Dalam sains politik, istilah republik pisang (Jawi: ريڤوبليک ڤيسڠ, bahasa Inggeris: banana republiccode: en is deprecated ) menggambarkan entiti negara yang berkeadaan politik tidak stabil sambil bergantung penuh pada eksport produk sumber terhad seperti pisang atau mineral untuk menampung ekonominya. Negara-negara sedemikian mempunyai masyarakat sangat berstrata kelasnya - lazimnya suatu kelas pekerja miskin ditadbir suatu plutokrasi terdiri daripada golongan elit perniagaan, politik dan ketenteraan[1] yang mengeksploitasi buruh masyarakat ini untuk tujuan pertanian dan perladangan;[2] pengungkapan ini sering untuk tujuan mengkritik kediktatoran yang membenarkan pemergunaan ini dalam skala besar demi mendapatkan sogokan tertentu.[2]
Dalam konteks ekonomi pula, sesebuah negara yang diberi gelaran sebegini lazim diperhatikan ekonominya dijanakan kapitalisme negara yang mana negara ini dikendalikan seakan perusahaan komersial swasta untuk keuntungan eksklusif kelas pemerintah. Eksploitasi sebegitu dimungkinkan oleh pertembungan antara negara dan monopoli ekonomi yang disukai yang mana keuntungan, yang berasal daripada eksploitasi tanah awam secara peribadi, ialah milik peribadi, sedangkan hutang yang ditanggung olehnya ialah tanggungjawab kewangan perbendaharaan awam. Ekonomi yang tidak seimbang seperti itu tetap dibatasi oleh perkembangan ekonomi bandar dan negara yang tidak merata dan biasanya mengurangkan nilai mata wang negara menjadi wang kertas yang tidak bernilai lantas menjadikan negara itu tidak layak mendapat kredit pembangunan antarabangsa.[3]
Pengistilahan
Ide ini mula diungkapkan seorang penulis Amerika Syarikat abad ke-19 bernama William Sydney Porter atau nama penanya O. Henry (1862–1910) untuk menggambarkan latar tempat Republik Anchuria dalam buku Cabbages and Kings (1904);[4] buku ini merupakan himpunan cerita pendek berkongsi tema sama diilhamkan pengalamannya dalam persembunyian di sebuah hotel di Trujillo, Colón, Honduras selama enam bulan hingga Januari 1897 kerana diburu pihak A.S. atas dakwaan penggelapan wang dari sebuah bank.[5]
Idea ini turut dikukuhkan pada awal abad ke-20 dengan terbangunnya syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat yang mengkhusus kepada perdagangan buah-buahan sambil mendapat sokongan daripada pemerintah negara tersebut seperti United Fruit Company[6][7] dan Cuyamel Fruit Company, di mana syarikat-syarikat ini mengusahakan pertanian yang begtitu mempergunakan serta memanipulasi keadaan politik, ekonomi dan sosial negara-negara Amerika Tengah seperti Honduras dan Guatemala.[8]
Tafsiran moden
Negara-negara yang memperoleh kemerdekaan daripada kuasa penjajah pada abad ke-20 dan ke-21 cenderung berkongsi ciri-ciri yang lazim digambarkan republik pisang kerana pengaruh syarikat swasta besar dalam politik mereka;[9] misalnya Maldives (syarikat peranginan)[10] dan Filipina (industri tembakau, kerajaan A.S. dan syarikat).[11][12]
Pada 14 Mei 1986, Bendahari Australia ketika itu, Paul Keating menyatakan bahawa Australia mungkin menjadi "republik pisang";[13] pernyataan ini telah menarik banyak komen dan kritikan[14][15][16] dan dilihat sebagai sebahagian daripada titik perubahan dalam sejarah politik dan ekonomi Australia.[17]
Pada abad ke-21 beberapa pengkritik menyebut Amerika Syarikat sebagai republik pisang,[18][19] dan hal ini ada dirujuk dalam judul buku Banana Republicans oleh Sheldon Rampton dan John Stauber. Pada Februari 2020, kolumnis Astro Awani, Karim Raslan menyifatkan Amerika Syarikat sudah pun menjadi sebuah republik pisang kerana pentadbiran Donald Trump memanggil Trump sebagai "penipu dan bigot" serta "mengicaukan" prinsip-prinsip negaranya menjadi sampah.[20]
^Malcolm D. MacLean (Summer 1968). "O. Henry in Honduras". American Literary Realism, 1870–1910 (dalam bahasa Inggeris). 1 (3): 36–46. JSTOR27747601.
^Chapman, Peter (2009). Jungle capitalists : a story of globalisation, greed and revolution (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh New York: Canongate. m/s. 6. ISBN978-1847676863.
^Barton, Russell; Short, Michael (15 Mei 1986). "Keating gloom: $ falls". The Age (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
^Cleary, Paul (17 Mei 1996). "What will we do when it's all been sold?". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
^Cleary, Paul (13 Jun 1998). "If the economy's so good, how come the dollar's so bad?". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
^Crotty, Martin; Andrew Roberts, David (2009). Turning Points in Australian History (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). Sydney Australia: UNSW Press. m/s. 224–238. ISBN978-1-921410-56-7.