Premarin merupakan nama komersial untuk sejenis ubat yang terdiri khusus daripada estrogen-estrogen berkonjugat. Ia diasingkan daripada urinkuda betina bunting (pregnant mares' urine), dan dikilangkan oleh syarikat WyethPharmaceuticals (dinaungi oleh Pfizer sejak Januari 2009) dan dipasarkan sejak tahun 1942. Ia terdapat dalam bentuk suapan mulut (0.3/0.45/0.625/0.9/1.25 mg), IV, dan topikal (faraj).[1]