Pengkalan Rinting ialah sebuah perkampungan yang terletak di dalam kawasan bandaraya Johor Bahru. Majoriti penduduk di sini terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, ia juga berdekatan dengan Kuarters Polis Marin dan juga Plaza Angsana Johor Bahru. Pengkalan Rinting juga terletak bersebelahan dengan kawasan pekan Tampoi dan Kampung Pasir.
Kawasan pilihan raya
Pengkalan Rinting (N.46) terletak dalam kawasan parlimen P161 Pulai. Kawasan ini merangkumi Bandar Selesa Jaya, Taman Perling, Kampung Sri Jaya, Kampong Pasir, Kampung Pengkalan Rinting, Kampung Skudai Kiri, Kampung Sungai Danga, Taman Sutera, Bukit Serene, Ulu Ayer Molek, Kebun Teh, Tarom, Nong Chik, Tambatan, Gertak Merah, Kampong Bahru, Yahya Awal, Ngee Heng, Ayer Molek, Kampong Pahang dan Pusat Bandaraya Johor Bahru. Pada tahun 2008, kawasan ini dimenangi oleh Yang Berhormat Chiang Song Cheng (MCA) dengan majoriti 10,374 undian. Namun dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, kawasan tersebut dimenangi oleh Yang Berhormat Cheo Yee How dari (DAP) dengan majoriti 1,970 undi.[1]. Majoriti pengundi adalah sebanyak 61,217 orang yang terdiri daripada kaum Cina 45%, Melayu 43% dan India 11%.
Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir
- Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting
- Sekolah Agama Dato’ Omar Yusof
[perlu rujukan]
Rujukan
|
---|
Topik | |
---|
Istana | |
---|
Bangunan kerajaan | |
---|
Bandar raya | |
---|
Bandar Diraja | |
---|
Pekan | |
---|
Kampung | |
---|
Pulau | |
---|
Bandar baru | |
---|
Zon Khas | |
---|
Gunung | |
---|
Pintu masuk antarabangsa | |
---|
Bahagian perundangan | |
---|
Bahagian pentadbiran | Peringkat pertama | |
---|
Peringkat kedua | |
---|
|
---|
Bahagian pilihan raya | |
---|