Rencana ini mengenai kawasan geografi di Asia Selatan. Untuk kegunaan lain nama ini, sila lihat
Punjab .
Rantau Punjab
Wilayah Punjab (India British) , 1909
Dialek Punjabi
Punjab (disebut /ˈpʌndʒɑːb/ ( dengar ) atau /ˈpʌndʒæb/ ; Punjabi : ਪੰਜਾਬ , پنجاب , Urdu : پنجاب , Hindi : पंजाब ), juga dieja Panjab (Parsi : پنجاب , panj-āb , "lima air "),[ 1] ialah satu rantau geografi terletak di kiri kanan sempadan antara Pakistan dan India yang termasuk wilayah Punjab di Pakistan dan negeri Punjab , Haryana , Himachal Pradesh , Chandigarh dan Delhi di India.[ 2] Nama rantau ini datangnya daripada bahasa Parsi dan menandakan "(Tanah) Lima Air" merujuk kepada sungai-sungai berikut: Jhelum , Chenab , Ravi , Sutlej dan Beas .[ 3] Semuanya merupakan cawang Sungai Indus , di mana Jhelum merupakan yang terbesar. Punjab memiliki sejarah panjang dan warisan budaya kaya. Orang rantau Punjab dipanggil Punjabi dan bahsa mereka dipanggil Punjabi . Agama utama rantau Punjab adalah Islam , Sikhisme dan Hinduisme .
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar