Projek: High Council ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 ciptaan Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai pengarah bersama Zulaikha Zakaria.[1][2][3] Dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim dan Daiyan Trisha, drama ini merupakan susulan kepada Projek: Anchor SPM (2021), dan mengisahkan kisah gengsterisme dan buli dalam sebuah sekolah berasrama penuh yang diambil daripada inspirasi kisah benar. Siri drama ini disiarkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro GO dari 14 Januari sehingga 18 Mac 2023 dan di Astro Ria pada 23 Januari hingga 27 Mac 2023.[4][5][6] Ia juga dikenali kerana membawa dua pelakon utamanya, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf ke puncak kemasyhuran.
Sinopsis
Fakhri dan Naim ialah dua beradik yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua menyertai sebuah pertandingan tradisi yang dipanggil "Pilihanraya" yang diadakan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang gelanggang itu akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.
Demi mengubah niatnya pada usia 15 tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak, sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki KUDRAT. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah itu, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin mengukuhkan hierarki "High Council". Bertekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri menyertai gelanggang "plihanraya", bagi menentukan ‘KAPLA’ di sekolah tersebut walaupun pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya.
Pelakon
Pelakon utama
Mierul Aiman sebagai Fakhri Ismet, adik kepada Naim dan pelajar baru KUDRAT[1][7]
Danish Hazriq sebagai Danial, pelajar yang sering dibuli oleh Ariz
Episod
No.
Tajuk
Tarikh siaran di Astro GO
Tarikh siaran di Astro Ria
1
"Manifesto"
14 Januari 2023 (2023-01-14)
23 Januari 2023 (2023-01-23)
2
"Of Mice And Men"
21 Januari 2023 (2023-01-21)
30 Januari 2023 (2023-01-30)
3
"Bad Roots"
28 Januari 2023 (2023-01-28)
6 Februari 2023 (2023-02-06)
4
"Laid Bare"
4 Februari 2023 (2023-02-04)
13 Februari 2023 (2023-02-13)
5
"Ashes To Ashes"
11 Februari 2023 (2023-02-11)
20 Februari 2023 (2023-02-20)
6
"Predators"
18 Februari 2023 (2023-02-18)
27 Februari 2023 (2023-02-27)
7
"Power Trip"
25 Februari 2023 (2023-02-25)
6 Mac 2023 (2023-03-06)
8
"Kingdom Of Flies"
4 Mac 2023 (2023-03-04)
13 Mac 2023 (2023-03-13)
9
"Parallels"
11 Mac 2023 (2023-03-11)
20 Mac 2023 (2023-03-20)
10
"Men Don’t Cry"
18 Mac 2023 (2023-03-18)
27 Mac 2023 (2023-03-27)
Runut bunyi
Projek: High Council telah dimuatkan dengan dua lagu tema bertajuk "Test Drive" nyanyian Firdaus Rahmat hasil ciptaan Iqie Hugh, Firdaus sendiri dan Omar K dan dikeluarkan oleh World Peace Entertaiment dan "KUDRAT" nyanyian Sekumpulan Orang Gila dan Naim Daniel hasil ciptaan Raja Nazrin Shah, Raja Nazmin Shah (Adek) dan Naim sendiri. Kedua-dua lagu ini boleh distrim di semua platform digital.[12][13]
Penggambaran dijalankan pada pertengahan 2022 selepas pra-penerbitan dijalankan selama hampir setahun. Nadhir Nasar dan Daiyan Trisha yang sebelum ini berlakon dalam Projek: Anchor SPM, kembali menjayakan francais Projek kedua, tetapi melakonkan watak berbeza masing-masing.
Siaran
Projek: High Council memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 14 Januari 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 23 Januari 2023 setiap Isnin.[14]
Projek: High Council mendapat teguran daripada Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu ciapan di Twitter, yang mendapati terlalu banyak adegan merokok dan keterlaluan dalam drama ini.[17] Selain itu, PHM turut mempersoalkan jika terdapat ‘tangan ghaib’ yang meminta pasukan penerbitan untuk memasukkan banyak adegan merokok dalam drama ini.[18]Naim Daniel yang memegang watak Ayam dalam Projek: High Council, kemudian memberi respon tentang isu tersebut.[19]
Pada 4 April 2023, seorang penuntut universiti berusia 22 tahun telah didenda RM600 selepas didapati bersalah memuat naik pautan haram drama tersebut di peranti miliknya. Astro menerusi satu kenyataan menyatakan, laporan polis telah dibuat pada 14 Februari.[20]