Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Jawi: راج زاريث صوفيا بنتي المرحوم سلطان إدريس شاه; diputerakan pada (1959-08-14)14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-17 dan Permaisuri Johor. Baginda adalah isteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden yang ke-5. Baginda juga adalah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris al-Mutawwakil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.
Pendidikan
Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Bachelor's of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Sarjana Sastera atau Master's of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]
Keluarga
Raja Zarith Sofiah merupakan anakanda ketujuh dan puteri ketiga kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II. Bonda baginda, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[5]
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkahwin dengan baginda pada tahun 1982. Mereka dikurniakan lima orang putera dan satu puteri iaitu:
Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Tun Aminah (1986), Tunku Idris Iskandar (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993) dan Tunku Abu Bakar (2001).
Gelaran diraja
Ketika menjadi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.
Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010, suami baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
Kerabat dan keluarga
Raja Zarith Sofiah telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada tahun 1982. Baginda berdua dikurniakan dengan 5 orang putera dan seorang puteri.
Nama |
Keputeraan |
Tempat Keputeraan |
Umur |
Kemangkatan |
Tarikh berkahwin |
Pasangan diraja |
Anakandanya
|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail |
(1984-06-30)30 Jun 1984 |
Johor, Malaysia |
40 tahun, 6 bulan dan 25 hari |
- |
24 Oktober 2014 |
Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam |
- YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah - DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah
|
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah |
(1986-04-08)8 April 1986 |
Johor |
38 tahun, 9 bulan dan 16 hari |
- |
14 Ogos 2017 |
Dato' Dennis Muhammad Abdullah |
- Layla Sofiah - Anak kedua (nama belum diketahui)
|
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail |
(1987-12-25)25 Disember 1987 |
Johor |
37 tahun dan 30 hari |
- |
- |
- |
|
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar |
(1990-07-05)5 Julai 1990 |
Johor |
5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25) |
Tidak pernah berkahwin
|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri |
(1993-02-05)5 Februari 1993 |
Johor |
31 tahun, 11 bulan dan 19 hari |
- |
- |
- |
|
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar |
(2001-05-30)30 Mei 2001 |
Johor |
23 tahun, 7 bulan dan 25 hari |
- |
- |
- |
|
Minat
Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.
Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".
Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[6]
Terasul dan gelaran
- 14 Ogos 1959 - 4 Januari 1963: Yang Mulia Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
- 5 Januari 1963 - 22 September 1982: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
- 22 September 1982 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 31 Januari 1984 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 23 Januari 2010 - 22 November 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Paduka Suri Sultan Johor
- 22 November 2010 - 23 Mac 2015: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah[7]
- 23 Mac 2015 - 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
- 31 Januari 2024 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVII Raja Zarith Sofiah[8]
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, D.K., D.M.N., S.P.M.J., S.M.I.J., P.S.I., D.K. (Perak), S.P.C.M.
Penghargaan
Penghargaan Johor
Penghargaan Persekutuan dan Negeri
Ijazah Kehormat
Rujukan
Pautan luar