Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1441 ialah sebuah Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB pada 8 November 2002. Resolusi ini menwarkan Iraq pimpinan Saddam Hussein "peluang terakhir untuk melunaskan obligasi-obligasi pelucutan senjata" yang telah ditetapkan dalam beberapa resolusi sebelumnya.[1]
Undian Majlis Keselamatan
Pada 8 November 2002, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441 dengan undian 15–0; Rusia, China, Perancis dan negara-negara Arab seperti Syria menyokong, dan dengan itu memberikan Resolusi 1441 sokongan yang lebih luas daripada resolusi Perang Teluk tahun 1990.
Rujukan