Yang Mulia Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali atau lebih dikenali sebagai Raja Hakim (lahir 1992) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Kerjayanya bermula selepas menajdi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017, beliau ialah abang (lain ibu) kepada pelakon Raja Afiq.
Kerjaya
Kerjaya lakonan Raja Hakim bermula pada tahun 2012, dengan membintangi drama Timah Lambak sebagai pelakon tambahan.
Lima tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang turut disertai oleh Riena Diana. Selepas DFKL 2017 tamat, beliau ditawarkan membintangi beberapa drama TV termasuk Dekatkan Jarak Kita dan Manipulasi.
Kehidupan peribadi
Raja Hakim lahir dan membesar di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan abang (lain ibu) kepada Raja Afiq yang juga pelakon yang dicungkil dari DFKL 2014.
Filemografi
Rujukan
Pautan luar