Industri perikanan ialah kegiatan komersil yang selalunya bertujuan membekalkan ikan dan makanan laut lain untuk kegunaan manusia atau sebagai bahan mentah industri lain dan tidak berfokus di dalam negara sahaja.
Perikanan ataupun kegiatan 'menangkap ikan' termasuk juga aktiviti memancing, menjala, membubu dan menahan pukat. Perikanan komersil membabitkan perikanan laut dalam dan penangkapan ikan secara banyak dengan bantuan pukat tunda. Walau bagaimanapun, pukat tunda hasil daripada perikanan komersil ini boleh menyebabkan pemusnahan habitat batu karang dan hidupan laut serta sekaligus menyebabkan pencemaran kawasan tepi pantai. Oleh itu, kini terdapat juga program ternakan ikan sama ada ikan air masin atau air tawar.