡn, kn/ kedua-duanya bergabung menjadi /n/; maka gnat dan Nat menjadi homofon; begitu juga not dan knot.
Pembelahan foot-strut: Di selatan England, /ʊ/ menjadi tidak bundar dan akhirnya direndahkan kecuali apabila ia didahului oleh bunyi dwibibir dan diikuti oleh bunyi konsonan bukan velar.[18] Hal ini menyebabkan put[pʊt] tetapi cut[kʌt] dan buck[bʌk]. Pembezaan ini kemudiannya menjadi fonemik dengan kemasukan perkataan yang dipendekkan daripada /uː/ kepada /ʊ/ pada waktu sebelum (flood, blood, glove) dan selepas (good, hood, book, soot, took) pembelahan ini.
Peleburan bunyi-''ng'': Pengurangan /ŋɡ/ dalam kebanyakan kawasan menghasilkan fonem baru /ŋ/.
Dalam beberapa perkataan, /tj, sj, dj, zj/ berlebur untuk menghasilkan /tʃ, ʃ, dʒ/ dan fonem baharu /ʒ/, perubahan bunyi yang dikenali sebagai peleburan-yod yang merupakan sejenis pempalatalan: nature, mission, procedure, vision.
Sebutan -tion ialah /sjən/ daripada bahasa Perancis Kuno/sjon/, dengan itu menjadi /ʃən/.
Mutasi bunyi ini masih berlaku secara alofonik dalam Bahasa Inggeris Moden: did you/ˈdɪdjuː/ → [ˈdɪdʒuː]didjou.
/ɔ/ seperti dalam lot, top dan fox, direndahkan kepada /ɒ/.
Vokal panjang /eː, uː/, daripada ME/ɛː, oː/, dipendekkan secara tidak konsisten, terutamanya sebelum /t, d, θ, ð/: sweat, head, bread, breath, death, leather, weather
Pemendekan /uː/ berlaku pada tempoh-tempoh masa yang berbeza, yakni sebelum dan selepas pemusatan /ʊ/ kepada /ʌ/; maka blood/blʌd/ berbanding good/ɡʊd/: serta foot, soot.
Peleburan meet-meat: /eː/ (ea) ditinggikan ke /iː/ (ee). Oleh itu, meet dan meat menjadi homofon dalam kebanyakan loghat. Perkataan dengan (ea) yang dipendekkan (lihat di atas) mengelakkan peleburan tersebut, juga terdapat beberapa perkataan seperti steak dan great dengan ringkas kekal dengan /eː/ (yang kemudiannya menjadi /eɪ/ dalam kebanyakan kelainan lain) bergabung dengan perkataan seperti name, makanya pada saat ini death, great, dan meat mempunyai tiga bunyi vokal yang berbeza.
Perubahan yang mempengaruhi bunyi vokal pendek dalam pelbagai kelainan lain sebelum /r/ pada akhir perkataan atau sebelum sesuatu konsonan
/a/ seperti pada perkataan start dan /ɔ/ seperti di north dipanjangkan.
/ɛ, ɪ, ʌ, ʊ/ (fonem keempat ini selalunya berasal dari /oːr/ selepas /w/ yang berevolusi terdahulu, seperti dalam perkataan ModE worm dan word) bergabung menjadi satu fonem apabila seterusnya bertemu dengan /r/, jadi semua jenis ModE kecuali beberapa kelainan bahasa Inggeris Scotland dan beberapa kelainan bahasa Inggeris Ireland mempunyai bunyi vokal yang sama dalam fern, fir dan fur.
Juga mempengaruhi bunyi-bunyi vokal dalam bentuk terbitan, supaya starry tidak lagi berima dengan marry.
/a/, seperti pada perkataan cat dan trap, didepankan ke [æ] di banyak kawasan terlibat. Dalam beberapa keadaan lain tertentu ia menjadi /ɑː/, contohnya father/ˈfɑːðər/. /ɑː/ sebenarnya merupakan fonem baharu yang diterbit daripada perubahan ini dan perubahan daripada contoh seperti calm (lihat balik perubahan fonologi di atas).
Pembelahan lot-cloth: dalam beberapa jenis kelainan, pemanjangan /ɔ/ sebelum bunyi konsonan velar bersuara (/ŋ/, /ɡ/) (hanya pada Bahasa Inggeris Amerika sahaja) dan bunyi konsonan geseran tak bersuara (/s/, /f/, /θ/). Makanya semua bunyi-bunyi vokal pada perkataan bahasa Inggeris Amerika seperti long, dog, loss, cloth, off semuanya ialah /ɔː/ (kecuali dalam dialek yang mempunyai peleburan cot-caught yang menyenyapkan proses pembelahan ini sepenuhnya).
/uː/ menjadi /ʊ/ dalam banyak perkataan yang dieja oo: contohnya, book, wool, good, foot. Perubahan ini tidak berlaku pada sesetengah perkataan dalam kelainan utara dan barat bahasa Inggeris England kerana perkataan yang berakhir dengan -ook mungkin masih mengekalkan bunyi /uː/. [19]
Selepas perpisahan Amerika-British, sehingga Perang Dunia II
Loghat Boston adalah pengecualian apabila bunyi vokal pada perkataan lot masih dibundarkan.[22]
Dalam bahasa Inggeris Amerika Utara, /ɒ/ lazimnya juga dipanjangkan untuk bergabung dengan /ɑː/ dalam father, mengakibatkan peleburan father-bother: supaya kebanyakan dialek-dialek Amerika Utara hanya mempunyai bunyi vokal /ɑː/.
Daripada sejumlah dialek Amerika Utara yang dinyahbundarkan bunyi vokal pada perkataan lot, satu-satunya pengecualian yang ketara ialah loghat Inggeris New York.[22]
Bunyi vokal panjang /eː oː/ daripada Pergeseran Vokal Besar menjadi bunyi diftong /eɪ oʊ/ dalam pelbagai jenis kelainan bahasa Inggeris, walaupun tidak terdapat pada bahasa Inggeris Scotland dan bahasa Inggeris England Utara.
Secara umumnya berlaku antara dua vokal atau konsonan bersuku kata [ɹ̩, l̩, m̩], apabila suku kata berikut tidak ditekankan sepenuhnya, seperti: butter, bottle, bottom[ˈbʌɾɹ̩ ˈbɑːɾl̩ ˈbɑːɾm̩].
Tetapi /d/ dan /t/ sebelum suku kata [n̩] disebut sebagai bunyi hentian glotis, jadi cotton[ˈkɑːʔn̩].
Penegangan-happy (istilah ini diterjemah dan berasal dari Wells 1982): bunyi vokal longgar di akhir kata [ɪ] menjadi bunyi vokal tegang [i] dalam perkataan seperti happy. Tidak dijumpai dalam beberapa dialek seperti Bahasa Inggeris Selatan Amerika Syarikat, sebutan RP Tradisional, bahasa Inggeris Afrika Selatan yang diajar dan bahasa Inggeris Scotland pada tahap tertentu.
Peleburan line-loin: peleburan bunyi diftong /aɪ/ dan /ɔɪ/ dalam beberapa loghat Inggeris England Selatan, loghat Inggeris Ireland, loghat Inggeris Newfoundland dan loghat Inggeris Caribbean.
Pengguguran-h bermula pada bahasa Inggeris England dan bahasa Inggeris Wales, tetapi hal ini tidak mengganggu loghat selatan kelas atasan yang berkembang menjadi RP, malahan tidak menjejaskan loghat England atau Anglia Timur di bahagian utara jauh.[23]
Peninggian /æ/: peninggian, pemanjangan, atau pendiftongan [æ] dalam beberapa jenis kelainan Bahasa Inggeris Amerika dalam pelbagai konteks, terutamanya sebelum bunyi konsonan sengauan, mengakibatkan [eə, ɪə, æɪ]. Beberapa penyelidikan linguistik mencadangkan bahawa peninggian /æ/ wujud sejak era penjajahan Amerika, disebabkan bukti peninggalan ciri ini di beberapa kawasan Utara dan Midland AS.
Pembelahan bad–lad: pemanjangan [æ] kepada [æː] dalam beberapa perkataan, ditemui terutamanya dalam Bahasa Inggeris Australia dan pada sesetengah takat tertentu dalam Bahasa Inggeris England Selatan.
Penggusian-th: penggabungan dengan bunyi geseran alveolar [s, z]
Penyuaraan-L: [l] berubah kepada bunyi hampiran atau bunyi vokal, seperti [w], [o] atau [ʊ]. Hal ini berlaku pada bahasa Inggeris Muara dan beberapa dialek lain.[28]
Pengguguran-yod: kehilangan /j/ dalam beberapa gugusan konsonan. Walaupun ia berlaku dalam beberapa persekitaran dalam banyak dialek Inggeris England, ia paling meluas berlaku dalam bahasa Inggeris Amerika dan (dalam penutur yang lebih muda) bahasa Inggeris Kanada.
Jadual berikut menunjukkan urutan perubahan yang berkemungkinan berlaku untuk beberapa item kosa kata asas, yang diwarisi daripada bahasa Indo-Eropah Purba (PIE) kepada Bahasa Inggeris Moden. Tatatanda ">!" menunjukkan perubahan yang tidak dijangka, manakala tatatanda mudah ">" menunjukkan perubahan yang dijangkakan. Sel kosong bermakna tiada perubahan pada peringkat tertentu untuk item yang diberikan. Hanya perubahan bunyi yang mempunyai kesan pada satu atau lebih item perbendaharaan kata ditunjukkan.
one
two
three
four
five
six
seven
mother
heart
hear
foot
feet
Bahasa Indo-Eropah Purba
óynoscode: ine is deprecated
dwóh₁code: ine is deprecated
tríh₂code: ine is deprecated (fem.)
kʷetwṓrcode: ine is deprecated
pénkʷecode: ine is deprecated
séḱscode: ine is deprecated
septḿ̥code: ine is deprecated
méh₂tērcode: ine is deprecated
ḱḗrcode: ine is deprecated
h₂ḱowsyónomcode: ine is deprecated
pṓdscode: ine is deprecated
pódescode: ine is deprecated
Pengkentuman
sékscode: ine is deprecated
kḗrcode: ine is deprecated
h₂kowsyónomcode: ine is deprecated
Perubahan tidak terjangka pada zaman pra-Jermanik (mungkin disebabkan pengaruh dari bahasa Celtik Purba atau bahasa Italik Purba)
>! dwóy
>! tríh₂s
>! petwṓr
>! pémpe
>! sepḿ̥d
>! meh₂tḗr
>! kérdō
pṓdescode: ine is deprecated
Epentesis sonoran
sepúmd
Bunyi-bunyi vokal amat panjang di akhir kata
kérdô
Kehilangan bunyi larinks
trī́s
mātḗr
kowsyónom
Kehilangan bunyi-bunyi vokal bukan tinggi di akhir kata
pemp
Hukum Grimm
twoi
þrī́s
feþwṓr
fémf
sehs
sefúmt
māþḗr
hértô
housjónom
fṓts
fṓtes
Hukum Verner
oinoz
þrīz
feðwōr
seβumt
māðēr
houzjonom
fōtez
Suku kata yang tidak ditekankan: owo > ō, ew > ow, e > i, ji > i
fōtiz
o > a, ō > ā, ô > â
ainaz
twai
feðwār
hertâ
hauzjanam
fāts
fātiz
-m akhir kata > -n
hauzjanan
m > n sebelum konsonan gigi
seβunt
-n akhir kata > penyengauan
hauzjaną
Pengguguran -t akhir kata
seβun
Hukum Sievers
hauzijaną
Peninggian sengauan
fimf
ā > ō, â > ô
feðwōr
mōðēr
hertô
fōts
fōtiz
Bentuk bahasa Jermanik Purba
ainaz
twai
þrīz
feðwōr
fimf
sehs
seβun
mōðēr
hertô
hauzijaną
fōts
fōtiz
Pemendekan/penghilangan bunyi vokal suku kata akhir
NOTA: Beberapa perubahan yang disenaraikan di atas sebagai "tidak dijangka" lebih mudah diramal berbanding yang lain. Contohnya:
Sesetengah perubahan merupakan perubahan morfologi yang memindahkan satu perkataan daripada pentasrifan yang jarang berlaku kepada yang lebih biasa, makanya perubahan tersebut tidaklah begitu menghairankan: contohnya * þrī "tiga" >! * þriu (menambah akhiran feminin Jerman Barat yang biasa digunakan -u ) dan keːrcode: ine is deprecated "jantung" (akar kerd-code: ine is deprecated ) >! kérd-oːcode: ine is deprecated (tukar daripada akar konsonan kepada akar-n).
Sesetengah perubahan adalah asimilasi yang tidak dijangka tetapi daripada jenis rentas linguistik yang biasa dijumpai, cth føːwər "empat" >! fowər apabila ** fewər sepatutnya yang dijangkakan jika mengikut perubahan bunyi biasa. Asimilasi yang melibatkan nombor bersebelahan adalah perkara biasa, cth kʷetwṓrcode: ine is deprecated "empat" >! petwṓrcode: ine is deprecated dengan asimilasi konsonan awal kepada pénkʷecode: ine is deprecated "lima" (tambahan pula, /kʷ/ > /p/ ialah perubahan bunyi yang biasa dijumpai merentasi bahasa-bahasa terdekat secara umum).
Sebaliknya, bahasa Inggeris Moden Awal menukar oːn "satu" >! wʊn adalah misteri sepenuhnya. Ambil perhatian bahawa perkataan berkaitan alone ( < all + one ) dan only ( < one + -ly ) tidak berubah.
Ringkasan perkembangan vokal
Perkembangan vokal bahasa Inggeris Pertengahan
Monoftong (Bunyi vokal tunggal)
Jadual ini menerangkan perkembangan sejarah utama bunyi-bunyi vokal bahasa Inggeris dalam lingkungan 1000 tahun yang lalu, bermula dengan bahasa Inggeris Kuno Akhir dan memfokuskan kepada perubahan Bahasa Inggeris Pertengahan dan Bahasa Inggeris Moden yang membawa kepada bentuk terkini. Ia memberikan banyak perincian tentang perubahan yang berlaku dalam 600 tahun yang lalu (sejak Bahasa Inggeris Pertengahan), sambil mengetepikan sebarang butiran dalam Bahasa Inggeris Kuno serta tempoh yang lebih awal. Untuk butiran lanjut tentang perubahan pada milenium pertama Masihi, lihat bahagian mengenai perkembangan vokal bahasa Inggeris Kuno.
Jadual disusun mengikut sebutan Bahasa Inggeris Pertengahan Akhir lebih kurang bermula pada tahun 1400 M (zaman Chaucer) dan sistem ejaan moden, yang bermula dari masa yang sama dan hampir berpadanan dengan sebutan pada masa itu. Ejaan bahasa Inggeris moden berasal dari konvensyen ejaan jurutulis bahasa Inggeris Pertengahan dan bentuk modennya sebahagian besarnya ditentukan oleh William Caxton, pencetak Inggeris pertama (bermula pada 1476).
Sebagai contoh, vokal yang dieja ⟨a⟩ berpadanan dengan dua sebutan Bahasa Inggeris Pertengahan: /a/ dalam kebanyakan keadaan, tetapi /aː/ panjang dalam suku kata terbuka, iaitu diikuti oleh bunyi konsonan tunggal dan kemudian bunyi vokal, bernotasi aCV dalam lajur ejaan. (Perbincangan ini mengabaikan kesan pelonggaran trisukukata). Kelainan yang dipanjangkan adalah disebabkan oleh proses pemanjangan suku kata terbuka pada zaman Bahasa Inggeris Pertengahan Awal; ini ditunjukkan oleh (leng.) . Sebelum masa itu, kedua-dua bunyi vokal disebut sama, sebagai bunyi vokal pendek /a/; hal ini dicerminkan dengan satu fakta bahawa terdapat satu medan gabungan yang berpadanan dengan kedua-dua bunyi Bahasa Inggeris Pertengahan dalam lajur Bahasa Inggeris Kuno Akhir (lajur pertama). Walau bagaimanapun, bunyi vokal /a/ bahasa Inggeris Pertengahan yang lebih awal ini sendiri merupakan penggabung beberapa bunyi yang berbeza pada dialek Anglia bahasa Inggeris Kuno:
bunyi-bunyi vokal pendek ditunjukkan dalam ejaan bahasa Inggeris Kuno sebagai ⟨a⟩, ⟨æ⟩ dan ⟨ea⟩ ;
padanan bunyi vokal panjang ⟨ā⟩, ⟨ēa⟩, dan selalunya ⟨ǣ⟩ apabila diikuti terus oleh dua atau lebih konsonan (ditandakan dengan ā+CC, ǣ+CC, dsb. );
kadangkala, bunyi vokal panjang ⟨ē⟩ apabila diikuti terus oleh dua konsonan, terutamanya apabila bunyi vokal ini berpadanan dengan ⟨ǣ⟩ pada bahasa Inggeris Kuno Saxon Barat. (Bahasa Inggeris Pertengahan, dan selepas itu Bahasa Inggeris Moden, sebahagian besarnya berasal daripada dialek Anglia Bahasa Inggeris Kuno, tetapi beberapa perkataan berasal daripada dialek Saxon Barat Bahasa Inggeris Kuno, kerana sempadan antara dua dialek itu merentasi kawasan London. Dialek Saxon Barat, bukan dialek Anglia, ialah dialek "standard" yang diterangkan dalam karya rujukan tipikal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris Kuno).
Melangkah sedikit ke masa hadapan, dua bunyi vokal bahasa Inggeris Pertengahan /a/ dan /aː/ masing-masing berpadanan terus kepada dua bunyi vokal /a/ dan /ɛː/ dalam Bahasa Inggeris Moden Awal sekitar tahun 1600 M (zaman Shakespeare). Walau bagaimanapun, setiap bunyi vokal telah berpecah kepada beberapa sebutan yang berbeza dalam Bahasa Inggeris Moden, bergantung pada konteks fonologi. Bunyi vokal pendek /a/, contohnya, telah berpecah kepada tujuh bunyi vokal yang berbeza, semuanya masih dieja ⟨a⟩ tetapi disebut berbeza:
/æ/ apabila tidak mengalami sebarang perubahan berdasarkan mana-mana konteks pada butiran berikut, seperti pada man, sack, wax, dan lain-lain.
Bunyi vokal "a" disebut /ɑː/ dalam Bahasa Inggeris Amerika Umum (GA) and /ɒ/ dalam Sebutan Diterima Bahasa Inggeris United Kingdom (RP) apabila didahului dengan /w/ dan tidak diikuti dengan bunyi-bunyi konsonan velar /k/, /ɡ/ atau /ŋ/, seperti pada perkataan swan, wash, wallow, dan lain-lain. (GA merupakan sebutan baku di Amerika Syarikat dan RP merupakan sebutan paling berprestij di United Kingdom. Dalam kedua-dua kes tersebut, sebutan-sebutan ini selalunya ditemui pada pemberita di media massa dan di golongan kelas pertengahan dan kelas tinggi).
/ɑːr/ (GA) atau /ɑː/ (RP) jika diikuti dengan ejaan ⟨r⟩, seperti pada hard, car, dan lain-lain. (Perkara ini tidak melibatkan perkataan seperti care, apabila ⟨a⟩ disebut sebagai bunyi vokal panjang /aː/ dalam bahasa Inggeris Pertengahan).
Tetapi /ɔːr/ (GA) atau /ɔː/ (RP) apabila kedua-dua bunyi tersebut didahului oleh /w/ dan diikuti dengan ejaan ⟨r⟩, seperti pada war, swarm, dan lain-lain.
/ɔː/ apabila diikuti dengan /l/ tambah dengan sama ada satu bunyi konsonan atau berada di suku kata akhir kata, seperti small, walk, dan lain-lain. (Dalam contoh walk, talk, chalk, etc. bunyi /l/ telah digugurkan, tetapi ia tidak diterangkan di sini. Perkataan seperti rally, shallow dan swallow tidak mengikuti hukum ini kerana /l/ diikuti dengan bunyi vokal; sebaliknya hukum terdahulu digunapakai. Tidak juga termasuk perkataan seperti male, kerana mempunyai bunyi vokal panjang /aː/ dalam bahasa Inggeris Pertengahan).
/ɑː/ apabila diikuti oleh /lm/, seperti palm, calm, dan lain-lain. (Bunyi /l/ telah digugurkan dalam sebutan).
Hanya dalam RP sahaja, sebutan /ɑː/ selalu dijumpai apabila diikuti dengan bunyi geseran tidak bersuara, seperti /f/, /s/ atau /θ/ (tetapi bukan /ʃ/), contohnya seperti perkataan glass, after, path, dan lain-lain. Hal ini tidak digunapakai pada GA dan juga ketidakjangkauan tidak mengganggu perkataan yang mempunyai bentuk yang sama, contohnya crass, math, dan lain-lain.
NOTA: Dalam jadual berikut, singkatan-singkatan berikut digunakan:
OE būtan > but; OE strūtian > ME strouten > to strut
Diftong
Jadual ini menerangkan perkembangan utama bunyi-bunyi diftong bahasa Inggeris Pertengahan, bermula dengan jujukan bunyi bahasa Inggeris Kuno yang menghasilkannya (urutan vokal dengan g, h atau ƿ) dan berakhir dengan padanan bahasa Inggeris Modennya . Banyak kes khas telah diabaikan.
Nota: V bermaksud "sebarang bunyi vokal"; C bermaksud "sebarang bunyi konsonan", # bermaksud "di akhir kata".
Bahasa Inggeris Kuno Akhir (Anglia)
Bahasa Inggeris Pertengahan Awal
Bahasa Inggeris Pertengahan Akhir
Bahasa Inggeris Moden Awal
Bahasa Inggeris Moden
Contoh (Bentuk diberi untuk bahasa Inggeris Kuno dan Moden)[34]
Jadual berikut menerangkan perubahan penting dari bahasa Indo-Eropah Purba Akhir dan bahasa Jermanik Purba sehingga ke zaman bahasa Inggeris Kuno, bahasa Inggeris Pertengahan dan bahasa Inggeris Moden. Jadual ini memberi fokus pada perubahan-perubahan yang berlaku pada bahasa Inggeris Kuno dan bahasa Inggeris Pertengahan sehingga yang menyebabkan terhasilnya bentuk-bentuk moden. Jadual-jadual lain akan merangkumi penerangan yang lebih spesifik mengenai perkembangan selain bahasa Inggeris Kuno dan bahasa Inggeris Pertengahan.
Jadual ini hanya membincangkan perubahan pada suku kata yang diwarnakan. Perubahan-perubahan bunyi vokal dalam suku kata yang tidak diwarnakan pasuannya adalah amat lain dan lebih ekstensif. Secara umumnya:
Dalam bahasa Inggeris Kuno, bunyi-bunyi vokal panjang telah dilemahkan ke bunyi-bunyi vokal pendek (dan kadangkala terhapus sepenuhnya) dan bunyi-bunyi vokal pendek seringkali terhapus. Semua saki baki bunyi vokal dilemahkan kepada hanya /u/, /a/ dan /e/, dan kadangkala /o/. (/o/ juga kadangkala wujud sebagai kelainan sebutan /u/ yang tidak ditekankan.)
Dalam bahasa Inggeris Pertengahan, hampir semua bunyi-bunyi vokal yang tidak ditekankan dilemahkan menjadi /ə/; kemudia, /ə/ di kedudukan akhir digugurkan. Pengecualian utama dalam bahasa Inggeris Kuno ialah -iġ, yang menjadi -y dalam bahasa Inggeris Moden.
Bunyi-bunyi vokal yang tidak ditekankan dalam bahasa Inggeris Moden selain yang dieja sebagai <e> adalah disebabkan sama ada ianya kata majmuk atau kata pinjaman dari bahasa lain (terutamanya dari bahasa Latin dan bahasa Perancis Kuno).
NOTA: Kosa kata bahasa Inggeris Kuno dalam jadual ini diberi dalam bentuk Anglia, kerana bentuk ini adalah asas kepada ejaan bahasa Inggeris Moden. Namun, bahasa Inggeris Kuno yang piawai berdasarkan dialek Saxon Barat, dan apabila dua dialek tersebut mempunyai perbezaan, bentuk Saxon Barat ditunjukkan sebagai WS dalam kurungan yang diikuti bentuk Anglia.
NOTA: Dalam jadual ini, singkatan-singkatan berikut digunakan:
PIE = bahasa Indo-Eropah Purba
PreG = bahasa Pra-Jermanik1
PG = bahasa Jermanik Purba
OE = bahasa Inggeris Kuno
WS = bahasa Saxon Barat (dialek bahasa Inggeris Kuno)
>! = terhasil disebabkan perubahan analog atau perubahan tidak terjangka
1"bahasa Pra-Jermanik" dalam konteks ini merujuk kepada bahasa pasca-PIE yang mengekalkan fonologi PIE tetapi mempunyai penyelarasan morfologi dibuat yang penting terhadap pembentukan bahasa Jermanik Purba. Rekonstruksi berikut diberikan hanya pada akar kata bahasa Indo-Eropah Purba yang kukuh bentuk rekonstruksinya.
PG *samftijaz, samftôcode: gem is deprecated > OE sēfte, *sōftacode: ang is deprecated >! OE sōftecode: ang is deprecated > "soft"; PG *anstiz > OE ēst "favor" > ME "este"
1A + memisahkan bunyi-bunyi yang menghasilkan bunyi-bunyi vokal bahasa Jermanik Purba apabila bunyi-bunyi tersebut berubah berdasarkan persekitaran bersyarat. Tatatanda C* bermaksa jujukan sifar atau lebih bunyi konsonan
2Umlaut-i merujuk kepada perubahan suara yang berlaku sekitar tahun 500 M dengan kesan merebak terhadap bunyi-bunyi vokal bahasa Inggeris. Secara spesifiknya, bunyi-bunyi vokal didepan atau ditinggikan apabila diikuti oleh /i/ atau /j/ pada suku kata seterusnya. Hampir semua bunyi-bunyi vokal terkesan. Kosa kata terkesan diwarnakan dengan warna lain.
3Bunyi n̥code: ine is deprecated dan n̥code: ine is deprecated H pada PIE berubah menjadi un pada bahasa Jermanik Purba; sama juga dengan m̥code: ine is deprecated , l̥code: ine is deprecated dan r̥code: ine is deprecated . K merujuk bunyi-bunyi PIE ḱ atau k, yang gugur bersama-sama dalam bahasa Jermanik Purba dan bahasa-bahasa sentum lain; atau terhadap mana-mana sembilan bunyi velar PIE apabila diikuti secara langsung oleh bunyi konsonan tidak bersuara (terutamanya t). H merujuk kepada sebarang bunyi larinks. Tanda lengkuk kecil ogonek (seperti ą, ǭ) menunjukkan bunyi vokal bersengau. Bunyi-bunyi vokal panjang dicatat dengan tanda diakritik sengkang atas macron (seperti ē, ō). Bunyi-bunyi vokal amat panjang ditandai dengan tanda sirkumfleks (contohnya ô).
4Asal usul ē pada bahasa Jermanik Purba masih dipertikaikan.
^E. J. Dobson (English pronunciation, 1500–1700, Oxford: Clarendon Press, 1968, passim) and other scholars before him postulated the existence of a vowel /y/ beside /iu̯/ in early Modern English. But see Fausto Cercignani, On the alleged existence of a vowel /y:/ in early Modern English, in “English Language and Linguistics”, 26/2, 2022, pp. 263–277