Perang New Zealand Ngā pakanga o Aotearoa New Zealand Wars |
---|
Tempat memperingati korban perang tanah ini di Auckland War Memorial Museum, bersertakan dengan bendera-bendera British serta Kempen Tauranga turut kibarkan di sini. Slogan "Kia mate toa" di latar belakang difahamkan bermaksud "berjuang sehingga mati." |
Tarikh | 1845–1872 |
---|
Lokasi | New Zealand |
---|
Keputusan |
kemenangan di pihak British |
---|
Perubahan wilayah |
New Zealand Settlements Act 1863; perampasan 16,000 km2 (6,200 bt2) tanah Māori land |
---|
|
Pihak yang terlibat |
---|
Empayar British
sekutu Māori |
pahlawan Māori |
Kekuatan |
---|
18,000 orang (kemncak) |
5,000 orang (kemuncak) |
Kerugian dan korban |
---|
745 orang terkorban (tmsk yang awam) |
2,154 orang terkorban (tmsk yang awam)[1] |
Perang New Zealand (Bahasa Māori: [Ngā pakanga o Aotearoa] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), bahasa Inggeris: New Zealand Wars) atau Perang Tanah (Land Wars)[2] merupakan suatu siri konflik bersenjata yang berlangsung di negara tersebut dari tahun 1845 sehingga 1872 antara kerajaan British New Zealand dengan puak-puak Māori.
Meskipun perang ini asalnya berpunca dari konflik setempat yang dicetuskan pertelingkahan dalam pembelian tanah, persengketaan ini mula menjadi sengit setelah kerajaan British menyedari keadaan mereka menghadapi penentangan terhadap pembelian tanah yang selanjutnya serta keengganan puak-puak Māori mengiktiraf kedaulatan British. Maka, kerajaan tersebut mengarahkan ribuan tentera British ke kempen-kempen menawan pergerakan Kīngitanga serta juga untuk memperoleh tanah untuk tujuan pertanian dan kediaman penjajah British.[3][4] Sebahagian daripada kempen-kempen ini kemudiannya bertujuan menghapuskan pergerakan Hauhau, suatu puak ekstrimis agama Pai Mārire yang sangat menentang persempadanan tanah Māori tanah serta berhasrat mengukuhkan identiti orang Māori.[5]
Akibat selepas perang
Sebanyak 16000 km2 tanah yang dianggarkan milik orang Māori dirampas kerajaan British melalui pemaktuban Akta Pendudukan New Zealand (New Zealand Settlements Act pada tahun 1863 yang dikatakan sebagai hukuman atas pemberontakan yang dilakukan ke atas British.[6] Namun, tanah milik puak yang setia kepada pihak British turut diambil sekali. Meskipun setengah tanah rampasan kemudiannya dikembalikan kepada pihak Māori, ia tidaklah dikembalikan kepada puak-puak pemilik asal secara tepatnya.[7] Perampasan tanah ini banyak memberi kesan yang ketara kepada pembangunan puak-puak yang terlibat dalam perang ini.
Rujukan
Pautan luar