Salleh Ghani |
---|
Kelahiran | Salleh bin Ghani (1923-12-03)3 Disember 1923
|
---|
Meninggal dunia | 20 Ogos 1986(1986-08-20) (umur 62)
|
---|
Sebab kematian | Kompilasi dari penyakit kanser |
---|
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Kelang |
---|
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, wartawan |
---|
Tahun aktif | 1947–1986 |
---|
Pasangan | Raja Hamidah Raja Saat (k. 1955; m. 1986) |
---|
Anak-anak | 12 (termasuk Adam Salleh) |
---|
Salleh Ghani (3 Disember 1923 – 20 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan wartawan veteran Malaysia yang kerjayanya melangkaui selama 39 tahun. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan filem arahan pertamanya, Sri Mersing. Pada 1986, beliau meninggal dunia akibat komplikasi dari penyakit kanser.
Kehidupan awal dan kerjaya
Selepas tamat persekolahan, Salleh Ghani menjadi guru untuk beberapa tahun sebelum berhijrah ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penulis buku. Hidupnya di Singapura dimulakan dengan pelbagai kerja termasuk menjadi guru di Sekolah Batu Penggaram. Masa lapangnya dipenuhi dengan menulis novel termasuk yang bercorak panas dan sensasi.
Nama Salleh Ghani mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi editor kepada sebuah majalah hiburan yang diterbitkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ironinya Salleh Ghani memimpin majalah yang diberi nama Juwita itu dari rumahnya di Singapura. Salleh juga pernah menjadi wartawan di Singapura ketika krisis 'Natrah'.Beliau adalah penulis buku atau Novelis seangkatan Arenawati dan Keris Mas.
Salleh mula melangkah ke dunia filem pada tahun 1947 apabila dipilih berlakon dalam filem "Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh H.M Chisty keluaran Malayan Arts Production Company.
Memang menarik sekali, Salleh yang tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman tentang lakonan telah diserahkan peranan hero. Dengan itu, Salleh Ghani menjadi anak keturunan Melayu pertama menjadi hero ditengah-tengah pelakon lain yang pada umumnya datang dari tanah seberang seperti Jawa dan Sumatera.
Bertolak dari filem "Seruan Merdeka," Salleh tidak menoleh kebelakang lagi dalam kerjaya perfilemannya. Kerjaya itu diperluaskan ke bidang penulisan skrip selain menumpukan bidang lakonan. Ketika Keris Filem ditubuhkan pada awal 1950-an Salleh Ghani menjadi pekerja tetap di studio itu dengan jawatan Penolong Pengarah. Setelah ditubuhkan pula Studio Cathay Keris Film pada tahun 1954, Salleh Ghani berpindah kerja ke studio baru itu dengan jawatan yang sama.
Anak kelahiran Johor itu diberi kepercayaan menjadi Pengarah Filem pada tahun 1960, berikutan dengan kejayaan beberapa orang pengarah Melayu seperti P. Ramlee dan Jamil Sulong di Studio Malay Film Produvtions serta S. Roomai Noor dan Hussein Haniff di Studio Cathay Keris Film. Salleh Ghani juga pernah bekerjasama dengan William Holden (pemenang Aktor terbaik Academy Award) ketika aktor tersebut berlakon di Singapura dlm filem 'Keeping The Peace' arahan Don Sharp. Salleh menjadi penolong pengarah dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1959 itu.
Di tengah kegemilangan kerjaya perfilemannya di Singapura, Salleh berhijrah ke Studio Merdeka Film di Hulu Kelang, Selangor pada tahun 1962 dengan mengarahkan filem "Siti Payung" yang diilhamkan daripada judul lagu Siti Payung yang bercorak tradisional asli. Semasa penghijrahan Salleh ke Malaysia, dunia filem Melayu sedang mengalami kemerosotan kerana kehilangan penonton menjadikan nasib para karyawan dan para pelakon filem Melayu terumbang-ambing.
Bagi meneruskan kehidupan Salleh Ghani beralih kepada bidang pengarahan drama TV setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan projek drama swasta pada awal 1980-an. Projek drama swasta tercetus daripada idea Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pada masa itu menjadi Menteri Penerangan. Cerita filem Sri Mersing dipindahkan kepada drama TV dengan judul "Tragedi Seri Mersing." Drama yang dihasilkan oleh Salleh Ghani itu telah muncul sebagai salah satu rancangan televisyen yang menarik di stesen RTM.
Telah menerima beberapa anugerah Tokoh dari Gafim dan juga FINAS.Keseluruhannya Salleh Ghani telah mengarahkan lebih kurang 15 buah filem dan beberapa drama TV.
Kehidupan peribadi
Salleh Ghani mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 1955 dengan mendirikan rumahtangga bersama Raja Hamidah binti Raja Sa’at yang juga pelakon filem di Singapura. Perkahwinan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, iaitu Normala, Zulkiflee, Norashikin, Lukmanul, Hakim, Norsidah, Mohd Noor, Adam, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad, Abdullah dan Muhammad Taib.
Kematian
Pengarah dan pelakon berkaliber itu terpaksa berundur daripada bidang perfileman yang sebati dengan jiwanya itu setelah menderita sejenis sakit barah. Namun dalam keuzuran itu, Salleh Ghani meneruskan usaha menulis sambungan skrip "Tragedi Seri Mersing." Usaha itu terhenti di pertengahan jalan apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Ogos 1986 di rumahnya di Klang Gate, Kuala Lumpur.
Bibliografi
CERITA CERITA PENDEK YANG DIKARANG (CERPEN)
1
MEMANG JODOH MU
1948
(NOV)
MUTIARA (BIL.2)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
2
AMPUNILAH DOSAKU
1949
(APRIL)
MUTIARA (BIL.6)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
3
JANDA BAHAGIA
1949
(APRIL)
MUTIARA (BIL.6)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
4
SALAHKAH DISISI MASYARAKAT
1949
(APRIL)
MUTIARA (BIL.6)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
5
TERKORBAN SIFAT KERANA JANJI
1952
(MEI)
MUTIARA (BIL.38)
CENDERAWASIH (Nama Pena)MENDAPAT PILIHAN RAMAI CERITA PENDEK KE-2 TERBAIK
6
PERISTIWA DI PAGI HARI RAYA
1950
(OGOS)
MUTIARA (BIL.38)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
7
GADIS YANG TAK MUNGKIR JANJI
1950
(FEB)
MUTIARA (BIL.38)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
8
FILEM MELAYU
1951
(NOV)
JUITA (BIL.2)
SALLEH GHANI
9
GABUNGAN PELAKON-PELAKON MELAYU
1951
(SEPT)
JUITA (BIL.3)
SALLEH GHANI
10
HENDAK MENANTU KAYA
1952
(MEI) .
JUITA (BIL.6)
CENDERAWASIH (Nama Pena)
11
SYARIKAT FILEM MELAYU LTD
1952
(MEI)
JUITA (BIL.8)
SALLEH GHANI
12
KERANA POTRETMU
1948
(DIS)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
13
RACUN PERKONGSIAN
1948
(DIS)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
14
LANTARAN MULUT
1951
(JUN)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
15
DISEBALIK PERTOLONGAN YANG IKHLAS
1949
(MEI)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
16
UBAHLAH DASAR MU RAFEAH
1951
(MEI)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
17
MENTUA KU
1949
(MEI)
JUITA
CENDERAWASIH (Nama Pena)
18
KESUDAHAN SEORANG ISTERI
1950 (JAN)
MASYARAKAT
CENDERAWASIH (Nama Pena)
RUANGAN KAUM IBU
19
DOKTOR AHMAD
1951
(JUN)
HIBURAN KANAK KANAK
CENDERAWASIH (Nama Pena)
NOVEL NOVEL YANG DIKARANG DAN TELAH DITERBITKAN'
1
SERUAN MERDEKA
1947
SENTOSA PRESS
TELAH DIFILEMKAN
2.
SUDAH AJALKU
1948
SENTOSA PRESS
3
LANTARAN KASMAH
1949
SENTOSA PRESS
4
HAKIM JADI HAKIM
1950
SENTOSA PRESS
5
RACHUN PENAWAR
1950
SENTOSA PRESS
6
RADEN MAS
1951
SENTOSA PRESS
TELAH DIFILEMKAN
7
BERJANJI SEHIDUP SEMATI
1952
SENTOSA PRESS
8
BERMADU
1952
SENTOSA PRESS
9
ROHANA
1952
SENTOSA PRESS
10
RAHSIA CINTA
1952
SENTOSA PRESS
11
PUTUS HARAPAN
1953
SENTOSA PRESS
12
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
1955
GELIGA PRESS
TELAH DIFILEMKAN
13
NAFSU
1956
14
PUTERI GUNONG LEDANG
1956
GELIGA PRESS
TELAH DIFILEMKAN
15
NAFSU KUDA
1956
SENTOSA PRESS
NOVEL PALING LARIS DI JUAL
16
PEREMPUAN
1956
SENTOSA PRESS
17
SABARINA
1956
SENTOSA PRESS
18
TIJAH JANDA MALABARI
1956
SENTOSA PRESS
19
BUKU NYANYIAN MELAYU (SIRI 1-4)
1956
SENTOSA PRESS
20
ANAK DARA DI SANGKA JANDA
1959
NUSANTARA
21
KASIH MEMBAWA MAUT
1959
SENTOSA PRESS
22
SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG
1959
TELAH DIFILEMKAN
23
MALAYSIA ABADI
1969
BELUM DITERBITKAN MEMASUKI PERADUAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA PADA 1969.MENDAPAT TEMPAT PERTAMA TETAPI MALANGNYA KEPUTUSAN DIBEKUKAN KERANA PERISTIWA 13 MEI. HANYA TEMPAT KE-3 DIUMUMKAN IAITU ARENAWATI.
24
ANTARA 2 KASIH
1980
VARIAPOP GROUP
ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)
25
CINTA ABADI
1980
VARIAPOP GROUP
ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)
26
NODA NODA PUTIH
1980
VARIAPOP GROUP
TELAH DIFILEMKAN DAN TAJUK DIUBAH KEPADA FILE 'RIBUT BARAT'
* NOTA * TAJUK NOVEL DIPEROLEHI DARIPADA BUKU CATITAN
ALLAHYARHAM SALLEH GHANI
Filemografi
Filem
Sebagai pelakon
Sebagai penolong pengarah
Sebagai penulis
Sebagai pengarah
Televisyen
Sebagai pengarah
Tahun
|
Tajuk
|
Saluran TV
|
Catatan
|
1984–1985
|
Tragedi Sri Mersing
|
TV1
|
Drama Swasta RTM
|
1985
|
Teluk Mas
|
Pautan luar