Pulai penipu, pulai bukit, pulai betul, pulai hitam atau akar lumut;[2] dengan nama saintifik Alstonia angustiloba ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Apocynaceae.
Penerangan
Pulai penipu ialah sejenis pokok yang besar, rendang dan berkayu ringan yang mana sesuai untuk dibuat perahu. Ia membesar sehingga 40 meter (130 ka) tinggi, dengan diameter batang sehingga 60 sentimeter (24 in).[3] Batangnya lurus dengan kulit berwarna kelabu atau perang. Akarnya jenis banir.[3] Daunnya tunggal, berbentuk jorong sampai bundar telur terbalik, permukaan bawahhya berwarna putih dan berbau wangi.[3]
Bunganya harum dan pelbagai warna iaitu putih, kuning atau krim. Buah pulai penipu berpasangan berbentuk silinder dengan panjang sehingga 35 sentimeter (14 in) serta berwarna perang.[4][3]
Taburan dan habitat
Alstonia angustiloba tempatan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera dan Jawa.[1] Ia boleh dijumpai di bermacam habitat dari paras laut hingga ketinggian altitud 200 meter (700 ka).[4] Ia boleh tumbuh di tanah liat atau tanah berpasir.[3]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar