Psyche Oh! A Go Go: Lost Gems of Malaysia/Singapore Pop Music '64–'74 (Melayu: Psyche Oh! A Go Go: Permata Muzik Pop Malaysia/Singapura Yang Hilang '64–'74code: ms is deprecated ) ialah buku Malaysia 2020 ditulis bersama oleh Adly Syairi Ramly dan Naza Mohamad terbitan Obscura Malaysia dengan kerjasama Sputnik Rekordz. Buku ini mendokumentasikan khazanah muzik Malaysia dan Singapura yang telah dilupakan dan memuatkan profil ringkas penyanyi dan kumpulan muzik yang muncul di Malaysia dan Singapura antara 1964 dan 1974.[1][2][3]
Ringkasan
Buku ini ditulis oleh bekas wartawan muzik, Adly Syairi Ramly dan vokalis kumpulan The Times merangkap pemilik Sputnik Rekordz, Natazar "Naza" Mohamad dan diterbitkan oleh Obscura Malaysia. Ia dicetak dengan kulit keras oleh Vivar Printing dengan kod ISBN 978-967-16175-4-0, manakala rekabentuknya dihasilkan oleh Cultkids. Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, Naza berkata mengenai buku ini:
"Saya tidak mengharapkan apa-apa impak dari buku ini, cuma ingin berkongsi dengan masyarakat sebanyak mungkin mengenai kemeriahan muzik kita dahulu. Bila orang baca buku ini, saya harap mereka akan teroka sendiri muzik-muzik lama ini,".[1]
Bersama-sama dengan Adly, Naza telah menyenarai pendekkan 100 EP dan single 7" dari koleksi peribadi beliau. Untuk ini, Naza menjual kemeja-T vintaj miliknya bagi membiayai penerbitan buku ini.[4] Penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan tempoh kuarantin seluruh negara memberi peluang kepada Naza dan Adly untuk merealisasikan idea untuk menerbitkan Psyche Oh! A Go Go.[5]
Psyche Oh! A Go Go merupakan himpunan khazanah muzik Malaysia dan Singapura yang telah kehilangan maklumat rasmi. Buku ini menghimpunkan profil 100 penyanyi dan kugiran Malaysia dan Singapura yang muncul dalam tempoh 10 tahun, termasuk Rudyn Al-Haj, Adnan Othman & The Wanderers, A. Halim & De' Fictions, Fatimah Ismail dan Rubiah Lubis.[6]
Keluaran dan sambutan
Psyche Oh! A Go Go pada asalnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada 18 April 2020 sempena Hari Kedai Rekod, namun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.[7] Sebelum pelancaran rasmi, buku ini telah terjual sebanyak 1,500 unit selepas pratempahan dibuka pada Jun.[1] Pada asalnya, buku ini hanya dirancang untuk dicetak sebanyak 300 salinan sahaja, namun kesemuanya telah ditempah dalam tempoh 24 jam.[1] Buku ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2020, dengan majlis pelancaran diadakan pada 24 Ogos di Vans Store, Pavilion Kuala Lumpur. Buku ini turut disertakan dengan satu salinan CD yang mengandungi kompilasi 22 lagu lama yang jarang dijumpai, yang dipilih oleh Naza dan Adly.[8]
Lagu
Berikut ialah senarai 22 lagu yang dipilih oleh Naza dan Adly Syairi yang dimuatkan dalam kompilasi Psyche Oh! A Go Go.[9]
Adly Syairi Ramly & Naza Mohamad (2020). Psyche Oh! A Go Go: Lost Gems of Malaysia/Singapore Pop Music '64–74 (dalam bahasa Inggeris). Obscura Malaysia & Sputnik Rekordz. ISBN9789671617540.