Riena Diana

Riena Diana
Kelahiran
Nur Qamarina Diana binti Zulreal

(1997-09-03) 3 September 1997 (umur 27)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2017–kini
MajikanMedia Prima Audio (2021-22)

Nur Qamarina Diana Zulreal (lahir 3 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Riena Diana merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan telah berlakon dalam beberapa drama yang kebanyakannya terbitan TV3.[1]

Kerjaya

Kerjaya Riena Diana dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017.[2] Selepas DFKL 2017 tamat, Riena ditawarkan berlakon dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan, yang merupakan drama pertama lakonannya. Riena berlakon dengan dua saluran, TV3 dan TV Okey.

Beliau mula menjadi bualan peminat setelah menjayakan watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli.[3][4] Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama Cinta Lemon Madu sebagai Aisyah.

Kejayaan Riena hadir apabila beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Kampung People di mana beliau memegang watak gadis kaya bimbo, Laila. Beliau berkongsi bahawa "Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan".[5][6][7]

Riena kemudian memulakan kerjaya sebagai pengacara dengan mengacarakan rancangan Gempak TV di Astro Ria, kemudian diikuti oleh By The Sea di TV3.[perlu rujukan]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Rampok Miss Farina Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin TV3 Drama pertama
Dekatkan Jarak Kita Sofiya
2018 Nur Dr. Qhadeeja
Cinta Lemon Madu Aisyah
Vila Ghazara Anggerik
2019 Nur 2 Dr. Qhadeeja Penampilan khas
Kamar Kamariah Ratna
Rumah Siti Khadijah Nelly
Dia Yang Ku Cinta Reanna
2019–2020 Kampung People Laila / Ruziah / Ros
Arjuna Cinta Keisha Keisha TV Okey
2020 Kasih Tak Terungkap Lisa
Diari Ratu Eli Episod 1: Ijazah Yang Tertangguh
Leon Zalika Zalika
Kebaya Kasut Kanvas Alin TV3
Kampung People 2 Laila / Ruziah / Ros / Lempeng
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan Ika
2021 Kisah Cinta Rumi Runi
Dear Cinta Mona
2022 Cinta Amnesia Laura Madeena
Cinta Buat Dara Dara
Kampung People 3 Laila / Lempeng / Lili Angel Lorita
2022–2023 Chinta Arjuna Chinta
2023 My Name is Lola Ecah Pelakon undangan
Kau Yang Bernama Seri Tiara Awesome TV Sitkom
Geng Daddy Daddy Melissa TV3 Episod 1
2024 Boleh Saya Bantu? Farida
Wanita Syurga Farah Mokhtar
Hello Jodoh Rita
Dulu Dollah Daebak Fisya
Gadis dan Angan Angan Mila

Drama web

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Syifa Tonton Drama pertama
2024 My Stolen First Kiss Zalia Episod 1; penampilan tidak dikreditkan
Salju Rindu Di Bumi Auckland Juraini (muda) / Samantha / Aisha
2025 Bidaah Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Formula Cinta Nonis ntv7 Telefilem pertama
2019 Tasbih Usang Unifi TV
Bayang Dira TV3
2022 Tunggu Aku Balik Mirna Astro Citra
2024 Awak Terlalu Ganu Untuk Saya Teja Astro Warna
TBA Wanita Syurga The Movie Farah Mokhtar TV3
Wanita Syurga Raya

Videografi

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2018 "Dia" Qody

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Peluang Kedua"
2020–2021 Gempak TV Pengacara bersama Astro Ria Gandingan bersama dengan Daniel Cheang, Hun Haqeem & Isha Norsham
By the Sea Dirinya sendiri TV3
2021 Shuk Nak Tanya 2 Awesome TV
2022 Muzik Muzik Pengacara undangan TV3
2023 Riuh Bazram Dirinya sendiri Awesome TV
2023–2024 MBuzz Pengacara TV3 bersama Muaz Zabir & Mek Yun
2024 I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) Panelis bersama Naim Daniel, Bell Ngasri & Siti Khadijah Halim
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Pengacara bersama Didie Alias & Haniff Hamzah

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
24 Februari – 30 Julai 2021 Geng Pagi Hot Hot FM
2 Ogos 2021 – 15 Julai 2022 Sembang Squad

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) Finalis
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (17 Jun 2018). Riena takut pengarah Nur garang Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  2. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
  3. ^ Ifqdar Rahman (15 Ogos 2018). Riena Diana dicemuh warganet kerana membuka tudung Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018. "Watak Deja tinggalkan impak besar terhadap kerjaya Riena Diana.".
  4. ^ Zaidi Mohamad (15 November 2019). Saya tak cari publisiti murahan - Riena Diana Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  5. ^ Zaidi Mohamad (5 Januari 2020). Watak 'bimbo' bawa tuah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Januari 2020). Nama melonjak selepas 3 tahun Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (1 Februari 2020). Tuah watak gedik Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.

Pautan luar