Rejab bin Ismail atau dikenali dengan nama penaRejab F.I. ialah seorang penulis dan penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Beliau dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan pernah dianugerahkan pelbagai hadiah sastera, tokoh budaya dan juga tokoh guru, antaranya Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi), Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen), Tokoh Budaya Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Tokoh Bahasa dan Sastera Perlis 2013.
1. Kelahiran: Dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis,pada 12 September 1941.
2. Latar kehidupan: Anak seorang petani. Ayah dan ibu bekerja pesawah padi. Anak bongsu daripada 4 beradik seibu sebapa. Kematian ibu ketika berusia 8 tahun (1949).
3. Latar keluarga (sendiri): Berkahwin 1964. Isteri seorang guru Fatimah bt. Taha (1944), berasal Kampong Titi Tok Bandar, Seriab, Perlis. Memperolehi 3 orang anak: Ronifira (lelaki – 1965), Rustam Affendi (1974), Rizal Irwandi (1975).
4. Kini menetap di Kampung Tanjong Gorah, Repoh, 01000 Kangar, Perlis, Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). Telefon dan Faks: 04-9768855, Bimbit: 019-4544855. E-mail: [email protected].
PENDIDIKAN
1. Belajar di Sekolah Melayu Santan sehingga Darjah V (1950), Sekolah Melayu Paya Darjah VI (1954), Sekolah Melayu Kangar (Lelaki) Darjah VII (1955).
2. Belajar sendiri: Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1961, Sijil Pelajaran Persekutuan (SPP = SPM) 1962, Sijil Tinggi Pelajaran (STP = STPM) 1975.
3. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) - Mahasiswa Luar Kampus - Lulus Sarjana Muda Kesusasteraan Dengan Kepujian (B.A. Hons.) 1980.
PEKERJAAN
1. Lepas sekolah Melayu, sementara mendapat kerja, menjual buah ciku di pasar-pasar pagi (nat).
2. Berniaga telur ayam di kampung-kampung - lahir novel: 'Di Mana Ada Kemahuan'.
3. Dilantik sebagai Guru Pelatih pada tahun 1956.
4. Dilantik sebagai Guru Besar sekolah rendah pada tahun 1970 -1979.
5. Mengajar di sekolah menengah dan sebagai Guru Penolong kanan pada tahun 1982 hingga 1991.
6. Bersara pilihan sendiri sebagai pendidik 1991 (ketika berusia 50 tahun).
7. Menjadi penulis sepenuh masa dan kegiatan masyarakat hingga sekarang.
KEGIATAN PENULISAN
1. Mula menulis pada tahun 1960 (sehingga kini selama 45 tahun).
2. Menulis semua genre sastera: Novel (dewasa, remaja, kanak-kanak); cerpen, puisi, drama (radio, pentas, televisyen), cerita rakyat, esei/makalah/rencana.
3. Hasil-hasil penulisan:
3.1. Jumlah buku yang telah diterbitkan: 135 judul.
3.2. Novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak) berjumlah 106 judul. Novel 'Noktah Sebuah Perhentian' pernah dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 5. Novel 'Dosa Telah Berampun' (novel remaja) dan 'Pertaruhan Wang Emas' (cerita rakyat/klasik) dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 3.
3.3. 21 judul antologi cerpen.
3.4. 4 judul antologi puisi.
3.5. 1 judul antologi drama.
3.6. 3 judul buku Kesenian dan Kebudayaan.
3.7. Karya eceran yang telah diterbitkan dalam akhbar majalah, radio dan televisyen tempatan:
3.7.1. 202 judul cerpen
3.7.2. 438 judul puisi
3.7.3. 328 judul rencana umum/esei
3.7.4. 20 judul drama radio
3.7.5. 15 judul drama televisyen
3.7.6. 4 judul drama pentas.
Drama televisyen 'Titian Rapuh' (RTM) di antara 10 drama terbaik 1982, 'Gelora Impian' (TV3) di antara 10 drama terbaik 1994.
3.8. Terjemahan: Puisi dan cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia dan China. Cerita kanak-kanak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan China.
3.9. Cerpen dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Cerpen 'Sebuah Kampung di Daerah Pendalaman' (1970), 'Suatu Subuh Yang Bening' (1980) dan 'Memori Kehidupan' (1989).
3.10. Puisi dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia: 'Antara Dua Jurang' (1971), 'Peladang' (1971) dan 'Lagu Anak Di Permatang' (1971).
3.11 Tiga judul puisi dipilih memenangi pertandingan lagu puisi1998, 1999, 2000
3.12 Sebuah di antara novel remajanya telah terpilih untuk KOMSAS iaitu novel ‘SEJAMBAK BAKTI”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998. Mulai tahun 2019.
4. Ceramah: Sering memberi ceramah penulisan cerpen, puisi, cerita rakyat, drama radio dan televisyen kepada penulis-penulis baru (melalui persatuan-persatuan penulis Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).
5. Hakim: Sering dijemput menjadi hakim sayembara deklamasi Puisi Hari Kebangsaan, dan sekolah-sekolah. Hakim pertandingan pidato, perbahasan dan kuiz.
6. Deklamasi puisi: Sering dijemput mendeklamasi puisi di sekolah-sekolah, maktab dan universiti.
7. Dilantik sebagai editor penerbitan Rhythm Publishing Sdn. Bhd, Pulau Pinang 1996 hingga 2001.
8. Dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka 2005. Menghasilkan memoir “Seribu Riak Di Pantai Usia”.
Rejab F.I. (1968). Kembali Ke Pangkuan Bonda. Pustaka Pendidikan. Cetakan semula: (1995). Kasih Ibu Membawa Ke Syorga. Pustaka Prinsip. (2005). Sesuci Kasih Ibu. PTS One.
Rejab F.I. (1969) Bukan Salah Ibu Mengandung. Pustaka Aman Press. Cetakan semula: (2005) Pengemis Itu Ibuku. PTS One.
Rejab F.I. telah berkongsi usaha kreatifnya melalui hampir 190 cerita pendek (cerpen) dalam tempoh 63 tahun keterlibatan beliau dalam dunia sastera Malaysia. Diperturunkan 60 cerpen beliau yang dinukilkan sedari tahun 1960 lagi.
Kisah Di Sinar Bulan, Utusan Filem dan Sports, 30hb.Ogos,1960;
Peristiwa Malam, Warta Mingguan, 30hb. Oktober,1960;
Penangan Dini Hari, Wasilah, Bil 112, 24 -30 Mei 2009, hal. 18 – 19;
Sejambak Keresahan, Siasah, 3-9 Januari 2010, hal. 23-24;
Sebuah Drama Kehidupan, Siasah, 23 – 29 Mei 2010 (bahagian 1) 30 Mei – 5 Jun 2010 (bahagian 2), hal. 23;
Apakah Yang Mak Lijah Cari?, Dewan Siswa, Oktober 2010, hal. 12 – 14. (Cerpen Untuk Siswa);
Kekosongan (5), Mingguan Malaysia (M2), 31 Julai 2011, hal. 16-17;
Dialog Pahlawan (7), Dewan Sastera, Disember 2011, hal. 74 – 78;
Surat Aku Janji, Mingguan Malaysia, 26 Februari 2012, hal. 20-21 (Panca);
Melakarkan Kehidupan, Tamadun Islam (TI), Bil. 1 Mac – April 2013 (Jamadilawal – Jamadilakhir 1434), hal. 55-58;
Sebuah Pemendapan”, Mingguan Malaysia, 12 Mac 2023, hal. 30.
Senarai Antologi Cerpen
Di bawah adalah senarai cerpen-cerpen nukilan Rejab F.I. yang telah dijadikan antologi dalam usaha untuk memberi ruang nuansa yang sekata untuk setiap cerpen-cerpen yang terpilih.
Menganyam Pelangi, Dewasa Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
Sebuah Perkahwinan, Tempo Publishing (M) Sdn. Berhad, Petaling Jaya, Selangor, 1991, (Antologi Cerpen, Drama dan Puisi – Trilogi)
Gadis Anak Gembala, Pustaka Prinsip, Kuala Lumpur 1994, (Cetakan semula – judul asal Keruntuhan);
Mereka Belum Mengerti, Pustaka Prinsip, Kuala Lumpur, 1994, (Cetakan semula – judul asal Berikan Padaku Syurga);
Dialog Pahlawan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995.
Koleksi Cerita Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003, (Cerita Klasik Melayu);
Deklarasi Belantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.
Sajak / Puisi
Keterlibatan Rejab F.I. dalam kesusasteraan Melayu Malaysia telah menyaksikan sejumlah lebih dari 430 sajak-sajak atau puisi-puisi digarapkan oleh beliau dan diterbitkan oleh pelbagai nasykah di dalam atau di luar negara. Rejab F.I. pertama kali menukilkan sajak/puisi pertama beliau pada Disember 1960 dan masih aktif menulis sehingga ke hari ini.
Untuk Perwira, Warta Mingguan, 4hb. Disember, 1960;
Menanti Bulan Mengambang, Utusan Pemuda, 7hb. Januari, 1961;
Kenangan Jauh, Warta Mingguan, 18hb. Jun, 1961;
Pagi, Warta Mingguan, 20hb. Ogos, 1961;
Tiada Bulan Di Wajah Rawan, Warta Mingguan, 22hb. Oktober, 1961;
Keruntuhan, Warta Mingguan, 19hb. Ogos, 1962;
Ke Pulau Bahagia, Warta Mingguan, 25hb. Februari, 1962;
Kemesraan, Mutiara, Julai 1962, hal. 6;
Di Manakah Bumi Tempatku Berpijak, Mutiara, November 1962, hal. 6;
Keluhuran, Warta Mingguan, 13hb. Oktober, 1963;
Sendu, Warta Mingguan, 13hb. Oktober, 1963;
Kembali dan Pergi, Warta Mingguan, 13hb. Oktober, 1963;
Indra Kayangan, Warta Mingguan, 28hb. April, 1963;
Cahaya Merah Di Puncak Gunung, Warta Mingguan, 16hb. Jun, 1963;
Ladang Perjuangan, Mingguan Malaysia, 29hb. September, 2002, hal. 30;
Pelabuhan Kehidupan, Mingguan Malaysia, 6hb. Oktober, 2002, hal. 30;
Pepatah Kehidupan, Dewan Sastera, Oktober 2002, hal. 23, (Ruangan Khas Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 2002);
Bahasa Mahkota Bangsa, Dewan Masyarakat, November 2002, hal. 34-35. - Bahasa Mahkota Bangsa", Antologi Puisi Kehidupan Masa Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hal. 134;
Kitalah Pembela Setia, Antologi Puisi Dalam Kehidupan Masa Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hal. 134;
Kelkatu, Mingguan Malaysia, 7hb. September, 2003, hal. 30;
Sebutir Api Di Pondok Usang, Utusan Zaman, 27hb. Disember, 2003, hal. 22;
Setelah Membaca Eseimu Baha, Dewan Sastera, Januari 2004;
Bekalan Ke Jalan Pulang, Anis, Disember 2003, hal. 77;
Sebuah Perjuangan, Utusan Melayu, 25hb. April, 2004, hal. 27;
Pepohon Yang Kelayuan, Pendidik, Mac 2004, hal. 52;
Angin Semilir, Mingguan Malaysia, 9hb. Mei, 2004, hal. 30;
Membina Jati Diri Bangsa Pada Sebuah Watan, Utusan Melayu Mingguan, 5hb. Mac, 2005, hal. 27;
Selamat Datang Tsunami, Dewan Sastera, April 2005, hal. 32;
Lapan Puluh Tiga Tahun Dalam Penantian, Sinar Utara, Bil. 16, November/Disember 2004, hal. 4;
Pepohon Perkasa, Utusan Melayu Mingguan, Bil. 119, 10-16hb. April, 2005, hal. 30;
Keperkasaan Sebuah Bicara, Berita Minggu (Perspektif), 5hb. Jun, 2005, hal. 8;
Di Pinggir Matahari, Mingguan Malaysia, 19hb. Jun, 2005, hal. 30;
Bicara Seorang Dewata, Utusan Melayu Mingguan (Jawi), 31hb. Julai, 2005 - 6 hb. Ogos, 2005, hal. 30;
Di Perbatasan Sebuah Perjuangan, Utusan Melayu Mingguan,15 - 21hb. Januari, 2006, hal. 30. Di Perbatasan Sebuah Perjuangan, Mingguan Malaysia, 19hb. Mac, 2006, hal. 30;
Titisan Tinta, Mingguan Malaysia, 31hb. Disember, 2006, hal. 30;
Budi dan Jasa Penghias Diri, Utusan Melayu Mingguan, 18hb. Jun, 2007, hal. 13;
Sebuah Agenda, Berita Minggu, 8hb. Julai, 2007, hal. 9 (Dimensi);
Kitalah Pewarisnya, Dewan Sastera, Ogos 2007, hal. 85;
Di Sini Bermulanya Erti Keganasan, Berita Minggu, 19hb. Ogos, 2007, hal. 9 (Dimensi);
Membina Jati Diri Bangsa Pada Sebuah Watan, Mingguan Malaysia, 16hb. September, 2007, hal. 17 (Kesihatan – Sudut Sastera);
Pada Sebuah Watan, Berita Minggu, 30hb. September, 2007, hal. 9 (Dimensi – Susastera);
Dalam Lipatan Sejarah: BAKTIMU DIKENANG JUA (Dedikasi Buat Allahyarhamah Halimah bt Omar, bekas Pengerusi PGLMPMM, Bahagian Perlis), Penyata Tahunan Mesyuarat Agung Kebangsaan Ke 26, Persatuan Guru-guru Lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka), Pada 9-11hb. September, 2011, hal. 14;
Menggapai Harapan, Mingguan Malaysia, 6hb. Oktober, 2011 (Hari Raya Aidiladha), hal. 17 (M2 MingguanMalaysia);
Bulan Berkaca, Berita Minggu (Nona), 6hb. Oktober, 2011 (Hari Raya Aidiladha), hal. 17;
Melakar Perjuangan, Mingguan Utusan Melayu , 12hb. Disember, 2011,hal. 13;
Leladang Kehidupan, Dewan Budaya, Januari 2012, hal. kulit (dalam);
Agenda Yang Diamanahkan, Berita Minggu (Nona), 18hb. Mac, 2012, hal. 17;
Ladang Perjuangan, Utusan Melayu Mingguan, 28hb. Mei, 2012, hal. 13;
Pencarian, Berita Minggu, 15hb. Julai, 2012, (BH Kembara) hal. 21;
Erti Sebuah Kemerdekaan, Dewan Sastera, Ogos 2012, hal. 61;
Cameron Highland, Dewan Siswa, September 2012, hal. 41;
Bahasa Membina Jati Diri Bangsa (Pantun), Pelita Bahasa, September 2012, hal. 56;
Hari-hari Yang Berlalu, Mingguan Malaysia , 31hb. Julai, 2022, hal. 31;
Di Lembah Kehidupan, Berita Harian, 31hb. Julai, 2022, hal. 41;
Pengetuk Batu, Mingguan Malaysia, 13hb. November, 2022, hal. 31;
Ketika Mentari Berduka, Berita Harian, 1hb. Mei, 2022, hal. 34;
Garis-garis Di Permukaan Senja, Berita Harian, 20hb. Februari, 2022, hal. 41;
Di Lembah Kehidupan, Berita Harian, 31hb. Oktober, 2021, hal.42;
Mari Kita Bina Sebuah Impian, Mingguan Malaysia, 31hb. Mei, 2023, Hal. 31;
Di Sini Bermulanya Erti Kebebasan, Mingguan Malaysia, 28hb. Mei, 2023. hal. 31;
Lentera Sebuah Perjuangan, Berita Harian, 2hb. Julai, 2023;
Leluhur Kehidupan, Mingguan Malaysia, 23hb. Julai, 2023, hal. 31;
Mencari Kedamaian, Dewan Sastera, Ogos 2023. hal. 76;
Di Perbatasan Sebuah Perjuangan, Berita Harian, 17hb. September, 2023, hal 38;
Belantara Kehidupan, Mingguan Malaysia, 5hb. November, 2023, hal. 31;
Di Dataran Kemanusiaan, Berita Harian, 26hb. November, 2023, hal. 37;
Di Perbatasan sebuah Perjungan, Mingguan Malaysia, 21hb. Januari, 2024, hal 31;
Bahasa Ialah Bintang-bintang Mengerdip Di Angkasa, Dewan Bahasa, Mac 2024, hal. 9.
Jaka Sembung adalah tokoh pendekar silat dalam komik karya Djair Warni Komik silat adalah Komik Indonesia yang memiliki latar belakang cerita atau tema silat. Komik ini ada yang berlatar belakang cerita pada suatu zaman antah berantah dan ada sebagian lagi yang menggunakan latar belakang cerita pada masa Majapahit, zaman Islam dan kolonial. Selain itu, banyak juga komik silat yang menggunakan latar kedaerahan dan wilayah di nusantara. Kemunculan komik jenis silat di Indonesia tidak terlepas d...
1957 novel by Jim Thompson The Kill-Off First editionAuthorJim ThompsonCountryUnited StatesLanguageEnglishGenreCrime fictionPublisherLion BooksPublication date1957 The Kill-Off is an American crime novel by Jim Thompson first published in 1957, and reprinted by Vintage Crime/Black Lizard in 1999. The novel is a bleak tale of murder in a small, dying resort town being torn apart by gossip, racism, incest (actual or alleged), alcoholism and financial difficulties. It was adapted into a film in ...
Mary PhilbinPhilbin pada sekitar tahun 1920LahirMary Loretta Philbin(1902-07-16)16 Juli 1902Chicago, Illinois, Amerika SerikatMeninggal7 Mei 1993(1993-05-07) (umur 90)Huntington Beach, California, Amerika SerikatPekerjaanAktrisTahun aktif1918–1930PasanganPaul Kohner (1923–1927) Mary Loretta Philbin (16 Juli 1902 – 7 Mei 1993)[1][2] adalah seorang pemeran film Amerika Serikat pada era film bisu. Ia dikenal karena memerankan peran Christine Daaé d...
Inscription in the Roman Forum, dedicated by Lucius Valerius Septimius Bassus, praefectus urbi of Rome in 379 or 383 Lucius Valerius Septimius Bassus (c. 328 - aft. 379 or 383) was a Roman politician. Life He was the son of Valerius Maximus and first wife Septimia Bassa. He was praefectus urbi Romae under the emperors Gratian, Valentinian II and Theodosius I, between 379 (the year of Thedosius's ascension) and 383 (the year of Gratian's death). He possibly married Adelphia, as their son's nom...
Italian Renaissance humanist (c. 1407–1457) Portrait of Valla made for Jean-Jacques Boissard's Icones quinquaginta virorum illustrium in 1597–1599 Lorenzo Valla (Italian: [loˈrɛntso ˈvalla]; also Latinized as Laurentius; c. 1407 – 1 August 1457) was an Italian Renaissance humanist,[1] rhetorician, educator and scholar. He is best known for his historical-critical textual analysis that proved that the Donation of Constantine was a forgery, therefore attack...
Artikel ini tidak memiliki referensi atau sumber tepercaya sehingga isinya tidak bisa dipastikan. Tolong bantu perbaiki artikel ini dengan menambahkan referensi yang layak. Tulisan tanpa sumber dapat dipertanyakan dan dihapus sewaktu-waktu.Cari sumber: Ali Suavi – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR Ali Suavi (1838-1878) ialah seorang pemberontak dan penulis. Ia menulis di surat kabar Muhbir pada tahun 1866, melarikan diri ke Eropa pada t...
Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada November 2022. Untuk orang lain dengan nama yang sama, lihat Frank Crane. Frank Hall CraneCrane pada 1918Lahir(1873-01-01)1 Januari 1873San Francisco, California, Amerika SerikatMeninggal1 September 1948(1948-09-01) (umur 75)Los Angeles, California, Amerika Ser...
American college basketball season This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: 2016–17 Saint Peter's Peacocks men's basketball team – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (February 2024) (Learn how and when to remove this template message) 2016–17 Saint Peter's Peacocks men's basketballCIT cha...
Pacific DivisionAltri nomiSmythe Division Sport Hockey su ghiaccio TipoCampionato per club FederazioneNational Hockey League Parte diWestern Conference Paese Canada Stati Uniti OrganizzatoreNational Hockey League CadenzaAnnuale Partecipanti8 StoriaFondazione1993-1994 Detentore Anaheim Ducks Record vittorie San Jose Sharks Anaheim Ducks (6) Modifica dati su Wikidata · Manuale La Pacific Division della National Hockey League venne formata nel 1993 come parte della...
1591 siege of the Eighty Years' War Siege of KnodsenburgPart of the Eighty Years' War & the Anglo–Spanish WarMap showing the relief of Knodsenburg, 1591 by Bartholomeus DolendoDate21 – 25 July 1591LocationKnodsenburg, Betuwe, near Nijmegen(present-day the Netherlands)51°51′18″N 5°51′51″E / 51.8549°N 5.8641°E / 51.8549; 5.8641Result Dutch and English victory[1][2]Belligerents Dutch Republic EnglandScotland Spanish EmpireCommande...
Aero Lloyd ИАТАYP (LL) ИКАОAEF ПозывнойAERO LLOYD Тип общество с ограниченной ответственностью Дата основания 1980 Прекращение деятельности октябрь 2003 Хабы Франкфурт-на-Майне Размер флота 49 Материнская компания BayernLB Штаб-квартира Германия, Оберурзель, Лессингштрассе 7-9 Сайт web.archive...
Joshuah Bearman Joshuah Bearman menulis untuk Rolling Stone, Harper's, Wired, The New York Times Magazine, The Believer, dan McSweeney's, dan berkontribusi pada This American Life. Bearman menjadi produser kontributor pada dokumenter, The King of Kong: A Fistful of Quarters. Bearman adalah anggota badan penasehat 826LA, sebuah organisasi pengajaran nirlaba di Los Angeles. Ia tinggal di Los Angeles, California, dan berkarya pada sebuah buku untuk Farrar, Straus, and Giroux.[1][2...
Dune that occurs on the top of a cliff This article relies largely or entirely on a single source. Relevant discussion may be found on the talk page. Please help improve this article by introducing citations to additional sources.Find sources: Cliff-top dune – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (March 2012) Cliff-top dunes, also known as perched dunes, are dunes that occur on the tops of cliffs. They are uncommon in most parts of the world, be...
Italian association football club based in Ferrara, Emilia-Romagna For the police service, see Longueuil Agglomeration Police Service. Football clubS.P.A.L.Full nameSocietà Polisportiva Ars et Labor S.r.l.Nickname(s)I Biancazzurri (The White and Blues)[1]Gli Estensi (The House of Este)[2]Founded1907; 117 years ago (1907) (Circolo Ars et Labor)2005; 19 years ago (2005) (refounded)2012; 12 years ago (2012) (refounded)Gr...
For related races, see 1988 United States gubernatorial elections. 1988 North Dakota gubernatorial election ← 1984 November 8, 1988 1992 → Nominee George A. Sinner Leon Mallberg Party Democratic–NPL Republican Running mate Lloyd Omdahl Donna Nalewaja Popular vote 179,094 119,986 Percentage 59.9% 40.1% County resultsSinner: 50–60% 60–70% 70–80%Mallberg: ...
Dorothée Wilhelmine de Saxe-ZeitzTitres de noblesseDuchesseDuchesseBiographieNaissance 20 mars 1691Schloss Moritzburg (en)Décès 17 mars 1743 (à 51 ans)CasselSépulture Église Saint-Martin de Cassel (en)Nom dans la langue maternelle Dorothea Wilhelmine von Sachsen-ZeitzFamille Branche albertinePère Maurice-Guillaume de Saxe-ZeitzMère Marie Amélie de BrandebourgConjoint Guillaume VIII de Hesse-Cassel (à partir de 1717)Enfants Frédéric II de Hesse-CasselMaria Amalie of ...
American congressionally chartered fraternal organization Sons of Union Veterans of the Civil WarAbbreviationSUVCWPredecessorGrand Army of the RepublicEstablishedOrganized November 12, 1881, chartered by Congress on August 20, 1954TypePatriotic-Hereditary societyLegal statusCongressionally chartered non-profit corporationPurposeHistorical, benevolentHeadquartersHarrisburg, PennsylvaniaMembership (2022) 6,574Commander-in-ChiefPeter J. HritskoSenior Vice Commander-in-ChiefKevin L. MartinJunior ...
Grotte di LascauxUri dipinti su una parete della grottaStato Francia Regione Nuova Aquitania ComuneMontignac (Dordogna) Altitudine180 m s.l.m. Profondità30 m Lunghezza235 m OrigineCarsica Uso abitativoMagdaleniano, 19 000 - 15 000 BP Data scoperta12 settembre 1940 Apertura al pubblico1946 Coordinate45°02′57″N 1°10′34″E45°02′57″N, 1°10′34″E Grotte di Lascaux Modifica dati su Wikidata · Manuale Bene protetto dall'UNESCOGrotte d...