Peristiwa kepupusan Eosen-Oligosen

KambriaOrdovisiSiluresDevonKarbon (geologi)PermTriasJuraKapurPaleogenNeogen
E-OG
Kepadatan kepupusan laut sepanjang Fanerozoik
%
Juta tahun yang lalu
KambriaOrdovisiSiluresDevonKarbon (geologi)PermTriasJuraKapurPaleogenNeogen
Eocene–Oligocene extinction is labeled E– OG.

Peristiwa kepupusan Eosen-Oligosen, juga dikenali sebagai peralihan Eosen-Oligosen (EOT) atau Grande Coupure (istilah Bahasa Perancis yang bermaksud "putusan besar"), ialah peralihan antara penghujung Eosen dan permulaan Oligosen, yang merupakan peristiwa kepupusan dan pemusinggantian fauna yang berlaku antara 33.9 dan 33.4 juta tahun dahulu.[1] Ia ditandakan dengan kepupusan berskala besar serta pemusinggantian flora dan fauna, walaupun ia agak kecil berbanding dengan beberapa kepupusan besar-besaran terbesar yang lain.[2]

Punca

Pengglasieran

Sempadan antara epok Eosen dan epok Oligosen ditandai dengan pengglasieran benua Antartika dan akibatnya bermulanya Zaman Ais Senozoik Akhir.[3] Peralihan hebat dari segi rangka iklim ini merupakan calon utama untuk punca peristiwa kepupusan. Walaupun lembaran ais yang tidak kekal mungkin wujud di benua Antartika semasa bahagian Eosen Pertengahan dan Akhir,[4] selang penyejukan global yang teruk ini menandakan permulaan liputan lembaran ais kekal di benua Antartika,[5][6] dan dengan itu berakhir iklim rumah hijau peringkat Paleogen Awal.[7] Penyejukan global juga dikaitkan dengan keadaan pengeringan yang ketara di latitud rendah benua Asia,[8] walaupun perhubungan bersebab akibat antara dua perkara tersebut telah dicanggah oleh beberapa penyelidikan.[9]

Model penyejukan iklim terkemuka pada masa ini meramalkan penurunan karbon dioksida atmosfera, yang perlahan-lahan merosot sepanjang peringkat Eosen Pertengahan sehingga ke Akhir.[10][11][12] Penyejukan yang ketara berlaku dalam ratusan ribu tahun terakhir sebelum permulaan pengglasieran utama di benua Antartika.[13] Penyejukan ini mencapai beberapa ambang kira-kira 34 juta tahun yang lalu,[14][15][4] mencetuskan pembentukan lembaran ais yang besar di Antartika Timur sebagai tindak balas terhadap kejatuhan paras karbon dioksida.[16][17] Punca penurunan <i id="mwXw">p</i>CO <sub id="mwYA">2</sub> ialah penghanyutan Benua Kecil India ke latitud khatulistiwa, menyebabkan luluhawa silikat di Perangkap Deccan.[18] Antara faktor lain ialah pembukaan Laluan Drake dan pembentukan Arus Lilitan Antartika (ACC), yang mempunyai kesan terhadap penciptaan gir lautan yang menggalakkan penjulangan air dasar sejuk dan mengurangkan pengangkutan haba ke benua Antartika dengan mengasingkan air di sekelilingnya.[19] Pada masa yang sama, Gerbang Tasmania juga dibuka sekitar masa EOT.[20] Perubahan peredaran laut, bagaimanapun, tidak begitu ketara dalam menghasilkan penyejukan seperti penurunan pCO2.[21] Selain itu, jangka masa penciptaan ACC masih tidak pasti.[22]

Bukti menunjukkan pengglasieran Antartika berlaku dalam dua tahap. Tahap pertama merupakan tahap yang kurang jelas dan lebih sederhana antara kedua-dua tahap pengglasieran, berlaku pada sempadan masa Eosen-Oligosen itu sendiri. Tahap pertama ini dirujuk sebagai EOT-1.[4] Kepekatan karbon dioksida menurun daripada kira-kira 885 ppm kepada kira-kira 560 ppm.[23] Peristiwa Oligosen Oi-1, yakni peristiwa membabitkan ekskursi isotop oksigen yang berlaku sekitar 33.55 juta tahun dahulu,[24] merupakan nadi utama kedua pembentukan kepingan ais Antartika. [4]

Perubahan iklim yang besar ini telah dikaitkan dengan pemusinggantian biota. Malah sebelum tibanya sempadan masa Eosen-Oligosen itu sendiri, semasa peringkat Priabonian awal, kadar kepupusan meningkat seiring dengan penurunan suhu global.[23] Makhluk unisel radiolaria mengalami kekurangan populasi mendadak disebabkan penurunan ketersediaan nutrien di perairan tengah dan perairan dalam lautan.[25] Di Teluk Mexico, pemusinggantian marin dikaitkan dengan perubahan iklim, walaupun punca utama menurut kajian itu bukanlah penurunan suhu purata itu sendiri tetapi sebaliknya berkaitan dengan musim sejuk yang lebih sejuk dan peningkatan peralihan musim.[2]

Di daratan pula, peningkatan peralihan musim yang disebabkan oleh penyejukan mendadak ini menyebabkan peristiwa pusing ganti fauna Grande Coupure di Eropah.[26] Di Lembangan Ebro, kekeringan besar berlaku sewaktu peristiwa Grande Coupure, menunjukkan penghubungkaitannya.[1] Tempoh penyejukan yang luar biasa di lautan dikaitkan dengan penggantian fauna mamalia yang ketara di benua Asia juga. Peristiwa penyusunan semula biota Asia adalah setanding dengan Grande Coupure di Eropah serta pembentukan semula komuniti mamalia di Mongolia.[27]

Kesan dari luar angkasa

Terdapat spekulasi lain menunjukkan yang beberapa hentaman meteorit besar berlaku lebih kurang pada masa ini, termasuk kawah Teluk Chesapeake pada 40 km (25 bt) dan struktur hentaman Popigai pada 100 km (62 bt) daripada kawasan tengah Siberia, yang menaburkan serpihan mungkin sehingga ke Eropah. Pentarikhan baharu meteor Popigai mengukuhkan kaitannya dengan kepupusan tersebut.[28] Walau bagaimanapun, kajian lain gagal menemui sebarang kaitan antara peristiwa kepupusan dengan sebarang peristiwa impak.[29]

Aktiviti suria

Bekas kitaran tompok matahari dari Lembangan Teluk Bohai (BBB) tidak menunjukkan bukti bahawa sebarang perubahan ketara dalam aktiviti suria berlaku di seluruh EOT.[30]

Rujukan

  1. ^ a b Costa, Elisenda; Garcés, Miguel; Sáez, Alberto; Cabrera, Lluís; López-Blanco, Miguel (15 February 2011). "The age of the "Grande Coupure" mammal turnover: New constraints from the Eocene–Oligocene record of the Eastern Ebro Basin (NE Spain)". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 301 (1–4): 97–107. Bibcode:2011PPP...301...97C. doi:10.1016/j.palaeo.2011.01.005. Dicapai pada 25 August 2022. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EbroBasin" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Ivany, Linda C.; Patterson, William P.; Lohmann, Kyger C. (2000). "Cooler winters as a possible cause of mass extinctions at the Eocene/Oligocene boundary" (PDF). Nature. 407 (6806): 887–890. Bibcode:2000Natur.407..887I. doi:10.1038/35038044. PMID 11057663. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "CoolerWinters" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Lear, Caroline H.; Bailey, Trevor R.; Pearson, Paul N.; Coxall, Helen K.; Rosenthal, Yair (1 March 2008). "Cooling and ice growth across the Eocene-Oligocene transition". Geology (dalam bahasa Inggeris). 36 (3): 251. doi:10.1130/G24584A.1. ISSN 0091-7613. Dicapai pada 1 January 2024.
  4. ^ a b c d Ladant, Jean-Baptiste; Donnadieu, Yannick; Lefebvre, Vincent; Dumas, Christophe (11 August 2014). "The respective role of atmospheric carbon dioxide and orbital parameters on ice sheet evolution at the Eocene-Oligocene transition". Paleoceanography and Paleoclimatology. 29 (8): 810–823. Bibcode:2014PalOc..29..810L. doi:10.1002/2013PA002593. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "LadantDonnadieuLefebvreDumas2014" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Zachos, James C.; Quinn, Terrence M.; Salamy, Karen A. (1996-06-01). "High-resolution (104 years) deep-sea foraminiferal stable isotope records of the Eocene-Oligocene climate transition". Paleoceanography and Paleoclimatology (dalam bahasa Inggeris). 11 (3): 251–266. Bibcode:1996PalOc..11..251Z. doi:10.1029/96PA00571. ISSN 1944-9186. Dicapai pada 17 March 2023.
  6. ^ Shackleton, N. J. (1 October 1986). "Boundaries and Events in the Paleogene Paleogene stable isotope events". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 57 (1): 91–102. Bibcode:1986PPP....57...91S. doi:10.1016/0031-0182(86)90008-8. Dicapai pada 17 March 2023.
  7. ^ Prothero, Donald Ross (May 1994). "The Late Eocene-Oligocene Extinctions". Annual Review of Earth and Planetary Sciences. 22: 145–165. Bibcode:1994AREPS..22..145P. doi:10.1146/annurev.ea.22.050194.001045. Dicapai pada 16 April 2023.
  8. ^ Li, Y. X.; Jiao, W. J.; Liu, Z. H.; Jin, J. H.; Wang, D. H.; He, Y. X.; Quan, C. (2016-02-11). "Terrestrial responses of low-latitude Asia to the Eocene–Oligocene climate transition revealed by integrated chronostratigraphy". Climate of the Past. 12 (2): 255–272. Bibcode:2016CliPa..12..255L. doi:10.5194/cp-12-255-2016. ISSN 1814-9332. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  9. ^ Zhang, Chunxia; Guo, Zhengtang (1 October 2014). "Clay mineral changes across the Eocene–Oligocene transition in the sedimentary sequence at Xining occurred prior to global cooling". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 411: 18–29. Bibcode:2014PPP...411...18Z. doi:10.1016/j.palaeo.2014.06.031. ISSN 0031-0182. Dicapai pada 25 December 2023 – melalui Elsevier Science Direct.
  10. ^ Villa, Giuliana; Fioroni, Chiara; Persico, Davide; Roberts, Andrew P.; Florindo, Fabio (20 December 2013). "Middle Eocene to Late Oligocene Antarctic glaciation/deglaciation and Southern Ocean productivity". Paleoceanography and Paleoclimatology. 29 (3): 223–237. doi:10.1002/2013PA002518.
  11. ^ Cappelli, C.; Bown, P. R.; Westerhold, T.; Bohaty, S. M.; De Riu, M.; Loba, V.; Yamamoto, Y.; Agnini, C. (15 November 2019). "The Early to Middle Eocene Transition: An Integrated Calcareous Nannofossil and Stable Isotope Record From the Northwest Atlantic Ocean (Integrated Ocean Drilling Program Site U1410)". Paleoceanography and Paleoclimatology. 34 (12): 1913–1930. Bibcode:2019PaPa...34.1913C. doi:10.1029/2019PA003686. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  12. ^ Pagani, Mark; Zachos, James C.; Freeman, Katherine H.; Tipple, Brett; Bohaty, Stephen (22 July 2005). "Marked Decline in Atmospheric Carbon Dioxide Concentrations During the Paleogene". Science (dalam bahasa Inggeris). 309 (5734): 600–603. doi:10.1126/science.1110063. ISSN 0036-8075. Dicapai pada 1 January 2024.
  13. ^ Evans, David; Wade, Bridget S.; Henehan, Michael; Erez, Jonathan; Müller, Wolfgang (6 April 2016). "Revisiting carbonate chemistry controls on planktic foraminifera Mg / Ca: implications for sea surface temperature and hydrology shifts over the Paleocene–Eocene Thermal Maximum and Eocene–Oligocene transition". Climate of the Past. 12 (4): 819–835. Bibcode:2016CliPa..12..819E. doi:10.5194/cp-12-819-2016. Dicapai pada 5 April 2023.
  14. ^ Hutchinson, David K.; Coxall, Helen K.; Lunt, Daniel J.; Steinthorsdottir, Margret; De Boer, Agatha M.; Baatsen, Michiel; Von der Heydt, Anna; Huber, Matthew; Kennedy-Asser, Alan T. (28 January 2021). "The Eocene–Oligocene transition: a review of marine and terrestrial proxy data, models and model–data comparisons". Climate of the Past. 17 (1): 269–315. Bibcode:2021CliPa..17..269H. doi:10.5194/cp-17-269-2021. Dicapai pada 17 March 2023.
  15. ^ Pearson, Paul N.; Foster, Gavin L.; Wade, Bridget S. (13 September 2009). "Atmospheric carbon dioxide through the Eocene–Oligocene climate transition". Nature. 461 (7267): 1110–1113. Bibcode:2009Natur.461.1110P. doi:10.1038/nature08447. PMID 19749741. Dicapai pada 17 March 2023.
  16. ^ Galeotti, Simone; Deconto, Robert; Naish, Timothy; Stocchi, Paolo; Florindo, Fabio; Pagani, Mark; Barrett, Peter; Bohaty, Steven M.; Lanci, Luca (10 March 2016). "Antarctic Ice Sheet variability across the Eocene-Oligocene boundary climate transition". Science. 352 (6281): 76–80. Bibcode:2016Sci...352...76G. doi:10.1126/science.aab0669. PMID 27034370. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  17. ^ Wilson, Douglas S.; Luyendyk, Bruce P. (25 August 2009). "West Antarctic paleotopography estimated at the Eocene-Oligocene climate transition". Geophysical Research Letters. 36 (16): 1–4. Bibcode:2009GeoRL..3616302W. doi:10.1029/2009GL039297. Dicapai pada 8 December 2022.
  18. ^ Kent, Dennis V.; Muttoni, Giovanni (21 October 2008). "Equatorial convergence of India and early Cenozoic climate trends". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). 105 (42): 16065–16070. doi:10.1073/pnas.0805382105. ISSN 0027-8424. PMC 2570972. PMID 18809910. Dicapai pada 1 January 2024.
  19. ^ Barker, P.F.; Thomas, E. (June 2004). "Origin, signature and palaeoclimatic influence of the Antarctic Circumpolar Current". Earth-Science Reviews (dalam bahasa Inggeris). 66 (1–2): 143–162. doi:10.1016/j.earscirev.2003.10.003. Dicapai pada 1 January 2024 – melalui Elsevier Science Direct.
  20. ^ Kennett, James P.; Exon, Neville F. (2004), Exon, Neville F.; Kennett, James P.; Malone, Mitchell J. (penyunting), "Paleoceanographic evolution of the Tasmanian Seaway and its climatic implications", Geophysical Monograph Series (dalam bahasa Inggeris), Washington, D. C.: American Geophysical Union, 151: 345–367, doi:10.1029/151gm19, ISBN 978-0-87590-416-0, dicapai pada 2024-01-02
  21. ^ Huber, Matthew; Nof, Doron (February 2006). "The ocean circulation in the southern hemisphere and its climatic impacts in the Eocene". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology (dalam bahasa Inggeris). 231 (1–2): 9–28. doi:10.1016/j.palaeo.2005.07.037. Dicapai pada 1 January 2024 – melalui Elsevier Science Direct.
  22. ^ Barker, Peter F.; Filippelli, Gabriel M.; Florindo, Fabio; Martin, Ellen E.; Scher, Howard D. (October–November 2007). "Onset and role of the Antarctic Circumpolar Current". Deep Sea Research Part II: Topical Studies in Oceanography (dalam bahasa Inggeris). 54 (21–22): 2388–2398. doi:10.1016/j.dsr2.2007.07.028. Dicapai pada 1 January 2024 – melalui Elsevier Science Direct.
  23. ^ a b Hutchinson, David K.; Coxall, Helen K.; Lunt, Daniel J.; Steinthorsdottir, Margret; de Boer, Agatha M.; Baatsen, Michiel; von der Heydt, Anna; Huber, Matthew; Kennedy-Asser, Alan T. (28 January 2021). "The Eocene–Oligocene transition: a review of marine and terrestrial proxy data, models and model–data comparisons". Climate of the Past (dalam bahasa Inggeris). 17 (1): 269–315. Bibcode:2021CliPa..17..269H. doi:10.5194/cp-17-269-2021. ISSN 1814-9332. Dicapai pada 25 December 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EoceneOligoceneTransitionReview" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ Jovane, Luigi; Florindo, Fabio; Sprovieri, Mario; Pälike, Heiko (27 July 2006). "Astronomic calibration of the late Eocene/early Oligocene Massignano section (central Italy)". Geochemistry, Geophysics, Geosystems. 7 (7): 1–10. Bibcode:2006GGG.....7.7012J. doi:10.1029/2005GC001195. Dicapai pada 6 December 2022.
  25. ^ Moore, T. C.; Kamikuri, Shin-ichi; Erhardt, Andrea M.; Baldauf, Jack; Coxall, Helen K.; Westerhold, Thomas (1 April 2015). "Radiolarian stratigraphy near the Eocene–Oligocene boundary". Marine Micropaleontology. 116: 50–62. Bibcode:2015MarMP.116...50M. doi:10.1016/j.marmicro.2015.02.002. ISSN 0377-8398. Dicapai pada 25 December 2023 – melalui Elsevier Science Direct.
  26. ^ Weppe, Romain; Condamine, Fabien L.; Guinot, Guillaume; Maugoust, Jacob; Orliac, Maëva J. (26 December 2023). "Drivers of the artiodactyl turnover in insular western Europe at the Eocene–Oligocene Transition". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). 120 (52). doi:10.1073/pnas.2309945120. ISSN 0027-8424. Dicapai pada 25 December 2023.
  27. ^ Zhang, R.; Kravchinsky, V.A.; Yue, L. (21 May 2012). "Link between Global Cooling and Mammalian Transformation across the Eocene–Oligocene Boundary in the Continental Interior of Asia". International Journal of Earth Sciences. 101 (8): 2193–2200. Bibcode:2012IJEaS.101.2193Z. doi:10.1007/s00531-012-0776-1. Dicapai pada 17 March 2023.
  28. ^ "Russia's Popigai Meteor Crash Linked to Mass Extinction". June 16, 2014.
  29. ^ Molina, Eustoquio; Gonzalvo, Concepción; Ortiz, Silvia; Cruz, Luis E. (2006-02-28). "Foraminiferal turnover across the Eocene–Oligocene transition at Fuente Caldera, southern Spain: No cause–effect relationship between meteorite impacts and extinctions". Marine Micropaleontology. 58 (4): 270–286. Bibcode:2006MarMP..58..270M. doi:10.1016/j.marmicro.2005.11.006.
  30. ^ Shi, Juye; Jin, Zhijun; Liu, Quanyou; Fan, Tailiang; Gao, Zhiqian (1 October 2021). "Sunspot cycles recorded in Eocene lacustrine fine-grained sedimentary rocks in the Bohai Bay Basin, eastern China". Global and Planetary Change. 205: 103614. doi:10.1016/j.gloplacha.2021.103614. ISSN 0921-8181. Dicapai pada 1 January 2024 – melalui Elsevier Science Direct.

Pautan luar