Phil Harris |
---|
|
Kelahiran | (1956-12-19)19 Disember 1956[1]
|
---|
Meninggal dunia | 9 Februari 2010(2010-02-09) (umur 53)
|
---|
Pekerjaan | Kapten di atas F/V Cornelia Marie |
---|
Phillip Charles Harris (19 Disember, 1956 – 9 Februari, 2010) adalah seorang kapten warganegara Amerika Syarikat dan rakan kongsi bagi kapal nelayan Cornelia Marie, yang mana dipaparkan di dalam siri-siri dokumentari TV realiti di saluran Discovery Channel, Deadliest Catch. Beliau mengalami serangan strok yang teruk semasa memunggah keluar ketam di pelabuhan Pulau Saint Paul, Alaska, pada 29 Januari, 2010. Meskipun kesihatan beliau menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, Phil meninggal dunia pada 9 Februari, 2010, semasa masih dalam rawatan di hospital. Beliau pada waktu itu berumur 53 tahun.[1][3][4]
Episod Deadliest Catch yang memaparkan saat-saat kematian Kapten Phil muncul ke udara pada 20 Julai, 2010, diikuti dengan satu episod penghargaan khas kepada beliau.
Rujukan
Pautan luar