Proton Persona (BH)


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Proton Persona/Proton Menendang (BH)
Generasi ketiga
Maklumat
PengilangProton
Juga dikenaliProton P2-31A
PengeluaranOgos 2016–sekarang
PemasanganMalaysia: Proton City (PTMSB)
PendahuluProton Persona (CM)
KelasKereta subkompak (B)
Gaya badanSedan empat pintu
Reka letakEnjin depan, pacuan roda hadapan
Enjin1.6 L VVT S4PH DOHC I4
Penghantaran5-speed manual
CVT automatik
Jarak roda2,555 mm (100.6 in)
Panjang4,387 mm (172.7 in)
Lebar1,722 mm (67.8 in)
Tinggi1,554 mm (61.2 in)
Berat Kerb1,155–1,210 kg (2,546–2,668 lb)
BerkaitProton Iriz
Pereka bentukAzlan Othman

Proton Persona (BH) atau Proton Menendang, dengan kod nama persona lipas merupakan sebuah sedan bersegmen-B yang direkabina oleh pengeluar kenderaan tempatan Proton. Siri BH ini menwakili generasi ketiga dan terbaru dari siri Proton Persona. Kenderaan ini dirasmikan pada tanggal 23 Ogos 2016 sebagai pengganti rasmi bagi Persona CM.

Persona BH ini berasaskan platform Proton Iriz yang diperluaskan Ia juga berkongsi enjin VVT 1.6 liter dengan struktur asas Proton Iriz, namun luarannya telah direkayasa semula untuk menampilkan persona yang berbeza. Dalaman kenderaan kebanyakannya tidak jauh berubah dari Iriz, tetapi yang membezakannya hanya dua lapis tema warna.

Persona BH ini adalah satu kelas kecil daripada CM persona, namun ia menawarkan ruangan kepala yang lebih banyak, ruangan kaki yang boleh dibandingkan, dan ruangan but yang jauh lagi besar. Kereta serba baharu ini juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak, dan lebih canggih daripada model CM yang lama. Ia merupakan antara model terbaru yang bercirikan konsep USP terbaru Proton yakni 'keselamatan yang mampu dimiliki', malahan juga semua variasi Persona BH telah dianugerahkan dengan kedudukan lima bintang oleh ASEAN NCAP.


Sejarah

Pasca pelancaran

Proton Persona generasi ketiga (BH) telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos 2016 di Setia City Convention Centre di Shah Alam, Malaysia.[1] Majlis pelancaran telah diliputi dalam satu siaran langsung eksklusif oleh paultan.org , dan telah diluluskan oleh Dato' Sri Mustapa bin Mohamed bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[2][3]

Persona BH baru adalah model Proton terbaru yang menggunakan plat nama yang sedia ada, dan secara langsung menggantikan second generation Persona (CM) yang telah dihasilkan bermula pertengahan 2007 hingga pertengahan 2016. Pelancaran BH Persona datang kira-kira dua tahun selepas kereta kembarnya, yakni Proton Iriz.

BH Persona berkongsi platform, struktur asas, rangkaian kuasa dan dalaman Iriz, tetapi reka bentuk luarannya telah direkayasa semula sepenuhnya dalam usaha untuk membezakan dirinya sebagai model yang berbeza. [4] Proton juga telah membuat beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) dalam enjin VVT 1.6 liter.[5] CVT juga telah diperhalusi bagi pemanduan yang lebih lancar.

Pada waktu pelancaran, kereta Persona baharu ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard Manual, Standard CVT, Executive CVT dan Premium CVT. Semua varian Persona BH dilengkapi jaringan keselamatan sistem kawalan dinamik kenderaan (VDC), 'ECO Drive Assist', sensor parkir depan dan belakang dan rim tayar aloi 15 inci. [6] Pelbagai tahap trim ditawarkan berbeza terutamanya dari segi penambahbaikan kit dan kosmetik, dan sebaliknya secara mekanikal semua model adalah sama dengan pengecualian bilangan beg udara.

Beg udara depan berkembar terdapat dalam varian Standard dan Executive, manakala untuk model Premium ditambah pula dengan beg udara sisi berkembar dan beg udara langsir berkembar untuk mencapai jumlah enam beg.[7] ASEAN NCAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang penuh bagi semua varian BH Persona.[8] Julat harga ditawarkan dalam lingkungan RM46,350 sehingga RM60,800.[1]

Sehingga 19 September 2016, Proton telah menerima 8,000 tempahan untuk Persona baru, di mana 2,000 telah dihantar.[9][10] Daripada jumlah 8,000, 45% adalah untuk varian Premium, bertentangan dengan ramalan asal Proton di mana model asas Standard dijangka menjadi penjual terbaik. [10] Selain itu, 35% daripada tempahan adalah untuk warna Carnelian Brown, dan lagi 5% adalah untuk edisi terhad model Premium SE.[10] Proton menyasarkan jualan antara 3,000 dan 4,000 unit sebulan.[9]

Lihat juga

Proton Iriz, kereta hatchback yang sepadan

Anugerah dan pengiktirafan

  • Kereta Kompak Terbaik - Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016[11]
  • Model Paling Meningkat dari Segi Kecekapan Bahan Api - Anugerah Kereta Tahunan (COTY) Malaysia 2016[12]
  • Kompak Sedan (Pemenang Gangsa) - Anugerah Pilihan Ramai Carlist.my 2018[13]

Rujukan

  1. ^ a b Gerard Lye (23 Ogos 2016). "2016 Proton Persona officially launched, RM46k-60k". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Jonathan Lee (22 Ogos 2016). "2016 Proton Persona – watch the launch live tomorrow from 11:45am onwards, exclusively on paultan.org". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Paul Tan (24 Ogos 2016). "2016 Proton Persona Launch Live Coverage". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Danny Tan, Hafriz Shah (23 Ogos 2016). "VIDEO: 2016 Proton Persona 1.6L walk-around tour". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Jonathan Lee (12 Ogos 2016). "DRIVEN: 2016 Proton Persona first impressions review – improved CVT response and NVH levels". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Jonathan Lee (25 Ogos 2016). "GALLERY: Proton Persona spec-by-spec comparison". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Danny Tan (24 Ogos 2016). "New Proton Persona 5-star ASEAN NCAP body cutout". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Gerard Lye (23 Ogos 2016). "2016 Proton Persona awarded 5-star ASEAN NCAP safety rating; ESC, minimum two airbags across range". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ a b Eric Goh (15 September 2016). "Proton receives 7,000 bookings for the all-new Persona". autofreaks.com / Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2016. Dicapai pada 15 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ a b c Danny Tan (19 September 2016). "Proton Persona bookings reach 8,000 units, 2,000 delivered – 45% orders for the Premium variant". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2016. Dicapai pada 20 September 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ [1]
  12. ^ [2]
  13. ^ https://www.carlist.my/caroftheyear/results

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "CM Persona SV review autoworld.com.my" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BH Persona pre-launch specs paultan.org" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BH Persona Safety 360 Part 2 paultan.org" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Proton CamPro family 2016/17 paultan.org" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BH Persona vs. CM Persona carlist.my" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Iriz pre-launch specs nst.com.my" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Proton Persona database carbase.my" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar