Roberto Martínez Montoliú (lahir 13 Julai 1973) ialah bekas pemain bola sepak profesional Sepanyol dan kini merupakan pengurus kelab pasukan kebangsaan Belgium.
Martínez bermain sebagai pemain tengah dan memulakan kariernya di Real Zaragoza dimana dengan mereka dia memenangi Copa del Rey. Dia menghabiskan setahun bersama pasukan liga bawahan, CF Balaguer sebelum menyertai kelab Divisyen Ketiga Inggeris, Wigan Athletic. Dia kemudiannya berpindah ke kelab Scotland, Motherwell selepas itu ke Walsall dan kemudiannya Swansea City pada tahun 2003. Dia menjadi kapten kelab itu dan membantu mereka memenangi promosi ke League One pada tahun 2005. Dia berpindah ke Chester City pada tahun 2006 dan dipilih menjadi kapten.
Pada tahun 2007, dia bersara sebagai pemain untuk menjadi pengurus Swansea City. Dia kemudiannya menyertai Wigan Athletic pada tahun 2009, membantu kelab itu mengelakkan penyingkiran untuk tiga musim berturut-turut. Pada musim keempatnya, Wigan tersingkir liga tetapi memenangi Piala FA buat pertama kali. Pada akhir musim 2012–13, dia meninggalkan kelab itu untuk menjadi pengurus Everton.
Rujukan
Umum
Spesifik
Pautan luar