Wyeth, LLC merupakan sebuah syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan di Philadelphia, Pennsylvania, pada 1860 sebagai John Wyeth and Brother. Ia kemudian pada 1930an, dikenali sebagai American Home Products, sebelum bertukar nama kepada Wyeth pada 2002. Ibu pejabatnya berpindah ke Collegeville, Pennsylvania dan Madison, New Jersey, sebelum dipisahkan dengan Pfizer di New York City sebelum pengabungan pada 2009. Kebanyakan aset farmaseutikal Wyeth telah diperoleh oleh Pfizer pada 2009, sementara perniagaan pemakanan bayi telah diperoleh oleh Nestlé pada 2012.