* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mac 2024 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 April 2024
Sels memulakan karier remajanya di kelab Kontich tetapi beliau berpindah ke Lierse pada usia tujuh tahun. Di sana, beliau mula beraksi pada tahun 2010 bersama skuad senior. Selepas pemergian Eiji Kawashima ke Standard Liège pada musim panas tahun 2012, Sels menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi penjaga gol kelabnya. Ketika musim pertamanya di Divisyen Satu, beliau telah menyelamatkan tendangan penalti dalam aksi menentang Gent pada 29 Julai 2012. Pada permulaan 2013–2014, apabila beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru, beliau telah dimasukkan ke dalam pasukan kedua.
Gent
Pada 31 Disember 2013, Sels diumumkan berjaya melengkapkan perpindahan ke Gent sebaik sahaja selepas jendela perpindahan musim dibuka. Beliau seterusnya menjadi penjaga gol utama pasukan selepas kontrak Frank Boeckx akan berakhir pada penghujung musim. Sels melakukan penampilan sulungnya untuk Gent pada 14 Januari 2014 dalam aksi suku akhir Piala Belgium menentang Kortrijk. Beliau membantu Gent untuk layak ke pusingan seterusnya selepas perlawanan itu ditentukan melalui penentuan penalti.
Sels memainkan peranan utama pasukannya untuk menjuarai Liga Pro Belgium 2014–15; kejuaraan liga pertama dalam sejarah kelab. Kejayaan ini turut membolehkan Gent untuk menempa kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA 2015-16.
Pada 29 Jun 2016, Sels telah melengkapkan perpindahannya ke Newcastle United dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang bernilai 6.5 juta euro. Sels melakukan penampilan pertamanya bersama Newcastle dalam aksi Liga Kejuaraan pada 5 Ogos menentang Fulham.[4] Sels berjaya menghasilkan empat jersi bersih (perlawanan tanpa bolos) dari 20 Ogos hingga 13 September.[5] Sels menjadi sasaran kemarahan penyokong Newcastle berikutan tindakannya yang membenarkan jaringan penyamaan pada lewat permainan oleh pemain Aston Villa, Aaron Tshibola pada 24 September.[6] Walaupun beliau mendapat sokongan daripada pengurus Rafa Benítez pada minggu itu,[7] Sels telah kehilangan posisinya kepada penjaga gol Karl Darlow ketika perlawanan menentang Norwich City pada 28 September.[8] Insiden kehilangan posisi penjaga gol itu turut mendapat liputan media yang luas di negara asalnya, Belgium.[9] Menjelang aksi Piala Liga, Sels diberi keyakinan untuk beraksi dalam kesebelasan utama Newcastle sekali gus membantu pasukannya menghasilkan jersi bersih ketika mencatatkan kemenangan 6-0 ke atas Preston North End pada 25 Oktober.
[10]
Anderlecht
Pada 22 Jun 2017, Sels menyertai kelab Anderlecht secara pinjaman selama satu musim penuh.[11]
Strasbourg
Pada 27 Julai 2018, Sels berpindah ke kelab Perancis, Strasbourg melalui perpindahan yang bernilai 3.5 juta euro.[12]
Nottingham Forest
Pada 1 Februari 2024, Sels berpindah ke Nottingham Forest. Beliau membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris untuk pasukan tersebut selepas 3 hari, dengan keputusan seri 1-1 dengan Bournemouth. Pada 2 Mac 2024, Sels melakukan penyelamatan mata kosong atas perlawanan menentang Liverpool yang diberikan anugerah Save of The Month. Dengan mencapai penghormatan itu, beliau menjadi pemain Nottingham Forest yang pertama memenangi anugerah bulanan dalam Liga Perdana Inggeris.
Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Belgium bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[15] Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk dimasukkan ke dalam senarai akhir 23 pemain.[16]
Pada Mei 2021, Sels disenaraikan ke dalam skuad Belgium menjelang kejohanan UEFA Euro 2020.[17] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya bersama Belgium pada 3 Jun 2021 dalam perlawanan persahabatan menentang Greece selepas menggantikan Simon Mignolet pada minit ke-90 permainan.[18]
^"КОМАНДЫ: Бельгия" [Teams: Belgium] (dalam bahasa Russian). Granatkin Memorial. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2018. Dicapai pada 4 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)